Archives for Kurikulum

Penyertaan pelajar dan guru SMK Majakir dalam Bengkel Digital Intercultural Exchange (DICE) di New Delhi India

02 September 2017 (Sabtu) – Pada 12-14 Julai yang lalu, seramai dua orang pelajar dan seorang guru pengiring dari SMK Majakir telah mengikuti Bengkel Digital Intercultural Exchange (DICE) yang telah diadakan di India Habitat Centre, Maple Hall New Delhi, India. Penyertaan mewakili Malaysia ini adalah di bawah Program Transformative Learning Labs anjuran UNESCO, MGIEP India. Pelajar yang terlibat ialah adik Dg. Nursyazana Binti Ag. Buhtamam dan adik Siti Norzalina Binti Jaibit manakala guru pengiring ialah Pn. Normahani Jamaludin.

Dua orang pelajar yang terpilih bersama rakan sekelas (2 KRK) mereka.

Rakan-rakan memberi ucapan selamat dan semoga berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

Berikut adalah kronologi peristiwa yang berkaitan dengan penyertaan SMK Majakir dalam program anjuran MGIEP tersebut :

Januari – Mac 2017

  • Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Cik Shoba MacIntyre menawarkan peluang untuk menyertai “program kolaborasi secara online” dengan sekolah di India.
  • Setelah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah, Kelas 2 KRK telah dipilih kerana mereka memenuhi kriteria umur yang dikehendaki.
  • Cik Shoba telah mengadakan taklimat “Young Ambassadors” dengan pelajar-pelajar 2 KRK untuk persediaan minda mereka menghadapi situasi program dan menyedarkan mereka tentang tanggungjawab terhadap negara serta perlunya mengamalkan netiquette sepanjang program berkenaan.
  • The Learning Labs mula berkomunikasi dengan Guru dan SISC+ melalui e-mail.
  • Pelajar mendaftar dalam portal komuniti The Learning Labs di mana mereka mengambil bahagian dalam perbincangan online tentang topik yang disediakan oleh pihak admin.
  • 3 buah sekolah lain (Norway, India dan U.S.A) sudah memulakan perbincangan online yang sudah berlangsung sejak November 2016.
  • Pelajar 2 KRK menjalankan Pre-assessment melalui online survey dan picture assessment.

April – Mei 2017

  • Pelajar-pelajar menjalankan ujian 4C berbentuk gamifikasi dalam aplikasi “Hall of Heroes”
  • Program terhenti lebih kurang sebulan untuk memberi laluan kepada musim peperiksaan dan cuti semester.

Jun – Julai 2017

  • Program diteruskan dengan pelajar melengkapkan 4 perbincangan atas talian dalam Portal The Learning Labs.
  • Pelajar melaksanakan Post-assessment melalui online survey dan picture assessment.
  • 2 pelajar dipilih untuk mewakili kelas ke bengkel yang akan diadakan di India Habitat Centre, New Delhi.
  • Persediaan dibuat untuk perjalanan ke New Delhi.
  • UNESCO menanggung kos tiket penerbangan dan menyediakan penginapan dan makanan sepanjang tempoh bengkel sahaja.
  • Pihak sekolah berusaha mencari penaja untuk perwakilan.
  • Semua pelajar melengkapkan semua tugasan yang diberikan oleh The Learning Labs.

Sebelum berangkat ke India, satu majlis kecil bersama pihak sekolah, ibu bapa, penaja dan pihak media telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Majakir.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Kelas Rancangan Khas (KRK) oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Koperasi Sekolah oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Syarikat Sedafiat Sdn. Bhd oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan serta tajaan yang diberikan oleh semua pihak.

Berita dalam media tempatan.

India Habitat Centre di Mapple, New Delhi India – tempat berlangsungnya Bengkel DICE.

Sesi ice-breaking – Sesi berkenalan antara peserta dan guru dari negara lain bersama pihak penganjur.

Bersedia untuk membentangkan dapatan sesi Transformative Learning Labs (TLL) yang telah dilaksanakan di sekolah.

Sesi perkongsian pelaksanaan TLL di sekolah dengan para peserta lain.

Sesi brainstorming para peserta bersama Mr. Krishnendu Bose, pengarah filem dokumentari yang terkenal di India untuk menghasilkan filem animasi bertajuk ‘Candy Chaos‘.

Bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Para peserta mengemukakan pendapat dan idea mereka dalam pembikinan filem animasi pendek yang bertajuk ‘Candy Chaos‘.

Pn. Normahani menerima cenderahati dari wakil pihak penganjur.

Para peserta bengkel DICE dari 5 buah negara ; India, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Norway dan Malaysia.

Majlis Penutupan Bengkel DICE.

