Archives for Uncategorized

Majlis Graduasi Pra-Universiti SMK Majakir Kali Ke-9 2017 (Bahagian III/III)

31 Disember 2017 (Ahad) – “Majakir Next Top Model” merupakan tema yang telah dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) selaku penganjur Majlis Parti Pos-Graduasi kali ini. Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada majlis penyerahan sijil dan anugerah pelajar yang telah diadakan sebelumnya. Ruang dan masa ini membolehkan khususnya pelajar melepaskan tekanan menghadapi peperiksaan yang semakin hari semakin ke kemuncaknya.

Teamwork dan team effort penting untuk menjamin kejayaan penganjuran majlis.

Guru-guru bersama mantan guru Muet En. Idzam Zakaria (berbaju merah) yang turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Bergaya dan kelihatan anggun.

Segak dan kacak.

Meja hampir penuh dan majlis akan bermula sebentar lagi.

Suasana dewan di mana Majlis Parti Pos-Graduasi diadakan.

Acara pun bermula : Semua pelajar mengambil tempat di luar dewan sebelum masuk semula sambil membuat catwalk di hadapan para guru dan tetamu.

Sememangnya ramai yang berbakat dan berpotensi untuk menjadi bukan setakat model tetapi role model.

Antara pasangan yang mendapat tepukan paling gemuruh.

Pasangan guru dan pelajar pastinya terlajak gempak dan terlajak kiut.

Jamuan makan tengahari yang disediakan di ruang legar bersebelahan dewan.

Menu yang disajikan sememangnya bertaraf 5 bintang dan yang paling penting “mencukupi“.

Persembahan nyanyian lagu medley oleh pelajar Kelas 6 Atas Sains.

Persembahan tarian oleh pelajar Kelas 6 Atas Sains.

Persembahan dari pelajar Kelas 6 Atas Ekonomi.

Persembahan oleh pelajar Kelas 6 Atas Pengajian Perniagaan.

Persembahan oleh Pelajar Kelas 6 Atas Seni Visual.

Ruang tari dibuka untuk guru dan pelajar yang ingin menari.

Acara bertukar-tukar hadiah dalam kalangan guru dan pelajar.

Acara bertukar-tukar hadiah dalam kalangan guru dan pelajar.

Tahniah kepada King dan Queen ; Majakir Next Top Model pada tahun ini.

Tahniah dan selamat maju jaya. Semoga dapat menduduki Peperiksaan P3 dengan tenang dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Semoga berjumpa lagi.

 

Majlis Graduasi Pra-Universiti SMK Majakir Kali Ke-9 2017 (Bahagian II/III)

31 Disember 2017 (Ahad) – Berikut merupakan pelajar penerima anugerah yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang sesi pengajian mereka di Pra-Universiti SMK Majakir bagi tahun 2016-2017.

**Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Penggal I**

Adik Christy Rayner Chin (6 Atas Ekonomi) – Sejarah

Adik Daniel Pelip (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Bahasa Melayu

Adik Dg Nur Shafiqin Bt. Nudin (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Bahasa Melayu, Ekonomi

Adik Doreen Clare Ah Lok (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Edward James (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Emmanuella Michelle Chan (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Sejarah

Adik Fitri Nur Murhajir Bt. Isagani (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Sejarah, Ekonomi

Wakil adik Melviana Madius (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Sejarah

Adik Muhammad Nurhaizal Abdul Gaai (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu, Geografi

Adik Nur Syafiqah Anis Bt. Tasaka (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Sejarah

Adik Nursyafiqah Anis Bt. Saini (6 Atas Seni Visual) – Pengajian Am

Adik Siti Nurhazariah Bt Ridewan (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Whilma Samantha Walter (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu, Sejarah

**Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Penggal II**

Adik Christy Rayner Chin (6 Atas Ekonomi) – Sejarah

Adik Dg Nur Syafiqin Bt Nudin (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Bahasa Melayu

Adik Doreen Clare Ah Lok (6 Atas Seni Visual) – Pengajian Am

Adik Edward James (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Emmanuella Michelle Chan (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Sejarah

Adik Fitri Nur Muhajir Bt Isagani (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Pengajian Am, Bahasa Melayu

Adik Nursyafiqah Anis Bt Saini (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Richcynda Koh Lee Hua (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Tan Shie Yieh (6 Atas Sains) – Pengajian Am

Adik Wellisa Wong Mei Len (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

Adik Whilma Samantha Walter (6 Atas Seni Visual) – Bahasa Melayu

**Anugerah Pelajar Terbaik Penggal I**

*Aliran Kemanusiaan*

Adik Dg Nursyafiqin Bt Nudin (6 Atas Pengajian Perniagaan) – 3.75 (2A, 1A-, 1B+)