Secara keseluruhannya penyertaan dalam Program TLL dan Bengkel DICE telah memberi banyak manfaat kepada semua peserta dan guru-guru pengiring yang terlibat. Antara manfaat yang diperolehi melalui penglibatan pelajar dalam program ini adalah seperti berikut :-

  1. Pendedahan pelajar dalam kaedah-kaedah Pembelajaran Abad Ke21 dan penggunaan ICT yang kerap (FrogVLE, Google Docs, dan lain-lain aplikasi web) dalam kelas Bahasa Inggeris (terutamanya) dan mata pelajaran lain seperti Sejarah dan Bahasa Melayu, sedikit sebanyak telah membantu menyediakan pelajar-pelajar ini untuk menghadapi situasi bengkel (kurang kejutan budaya dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya asing dan tidak kekok semasa sesi brainstorming bersama pelajar antarabangsa yg lain)
  2. Melalui bengkel-bengkel yang telah diadakan, kedua-dua pelajar banyak mempelajari tentang “kesamaan” (equalities), menghormati orang (bangsa) lain (respect), tidak mudah berprasangka (prejudice) dengan hanya mendengar satu pernyataan atau pendapat individu, sentiasa mencari kebenaran (investigate), sentiasa berfikiran positif dan terbuka pada isu-isu yang kurang jelas, dan sentiasa belajar (learn) daripada orang lain mahupun daripada sumber-sumber maklumat yang sedia ada.
  3. Penceramah-penceramah bengkel banyak soalan KBAT dan pelajar kita dapat memberi respon dengan yakin, setanding dengan pelajar negara lain.
  4. Semua pelajar Kelas 2 KRK menerima sijil penghargaan daripada pihak UNESCO MGIEP (merit penyertaan peringkat antarabangsa di sekolah).

Sumber Bahan / Gambar di India – Pn. Normahani Jamaludin, Guru Pengiring.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016

23 Mei 2017 (Selasa) – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 telah pun diumumkan pada 16 Mac yang lalu. Satu majlis ringkas iaitu penyerahan slip keputusan kepada para mantan calon yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang telah diadakan bertempat di Dewan OKK Matzakir SMK Majakir. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir dan En. Ag. Alimat @ Affandy Hj. Abas, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Majakir.

Dalam Peperiksaan SPM 2016, SMK Majakir mencatat peratus kelulusan 92.5% berbanding 87.0% pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 5.5%. Sebanyak 8 mata pelajaran mencatat keputusan 100% lulus. Lima mata pelajaran iaitu ; Fizik, Biologi, Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Teknologi Maklumat (TM) dan Bahasa Arab berjaya mengekalkan peratus kelulusan 100%. Analisis data menunjukkan sebanyak 10 mata pelajaran berjaya merekodkan peningkatan dari segi peratus kelulusan. Tiga mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan tertinggi peratus kelulusan adalah ; Kesusasteraan Melayu (100%, meningkat 21.1%), Geografi (100%, meningkat 13.1%) dan Bahasa Inggeris (83.6%, meningkat 10.8%). Dalam pada itu sebanyak 6 mata pelajaran telah merekodkan penurunan peratus kelulusan. Tiga mata pelajaran dengan penurunan tertinggi adalah ; Ekonomi Asas (67.1%, menurun 21.1%), Prinsip Akaun (87.8%, menurun 7.3%) dan Kimia (94.2%, menurun 5.8%).

Dalam SPM 2016, SMK Majakir mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.65 iaitu penurunan sebanyak 0.16 berbanding GPS sekolah 2015. Keputusan ini sekaligus meletakkan SMK Majakir di kedudukan kelima terbaik daripada 10 buah sekolah menengah di daerah Papar. Untuk rekod, keputusan ini juga mengatasi pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) Papar (5.74) namun berada di bawah Gred Purata Negeri (GPN) Sabah (5.64). Analisis data menunjukkan sebanyak 9 daripada 22 mata pelajaran berjaya mencatatkan peningkatan Gred Purata (GP). Tiga mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi adalah ; Kesusasteraan Melayu (4.20, meningkat 2.1o), Geografi (5.64, meningkat 1.19) dan Matematik Tambahan (6.92, meningkat 0.44). Tiga mata pelajaran yang mencatatkan penurunan GP adalah ; Bahasa Arab (4.78, menurun 2.58), Fizik (5.77, menurun 1.30) dan Sains Sukan (6.00, menurun 1.22).

Pengumuman keputusan SPM 2016 oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Guru-guru kelas sedang menyediakan sijil-sijil dan fail pelajar.