Adik Fitri Nur Muhajir Bt Isagani (6 Atas Pengajian Perniagaan) – 3.75 (2A, 1A-, 1B+)

Adik Whilma Samantha Walter (6 Atas Seni Visual) – 3.58 (2A, 1B+, 1B)

*Aliran Sains*

Adik Tan Shie Yieh (6 Atas Sains) – 2.58 (1B+, 2B, 1D)

**Anugerah Pelajar Terbaik Penggal II**

*Aliran Kemanusiaan*

Adik Fitri Nur Muhajir Bt Isagani (6 Atas Pengajian Perniagaan) – 3.84 (2A, 2A-)

Adik Dg Nursyafiqin Bt Nudin (6 Atas Pengajian Perniagaan) – 3.67 (1A, 2A-, 1B+)

Adik Rowena Rody (6 Atas Pengajian Perniagaan) – 3.50 (3A-, 1B)

*Aliran Sains*

Adik Tan Shie Yieh (6 Atas Sains) – 2.50 (1A, 1C+, 1C, 1C-)

**Anugerah Pelajar Terbaik Peperiksaan Percubaan Penggal III**

*Aliran Kemanusiaan*

Adik Richrynda Koh Lien Hua (6 Atas Seni Visual) – 3.34 (1A, 1A-, 1B, 1B-)

Adik Mohd Afif Asyran B. Mohd Esa (6 Atas Ekonomi) – 3.00 (1A, 1A-, 1C+, 1C)

Adik Muhammad Nurhaizal B. Abdul Gaai (6 Atas Seni Visual) – 2.84 (1A, 2B-, 1C)

*Aliran Sains*

Adik Ag Shazmeer B. Ag Safree – 2.67 (1B, 2B-, 1C+)

Adik Richman Chee – 2.17 (1B+, 1C+, 1C, 1D)

Adik Tan Shie Yieh – 2.00 (1B, 1B-, 1C+, 1F)

**Anugerah Pelajar Terbaik Pra-Universiti Sesi 2016/2017**

Adik Fitri Nur Muhajir Bt Isagani (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Pelajar Terbaik Penggal I dan II

**Anugerah MUET**

Adik Daniel Pelip (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Band 5 (235 markah)

Adik Alannah Syaqierah (6 Atas Seni Visual) – Band 4 (214 markah)

Adik Whilma Samantha Walter (6 Atas Seni Visual) – Band 4 (213 markah)

Adik Tan Shie Yieh (6 Atas Sains) – Band 4 (210 markah)

Adik Airie Syazreen B. Saffri (6 Atas Pengajian Perniagaan) – Band 4 (210 markah)

Adik Richman Chee (6 Atas Sains) – Band 4 (206 markah)

Adik Ag Shazmeer B. Ag Safree (6 Atas Sains) – Band 4 (204 markah)

**Penghargaan Kokurikulum**

Adik Mohd Najwan B. Sailie (6 Atas Pengajian Perniagaan)

Adik Ivy Immaculate Ireneus (6 Atas Pengajian Perniagaan)

**Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti**

Adik Mohammad Sahrul B. Abdul Razak (6 Atas Seni Visual)

**Anugerah Khas Pengetua**

Adik Fitri Nur Muhajir Bt Isagani (6 Atas Pengajian Perniagaan)

This slideshow requires JavaScript.

Slideshow : Pelajar Penerima Sijil Graduasi Mengikut Kelas

 

Majlis Graduasi Pra-Universiti SMK Majakir Kali Ke-9 2017 (Bahagian I/III)

31 Disember 2017 (Ahad) – Acara tahunan ini telah diadakan pada 28 Oktober yang lalu bertempat di Hotel Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu. Di peringkat awal perasmian majlis ini dijadualkan akan disempurnakan oleh YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perasmian majlis telah disempurnakan oleh En. Abdul Hadi Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk.

Dalam ucapan alu-aluan Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, beliau menegaskan bahawa penganjuran majlis seumpama ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua pelajar prauniversiti SMK Majakir yang telah melakar kejayaan sepanjang pengajian setahun setengah mereka di SMK Majakir. Beliau berharap majlis ini akan memberi perangsang kepada semua pelajar untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlanng di dalam peperiksaan sebenar pada bulan November ini. Beliau yakin dan percaya bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa perit usaha para pelajar disertai dengan keringat para guru yang sentiasa ingin melakar kejayaan pelajarnya. Untuk para ibu bapa, beliau menyeru agar ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah kerana ini akan mampu mencemerlangkan sekolah menerusi kejayaan anak-anak mereka di sekolah.