Berikut merupakan 9 orang calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2016 :

Adik Nurul Najwa Fitriah Binti Mohd Yusoff – 5A, 3C, 1D, 1E, GP 4.00

Adik Nursharmillah Hanim Binti Sani – 5A, 3B, 2C, GP 2.90

Adik Mohd Amierul Bin Razali –  5A, 3B, 1C, GP 2.89

Adik Dayangku Adrianna Binti Ag. Alimat @ Affandy – 5A, 2B, 2C, GP 2.67

Adik Nurun Nadhirah Binti Mohd Zamri – 5A, 3B, 2C, GP 2.30

Adik Shahirah Binti Sabana – 6A, 2B, 1C, GP 2.22

Adik Amir Syukrie Bin Roslan – 5A, 4B, GP 2.11

Dayang Nur Hidayah Aliyah Binti Kamarudin – 8A, 1B, GP 1.44

Adik Nur Fadzilah Binti Mohd Razalie – 9A, 1B, GP 1.00

Mantan pelajar lain mendapatkan slip keputusan daripada Guru Kelas.

Tahniah kepada semua calon SPM 2016 yang telah berjaya dan bakal meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

Ibu menjadi pendorong utama kejayaan anak. Tahniah kepada Pn. Noor Aainah Pg. Jaafar dan adik Amir Syukrie Bin Roslan.

Kumpulan pelajar cemelang bersama pihak pentadbir sekolah.

 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015

29 Mac 2016 – Pada 03 Mac yang lalu, SMK Majakir telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Pengumuman telah disampaikan sendiri oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Pada tahun ini, SMK Majakir telah mencatat peratus kelulusan 87% berbanding 95.1% yang diperolehi pada tahun 2014. Ini merupakan penurunan yang terbesar (8.1%) dalam tempoh lima tahun iaitu sejak mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus tahun lalu. Pada tahun ini mata pelajaran yang cemerlang dengan 100% kelulusan ialah ; Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Sukan, Teknologi Maklumat, EST dan Bahasa Arab. Secara keseluruhan, sebanyak 6 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan, 11 mata pelajaran menunjukkan penurunan manakala 5 lagi tidak berubah. Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi dari peratus kelulusan ialah ; Geografi (86.9%), meningkat 25.2%, Kimia (100%), meningkat 5.9% dan EST (100%), meningkat 2.9%. Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan tertinggi dari segi peratus kelulusan ialah ; Tasawur Islam (71.1%), merosot 23.7%, Perdagangan (70.5%), merosot 17.3% dan Matematik (73.4%), merosot 10.2%.

Dari segi kualiti, Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2015 ialah 5.49, merosot 0.1 berbanding GPS yang dicapai dalam SPM 2014 iaitu 5.39. Walaubagaimanapun nilai GPS ini masih mengatasi nilai Gred Purata Daerah (GPD) iaitu 5.75 dan nilai Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.66. Di peringkat daerah, SMK Majakir berada di kedudukan ke-4 daripada 10 buah sekolah manakala di peringkat negeri di kedudukan ke-64 daripada 210 buah sekolah.

Sebanyak 11 mata pelajaran mencatatkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) manakala 11 lagi menunjukkan penurunan. Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi dari segi GPMP ialah ; Sains Sukan (4.78), meningkat 1.11, Ekonomi Rumah Tangga (4.67), meningkat 1.03 dan Fizik (4.47), meningkat 1.03. Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan tertinggi dari segi kualiti ialah ; Pendidikan Moral (4.33), merosot 1.73, Tasawur Islam (6.80), merosot 1.12 dan Biologi (5.63), merosot 0.87.

En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar bersama wakil ibu bapa dan Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain.

En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar bersama wakil ibu bapa dan Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan dan pengumuman Keputusan SPM 2015 bagi sekolah-sekolah di daerah Papar.

Ucapan dan pengumuman Keputusan SPM 2015 bagi sekolah-sekolah di daerah Papar oleh En. Abidin Marjan.

Para hadirin dan jemputan yang terdiri daripada Pengetua-Pengetua, Penolong Kanan serta pelajar cemerlang SPM 2015.

Para hadirin dan jemputan yang terdiri daripada Pengetua-Pengetua, Penolong Kanan serta pelajar cemerlang SPM 2015 bagi dearah Papar.

Tahniah kepada adik Ardie Bin Amir yang memperolehi keputusan cemerlang 10A (5A+, 3A dan 1A-).

Tahniah kepada adik Ardie Bin Amir yang mendapat keputusan cemerlang 9A (5A+, 3A dan 1A-).

Tahniah kepada adik Muhamad Aiman Bin Abidin yang mendapat keputusan cemerlang 10A (5A+, 1A dan 3A-).

Tahniah kepada adik Muhamad Aiman Bin Abidin yang mendapat keputusan cemerlang 9A (5A+, 1A dan 3A-).

Tahniah kepada adik Vianney Lin Verus yang mendapat keputusan cemerlang 8A (3A+, 5A), 1C.

Tahniah kepada adik Vianney Lin Verus yang mendapat keputusan cemerlang 8A (3A+, 5A), 1C.

Tahniah kepada adik Amanda Iman Qistina Bte Indra yang mendapat keputusan cemerlang 8A (1A+, 5A, 2A-), 1C.

Tahniah kepada adik Amanda Iman Qistina Bte Indra yang mendapat keputusan cemerlang 8A (1A+, 5A, 2A-), 1C.

Para Pelajar Cemerlang bersama barisan Pengetua

Para Pelajar Cemerlang SPM 2015 bagi daerah Papar bersama En. Abidin Marjan dan barisan Pengetua.

Pengetua dan Peolong Kanan I SMK Majakir bersama Pelajar Cemerlang SPM 2015.

Pengetua dan Penolong Kanan I SMK Majakir bersama Pelajar Cemerlang SPM 2015.

Tahniah kepada semua calon SPM 2015 yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Kebanggaan sekolah : Tahniah kepada semua calon SPM 2015 yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Kolokium Project Based Learning (PBL) Pasca PT3 SMK Majakir 2015

25 November 2015 (Rabu) – Aktiviti ini telah diadakan pada 9 November yang lalu bertempat di Dewan OKK Mat Zakir. Aktiviti ini merupakan kemuncak kepada aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek atau lebih dikenali sebagai Project Based Learning (PBL) yang menjadi salah satu pengisian dalam program Pasca PT3 pada tahun ini. Sebaik PT3 seleasai, sebanyak 12 kumpulan pelajar telah dibentuk yang terdiri daripada 5 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan mendapat bimbingan daripada sekurang-kurangnya 2 orang guru pembimbing. Tajuk serta kaedah pelaksanaan aktiviti kajian telah dicadangkan oleh pelajar. Tempoh masa melaksanakan kajian adalah selama 3 minggu dan di akhir sesi tersebut telah diadakan sesi pembentangan hasil dapatan kajian oleh setiap kumpulan. Pada hari kolokium, setiap kumpulan telah menyediakan sudut pameran untuk mempamerkan hasil dapatan kajian serta artifak yang berkenaan untuk tatapan warga sekolah.

Berikut adalah senarai tajuk kajian kumpulan pelajar :-

  • Sejarah Pendudukan Jepun Di Sabah.
  • Permainan Tradisional Dan Faktor-Faktor Kepupusannya.
  • Mendeskripsi Tahap Body Mass Index (BMI) Pelajar Tingkatan 3 Di SMK Majakir.
  • Penternakan Ikan Air Tawar Dalam Kanvas.
  • Gejala Rokok Elektronik.
  • Vocabulary & Scrapbook Via Frog Virtual Learning Environment (VLE).
  • Infasruktur Dan Vadalisme Di SMK Majakir.
  • Kesedaran Pelajar Mengenai Kefarduan Solat Jumaat.
  • Hubungan Antara Lanskap Dengan Suasana PDP Di SMK Majakir.
  • Tahap Kesedaran Masyarakat Sekolah Terhadap Bahaya Aedes.
  • Endangered Species In Borneo.
  • Kesedaran Pelajar Mengenai Pengharaman Judi.

Bagi menghargai usaha dan komitmen tinggi para pelajar dan guru yang terlibat, semua kumpulan pelajar telah diberi peluang untuk membentangkan hasil kajian mereka melalui sesi pembentangan selari yang telah diadakan pada sesi pagi. Sesi pembentangan selari telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah, Bilik APD dan Makmal Bahasa Sekolah. Di akhir sesi pembentangan selari, sebanyak 3 kumpulan pelajar telah dipilih untuk membuat pembentangan akhir semasa majlis penutupan. Tetamu jemputan yang hadir semasa majlis penutup ialah Pn. Nooriah Binti Salim, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Papar, Pn. Patrisia Cindy Ibrahim, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu dan wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

ada

En. Durahman Ramlee Ag. Wahab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Majakir telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis.

Sa

Salah satu kumpulan pelajar yang terpilih untuk membentangkan hasil kajian mereka di majlis tersebut.

ada

Sudut pameran yang memaparkan hasil kajian serta artifak yang disediakan oleh pelajar untuk tatapan warga sekolah.

ada

Artifak yang disediakan oleh ahli Kumpulan 5 iaitu pelajar dari kelas 3 Dinamik.

ada

Salah satu projek kajian yang berinovatif dan berpotensi untuk dimajukan pada masa akan datang. 

ada

Hasil dapatan kajian dibukukan sebagai bahan rujukan di masa akan datang.

ada

Pn. Noor Aainah Ag. Jaafar, Penyelaras Jawatankuasa Penyelidikan Dan Pembangunan (Kajian Tindakan) Sekolah selaku Ketua Juri memberi sedikit rumusan dan ulasan mengenai hasil pembentangan kumpulan pelajar. 