Pendaftaran untuk pelajar dan ibu bapa pelajar yang hadir.

Hidangan sarapan pagi untuk para ibu bapa.

Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra Universiti bersama pelajar.

Tempat duduk para pelajar.

Taklimat kepada para pelajar sebelum mereka berarak masuk ke dalam dewan.

Sempat berposing sebelum berarak masuk ke dalam dewan.

Tetap ceria walaupun cuaca di luar dewan agak panas.

Saat gembira diraikan bersama guru.

Menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Para pelajar duduk mengikut susunan yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan majlis.

Kehadiran ibu bapa yang telah menyerikan lagi majlis tersebut.

Guru-guru yang sedondon dengan batik bercorak warna kuning.

Tetamu Kehormat dari kiri ; En. Abdul Hadi B. Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Hjh Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, En. Suhaimi Harun, Pegawai Pendidikan Daerah Papar dan En. Ag. Alimat @ Afanddy Hj. Abas, YDP PIBG Sekolah.

Bacaan doa oleh wakil pelajar.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan perasmian oleh En. Abdul Hadi Bin Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Hjh Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin.

Gimik Penyerahan Jubah Graduasi yang disumbangkan oleh YB Datuk Rosnah dan disampaikan oleh En. Abdul Hadi B. Kassim.

Penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Pelajar bersalaman dengan ibu bapa dan para guru dalam sesi Restu Ilmu.

Sesi bergambar pelajar dan guru bersama tetamu kekehormat.

Guru Kelas bersama pelajar 6 Atas Sains.

Guru Kelas bersama pelajar 6 Atas Ekonomi.

Guru Kelas bersama pelajar 6 Atas Pengajian Perniagaan.

Guru bersama pelajar 6 Atas Seni Visual.

Ibu bapa bersama pelajar.

Guru bersama pelajar.

This slideshow requires JavaScript.

Slideshow : Majlis Graduasi Pra-Universiti SMK Majakir Kali Ke-9 2017

Lawatan Pelajar Asrama Dan Unit HEM SMK Majakir ke SMK Agama Mohamad Ali Ranau

30 Disember 2017 (Sabtu) – Lawatan ini telah diadakan pada 30 September – 01 Oktober 2017. SMK Agama Mohamad Ali Ranau yang dahulunya dikenali sebagai SMK Agama Ranau atau kini lebih dikenali sebagai SEMEKAR terletak di daerah Ranau. Sekolah ini dipilih sebagai destinasi lawatan bagi pelajar asrama dan Unit HEM SMK Majakir pada tahun ini di atas rekomendasi Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. SEMEKAR juga antara sekolah agama yang mempunyai pencapaian dan menunjukkan prestasi yang cemerlang di bidang kurikulum dan kokurikulum bukan sahaja di peringkat daerah tetapi di peringkat negeri Sabah. Berdasarkan fakta menarik di atas, rombongan sekolah yang terdiri daripada seramai 90 orang pelajar asrama bersama 12 orang guru telah bertolak ke Ranau pada 30 September yang lalu.

2 buah bas yang disewa khas untuk membawa pelajar dan guru yang mengikuti lawatan ke SMK Agama Mohamad Ali Ranau.

Berhenti rehat selepas perjalanan selama hampir 3 jam dari Papar ke Ranau.

Rehat dan makan tengahari sambil menikmati keindahan Sungai Lohan di Sungai Lohan Cafe.

Pn. Malinda, Warden Asrama memastikan semua pelajar asrama  telah mendapat bekal makanan masing-masing.

Jamuan untuk guru-guru dan rombongan.

Ketibaan rombongan di SEMEKAR disambut mesra oleh Penolong Kanan HEM.

Ustaz Ahmad Abrian, Pengerusi KESMA bertemu dengan rakan lama yang bertugas sebagai Warden di asrama SEMEKAR.

Ketibaan semua pelajar dan guru pada jam 0330 petang.

Pelajar berhimpun di bilik mesyuarat untuk sesi perkenalan dan mendengar taklimat yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM sebagai saksi memerhati Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir dan Ustazah Jaimis Saiman, Pengetua SEMEKAR menandatangani MOU untuk mencapai kecemerlangan bersama di masa hadapan.

Pihak sekolah menerima cenderamata dari pihak tuan rumah.

Mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Masjid SEMEKAR.

Lawatan ke asrama pelajar.

Sausana dalam dorm pelajar yang kemas dan bersih.

Perkongsian perkara yang baik untuk diambil perhatian dan tindakan susulan di sekolah.