Pn. Patrisia Cindy Ibrahim, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu menyampaikan sijil kepada

Pn. Patrisia Cindy Ibrahim, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil kumpulan pelajar.

ada

Tahniah kepada kumpulan pelajar dari Kelas 3 KRK yang mendapat tempat ke-3 dengan tajuk : Mendeskripsi Tahap BMI Pelajar Tingkatan 3 Di SMK Majakir.

ada

Tahniah kepada kumpulan pelajar dari Kelas 3 Dinamik yang mendapat Naib Johan dengan tajuk : Hubungan Antara Lanskap Dengan Suasana PDP Di SMK Majakir.

ada

Tahniah kepada kumpulan pelajar dari Kelas 3 Efisen yang mendapat Johan dengan tajuk : Kesedaran Pelajar Mengenai Kefarduan Solat Jumaat.

ada

Pn. Hasniati Abdul Rahim, Guru Pembimbing bersama kumpulan pelajar dari Kelas 3 KRK.

ada

Pn. Noneh Ahmad, Guru Pembimbing bersama kumpulan pelajar dari Kelas 3 Dinamik.

ada

Ustazah Ainul Husna Abdul Samad, Guru Pembimbing bersama kumpulan pelajar dari Kelas 3 Efisien.

ada

Tahniah kepada semua pelajar Pasca PT3 serta guru-guru yang telah terlibat dengan aktiviti PBL pada tahun ini.

 

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014

28 Mac 2015 (Sabtu) – Keputusan Peperiksaan SPM 2014 telahpun diumumkan di seluruh negara pada 03 Mac yang lalu iaitu selang sehari selepas keputusan Peperiksaan STPM 2014 diumumkan. Secara keseluruhan, SMK Majakir telah mencatatkan 95.1% kelulusan, meningkat 0.9% berbanding pencapaian pada tahun 2013 (94.1%). Sebanyak 9 mata pelajaran berjaya mencatatkan peratus kelulusan 100% berbanding hanya 5 mata pelajaran pada tahun 2013. Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Fizik, Biologi, Sains Teras, Prinsip Akaun, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan Teknologi Maklumat. Sebanyak 12 mata pelajaran meningkat dari segi peratus kelulusan, 4 kekal tidak berubah manakala 4 lagi menunjukkan penurunan, Prinsip Akaun (100%), Kesusasteraan Melayu (89.0%) dan Sains Sukan (97.3%) merupakan 3 mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi masing-masing dengan 34.2%, 25.7% dan 18.9%. Mata pelajaran Matematik Tambahan (56.0%), Kimia (94.1%) dan Geografi (61.7%) merupakan 3 mata pelajaran yang menunjukkan penurunan tertinggi masing-masing dengan -26.9%, -5.9% dan -4.0%.

Dari segi kualiti, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk SPM 2014 ialah 5.39 merosot 0.13 berbanding pencapaian 5.26 pada tahun 2013. Keputusan ini walaubagaimanapun masih mengatasi Gred Purata Daerah (5.53) dan Gred Purata Negeri (5.57). Sebanyak 19 mata pelajaran menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) manakala 11 lagi menunjukkan penurunan GPMP. Mata pelajaran Sains Sukan (5.89), Teknologi Maklumat (3.52) dan Pendidikan Islam (4.04) merupakan 3 mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan GPMP tertinggi iaitu masing-masing dengan 1.79, 1.60 dan 1.01. Ketiga-tiga mata pelajaran sains tulen iaitu Kimia (6.59), Fizik (5.50) dan Biologi (4.76) menunjukkan penurunan GPMP tertinggi iaitu masing-masing dengan -2.65, -2.14 dan -2.01.

Dengan pencapaian ini, SMK Majakir berada di kedudukan ke-4 dari 10 buah sekolah menengah di daerah Papar bagi keputusan SPM 2014.

Sebahagian kecil pelajar yang hadir semasa sesi pengumuman Keputusan SPM 2014 di sekolah.

Sebahagian kecil pelajar yang hadir semasa sesi pengumuman Keputusan SPM 2014 di sekolah.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir dengan rasminya mengumumkan prestasi sekolah dalam Peperiksaan SPM 2014 kepada para hadirin.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir dengan rasminya mengumumkan prestasi sekolah dalam Peperiksaan SPM 2014 kepada para hadirin.

Tahniah kepada adik Anis Nadia Binti Alamshah yang mendapat 9A (3A+, 3A, 3A-) dan 1B (1B+).

Tahniah kepada adik Anis Nadia Binti Alamshah yang mendapat 9A (3A+, 3A, 3A-) dan 1B (1B+).

Tahniah kepada adik Noordiana Fariha Binti Roslan yang mendapat 7A (6A, 1A-) dan 3B (3B).

Tahniah kepada adik Noordiana Fariha Binti Roslan yang mendapat 7A (6A, 1A-) dan 3B (3B).

Tahniah kepada adik Wenddy Kukundu yang mendapat 7A (1A+, 2A, 4A-) dan 2B (1B+, 1B).

Tahniah kepada adik Wenddy Kukundu yang mendapat 7A (1A+, 2A, 4A-) dan 2B (1B+, 1B).

Tahniah kepada adik Mohamad Khir Shafiq Bin Moktar yang mendapat 7A (5A, 2A-), 2B (1B+, 1B) dan 1C (1C+).

Tahniah kepada adik Mohamad Khir Shafiq Bin Moktar yang mendapat 7A (5A, 2A-), 2B (1B+, 1B) dan 1C (1C+).

Tahniah kepada adik Abdul Hafiz Bin Abdul Halikun yang mendapat 7A (1A+, 4A, 2A-), 1B (1B+) dan 2C (1C+, 1C).

Tahniah kepada adik Abdul Hafiz Bin Abdul Halikun yang mendapat 7A (1A+, 4A, 2A-), 1B (1B) dan 2C (1C+, 1C).

Tahniah kepada adik Mohd Yazdani Bin Azman yang mendapat 6A (4A, 2A-), 3B (2B+, 2B) dan 1C (1C+).

Tahniah kepada adik Mohd Yazdani Bin Azman yang mendapat 6A (4A, 2A-), 3B (2B+, 1B) dan 1C (1C+).

Tahniah kepada adik Imaan Aisyah Binti Kassim yang mendapat 5A (1A+, 4A), 4B (2B+, 2B) dan 1C (1C+).

Tahniah kepada adik Imaan Aisyah Binti Kassim yang mendapat 5A (1A+, 4A), 4B (2B+, 2B) dan 1C (1C+).

Tahniah kepada adik Mohd Amirul Ikmal Bin Ahmad yang mendapat 5A (3A, 2A_), 2B (1B+, 1B) dan 2C (2C+).

Tahniah kepada adik Mohd Amirul Ikmal Bin Ahmad yang mendapat 5A (2A, 3A-), 2B (1B+, 1B) dan 2C (2C+).

Tahniah kepada adik Abbylen Asing yang mendapat 5A (3A, 2A-), 2B (2B+), 2C (1C+, 1C) dan 1G.

Tahniah kepada adik Abbylen Asing yang mendapat 5A (3A, 2A-), 2B (2B+), 2C (1C+, 1C) dan 1G.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM 2014.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM 2014.

Kaunter dibuka oleh guru-guru kelas untuk memudahkan mantan pelajar mendapat slip keputusan mereka.

Kaunter dibuka oleh guru-guru kelas untuk memudahkan mantan pelajar mendapat slip keputusan mereka.

 

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014

07 Mac 2015 (Sabtu) – Keputusan Peperiksaan STPM 2014 telahpun diumumkan di seluruh negara pada 02 Mac yang lalu. Keputusannya, SMK Majakir telah berjaya mencatatkan peratus kelulusan 100% buat kali ke-2 berturut-turut. Seramai 34 daripada 52 orang calon (65.4%) telah berjaya memperolehi 4 Prinsipal (4P), 12 orang calon (23.1%) mendapat 3P dan 6 orang calon (11.5%) mendapat 2P. Ini bermakna seramai 52 orang calon yang menduduki Peperiksaan STPM pada tahun lepas telah berjaya mendapat sekurang-kurangnya 1 Prinsipal. Dari segi kualiti, SMK Majakir telah berjaya mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.70 berbanding 2.48 pada tahun 2013 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 0.22. Dengan keputusan ini, Unit Pra-Universiti SMK Majakir telah berjaya mencapai sasaran kelulusan 100% dengan GPS 2.50 yang telah ditetapkan untuk STPM 2014.

Analisis pencapaian calon menunjukkan bahawa seramai 37 calon telah berjaya memperolehi Gred Purata (GP) 2.50 dan ke atas. Daripada jumlah tersebut seramai 18 orang calon berjaya memperolehi GP 3.00 ke atas.

Analisis pencapaian mata pelajaran menunjukkan bahawa kesemua mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan dari segi peratus kelulusan berbanding tahun 2013 kecuali mata pelajaran Pengajian Perniagaan (-1.4%) dan Geografi (-6.6%). Sebanyak 3 mata pelajaran berjaya mencatatkan kelulusan 100% iaitu mata pelajaran Biologi, Kesusasteraan Melayu dan Seni Visual. Sebanyak 7 daripada 11 mata pelajaran juga telah mencatatkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Mata pelajaran tersebut ialah Pengajian Am (2.74, meningkat 0.06), Biologi (2.11, meningkat 0.25), Kimia (1.67, meningkat 0.81), Matematik T (0.67, meningkat 0.33), Bahasa Melayu (3.10, meningkat 0.43), Sejarah (2.79, meningkat 0.14), Kesusasteraan Melayu (3.03, meningkat 0.36). 3 mata pelajaran yang sedikit merosot prestasinya ialah Ekonomi (2.33, merosot 0.14), Geografi (1.92, merosot 0.13) dan Seni Visual (3.00, merosot 0.03).