Penyampaian Hamper kepada pihak tuan rumah yang mana pelajar asrama SEMEKAR telah menewaskan pelajar asrama SMK Majakir dalam perlawanan Bola Jaring dan Bola Sepak – perlawanan terpaksa dihentikan akibat hujan.

Rombongan sempat melawat ke Kundasang War Memorial sebelum bertolak balik ke sekolah pada 01 Oktober 2017.

Atas permintaan ramai, rombongan telah berhenti rehat dan menikmati makan tengahari di Lok Kawi Wildlife Park sebelum meneruskan perjalanan ke Papar.

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Kokurikulum 2017

01 Disember 2017 (Jumaat) – Aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform pada tahun ini telah diadakan pada 25-26 Ogos yang lalu. Unit Kokurikulum telah memilih untuk menggunakan kawasan padang sekolah, Dewan OKK Mat Zakir dan Dewan Jubli Perak SMK Majakir sebagai kawasan untuk aktiviti perkhemahan. Penyertaan pelajar kali ini juga agak kurang disebabkan oleh pertembungan dengan aktiviti luar yang melibatkan pelajar dan kebetulan berlaku serentak. Walaupun terdapat beberapa halangan kecil seperti ketiadaan khemah, namun aktiviti perkhemahan ini tetap dijalankan dengan sedikit pengubahsuaian dari segi aktiviti yang dijalankan.

Antara objektif penganjuran aktiviti perkhemahan pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
  • Untuk melatih para peserta melakukan sesuatu yang rutin dalam kehidupan harian secara teratur, berdisiplin dan berhemah.
  • Untuk memberi peluang kepada para peserta menonjolkan kreativiti mereka dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan kesenian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ; Pelancaran Roket, Persembahan Kebudayaan yang bertemakan patriotisme, Kawad Kaki  dan Pandu Arah.

Urusetia Pendaftaran peserta perkhemahan.

AJK Urusetia dan fasilitator aktiviti sepanjang perkhemahan.

Sebanyak 10 kumpulan peserta dibentuk untuk aktiviti pertama iaitu membina dan melancarkan roket air.

Guru Penasihat Pengakap bersama kumpulan Pengakap berbincang untuk sama-sama menjayakan aktiviti pertama iaitu membina dan melancarkan roket air dengan menggunakan bahan terpakai.

Bantuan teknikal diberikan oleh cikgu Jamalit Angak – guru penyelaras aktiviti pada hari tersebut.

Boleh bah kalau kau…

Menggunakan youtube sebagai media rujukan sebelum memulakan projek.

Demonstrasi melancarkan roket air.

Antara roket air yang berjaya dilancarkan.

Pada sebelah malam telah diadakan pertandingan persembahan yang bertemakan Patriotisma oleh kumpulan-kumpulan peserta perkhemahan.

Lakonan oleh Kumpulan PKBM.

Persembahan koir oleh gabungan kumpulan PBSM dan JPAM.

Nyanyian lagu Negaraku oleh kumpulan KRS.

Nyanyian lagu Kita Satu Bangsa oleh kumpulan St. John Ambulance.

Persembahan Pentomin oleh kumpulan Puteri Islam.

Persembahan Silat oleh kumpulan Silat Cekak Hanafi.

Pada hari kedua perkhemahan telah diadakan pertandingan kawad kaki dan pandu arah. Pertandingan kawad kaki telah disertai oleh unit beruniform yang cukup bilangan ahlinya manakala unit lain telah mengikuti pertandingan pandu arah.

Taklimat oleh cikgu Mursyid Soadik sebelum pertandingan kawad kaki bermula.

Taklimat oleh cikgu Jamalit Angak sebelum pertandingan pandu arah bermula.

Demonstrasi menggunakan kompas.

Pasukan Pengakap – Kategori NGO.

Pasukan PKBM – Kategori GO.

Pasukan Kadet Polis – Kategori GO.

Pasukan KRS – Kategori NGO.

Tahniah kepada unit PKBM yang telah berjaya mengungguli beberapa aktiviti yang dipertandingkan.

Tahniah kepada semua peserta perkhemahan, urusetia perkhemahan, guru-guru penasihat serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti perkhemahan unit beruniform pada tahun ini.

Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan pada tahun ini kurang mendapat sambutan dari kalangan pelajar atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Penganjur perlu melihat dari segi kesesuaian masa untuk mengadakan aktiviti agar ianya tidak bertembung dengan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat menarik penyertaan lebih ramai pelajar di masa akan datang.

This slideshow requires JavaScript.

Tayangan Slaid.