Di peringkat daerah Papar, SMK Majakir berada di kedudukan ke-2 daripada 6 buah sekolah berdasarkan peratus kelulusan dan GPS sekolah manakala di peringkat negeri Sabah, SMK Majakir berada di kedudukan ke-17 daripada 51 buah sekolah yang berjaya mendapat kelulusan 100%. Ini bermakna SMK Majakir berjaya memperbaiki kedudukan ke-23 pada tahun 2013.

Antara mantan pelajar yang hadir semasa pengumuman keputusan STPM di sekolah.

Antara mantan pelajar yang hadir semasa pengumuman keputusan STPM di sekolah.

Ucapan ringkas oleh En. Mursyid Soadik sebelum majlis penyerahan slip keputusan.

Ucapan ringkas oleh En. Mursyid Soadik sebelum majlis penyerahan slip keputusan.

Amanat dari En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM mewakili Pentadbir Sekolah.

Amanat dari En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM mewakili Pentadbir Sekolah.

Pn. Dg. Sharifah Maarof menyerahkan slip keputusan kepada semua guru kelas.

Pn. Dg. Sharifah Maarof menyerahkan slip keputusan kepada semua guru kelas.

Tahniah kepada adik Nurul Shaffieca Bte Kasmudi yang mendapat 4P (1A-, 2B+, 1B-) dengan GP 3.25.

Tahniah kepada adik Nurul Shaffieca Bte Kasmudi yang mendapat 4P (1A-, 2B+, 1B-) dengan GP 3.25.

Tahniah kepada adik Norlelah Bte Abd Rashid yang mendapat 4P (1A-, 2B+, 1B) dengan GP 3.33.

Tahniah kepada adik Norlelah Bte Abd Rashid yang mendapat 4P (1A-, 2B+, 1B) dengan GP 3.33.

Tahniah kepada adik Razman B. Daud yang mendapat 4P (2A-, 2B) dengan GP 3.34.

Tahniah kepada adik Razman B. Daud yang mendapat 4P (2A-, 2B) dengan GP 3.34.

Tahniah kepada adik Siti Nurliyana Bte Yusof yang mendapat 4P (2A-, 1B+, 1B-) dengan GP 3.42.

Tahniah kepada adik Siti Nurliyana Bte Yusof yang mendapat 4P (2A-, 1B+, 1B-) dengan GP 3.42.

Tahniah kepada adik Dg. Rabiatul Fauziah Bte Yusop yang mendapat 4P (1A, 1A-, 2B) dengan GP 3.42.

Tahniah kepada adik Dg. Rabiatul Fauziah Bte Yusop yang mendapat 4P (1A, 1A-, 2B) dengan GP 3.42.

Tahniah kepada adik Nuramalina Bte Diasin yang mendapat 4P (4A-) dengan GP 3.67.

Tahniah kepada adik Nuramalina Bte Diasin yang mendapat 4P (4A-) dengan GP 3.67.

Tahniah kepada adik Nurul Shahidah Bte Mat Zain yang mendapat 4P (3A, 1B) dengan GP 3.75.

Tahniah kepada adik Nurul Shahidah Bte Mat Zain yang mendapat 4P (3A, 1B) dengan GP 3.75.

Tahniah kepada adik Ummairah Hanapiah yang mendapat 4P (2A, 2A-) dengan GP 3.84. Pelajar Terbaik STPM SMK Majakir 2014.

Tahniah kepada adik Ummairah Hanapiah yang mendapat 4P (2A, 2A-) dengan GP 3.84. Pelajar Terbaik STPM SMK Majakir 2014.

Para mantan pelajar mendapatkan slip keputusan serta beberapa dokumen lain daripada guru kelas masing-masing.

Para mantan pelajar mendapatkan slip keputusan serta beberapa dokumen lain daripada guru kelas masing-masing.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa kerana usaha tangga kejayaan.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa kerana usaha tangga kejayaan.

Tahniah kepada semua. Semoga berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading,

Tahniah kepada semua. Semoga berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading,

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013

30 Mac 2014 (Ahad) – Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013, SMK Majakir telah mencatatkan peratus kelulusan 94.1%. Peratusan ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding dengan peratus kelulusan yang dicatatkan pada tahun 2012 (98.3%) iaitu sebanyak -4.2%. Buat pertama kalinya peratus kelulusan kali ini mengambilkira peratus pelajar yang lulus mata pelajaran Sejarah selain daripada Bahasa Melayu. Daripada 191 calon yang menduduki SPM pada tahun 2013, seramai 177 orang calon (94.1%) telah lulus mata pelajaran Sejarah manakala seramai 186 calon (98.9%) telah lulus mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred E. Dari segi kualiti, SMK Majakir telah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.26 berbanding dengan 5.43 pada tahun 2012 iaitu peningkatan sebanyak 0.23.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir menyampaikan laporan mengenai pencapaian sekolah dalam Peperiksaan SPM 2013 kepada para   hadirin.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir menyampaikan laporan mengenai pencapaian sekolah dalam Peperiksaan SPM 2013 kepada para hadirin.

Sebahagian daripada para hadirin yang hadir untuk mengambil slip keputusan SPM 2013.

Sebahagian daripada para hadirin yang hadir untuk mengambil slip keputusan SPM 2013.

Berikut merupakan 7 mata pelajaran telah berjaya menunjukkan peningkatan dari segi peratus lulus :-

  • Bahasa Melayu (98.9%), (98.3% – 2012)
  • Bahasa Inggeris (78.7%), (77.4% – 2012)
  • Sejarah (94.1%), (89.2% – 2012)
  • Matametik (86.2%), (80.7% – 2012)
  • Matematik Tambahan (82.9%), (64.9% – 2012) – peningkatan tertinggi sebanyak 18%.
  • Kimia (100%), (96.7% – 2012)
  • Sains Teras (98.1%), (96.5% – 2012)

Berikut merupakan 4 mata pelajaran yang berjaya mengekalkan 100% kelulusan :-

  • Fizik
  • Biologi
  • Pendidikan Seni
  • ERT

Berikut merupakan 11 mata pelajaran yang menunjukkan penurunan dari segi peratus lulus :-

  • Pendidikan Agama Islam (87.1%), (87.5% – 2012)
  • Pendidikan Moral (94.4%), (100% – 2012)
  • Kesusasteraan Melayu (63.3%), (95.2% – 2012)
  • Geografi (85.7%), (84.6% – 2012)
  • Prinsip Akaun (65.8%), (88.4% – 2012) – penurunan tertinggi sebanyak 22.6%.
  • Ekonomi Asas (74.2%), (86.6% – 2012)
  • Perdagangan (80.0%), (91.4% – 2012)
  • Sains Sukan (78.4%), (91.4% – 2012)
  • Teknologi Maklumat (96.0%), (100.0% – 2012)
  • Tasawur Islam (88.7%), (97.9% – 2012)
  • EST (97.2%), (100.0% – 2012)

Berikut merupakan 10 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2013 :-

Adik Aida Sabreena Bte Rosmazlan (5 Sains) ; mendapat 10A (5A+, 5A) dengan GP 0.5.

Adik Aida Sabreena Bte Rosmazlan (5 Sains) yang mendapat 10A (5A+, 5A) dengan GP 0.50.

Adik Dg, Nur Azwani Bte Azaman ; mendapat 9A (3A+, 5A, 1A-) dengan GP 1.00.

Adik Dg. Nur Azwani Bte Azaman (5 Sains) yang mendapat 9A (3A+, 5A, 1A-) dengan GP 1.00.

Adik Noor Safiah Bte Abdul Rahim (5 Sains) yang mendapat 8A (2A+, 4A, 2A-) dan 2B (2B+) dengan GP 1.40.

Adik Noor Safiah Bte Abdul Rahim (5 Sains) yang mendapat 8A (2A+, 4A, 2A-) dan 2B (2B+) dengan GP 1.40.

Adik Muhammad Nazri Bin Ibrahim @ Zin (5 Sains) yang mendapat 8A (3A+, 2A, 3A-) dan 2B (1B+, 1B) dengan GP 1.50.

Adik Muhammad Nazri Bin Ibrahim @ Zin (5 Sains) yang mendapat 8A (3A+, 2A, 3A-) dan 2B (1B+, 1B) dengan GP 1.50.

Adik Nurulfazlin Bte Henry (5 Sains) yang mendapat 8A (2A+, 2A, 4A-) dan 1B (1B+) dengan GP 1.44.

Adik Nurulfazlin Bte Henry (5 Sains) yang mendapat 8A (2A+, 2A, 4A-) dan 1B (1B+) dengan GP 1.44.

Adik Esther Alitus (5 Teknologi) yang mendapat 8A (2A+, 4A, 2A-) dan 2C (2C+) dengan GP 1.80.

Adik Esther Alitus (5 Teknologi) yang mendapat 8A (2A+, 4A, 2A-) dan 2C (2C+) dengan GP 1.80.

Adik Nur Zafirah Bte Dzulkiffli (5 Sains) yang mendapat 7A (2A+, 3A, 2A-) dan 3B (2B+, 1B) dengan GP 1.70.

Adik Nur Zafirah Bte Dzulkiffli (5 Sains) yang mendapat 7A (2A+, 3A, 2A-) dan 3B (2B+, 1B) dengan GP 1.70.

Adik Michelle Wong Pei Yun (5 Sains) yang mendapat 7A (3A+, 3A, 1A-), 2B (2B+) dan 1C (1C+) dengan GP 1.60.

Adik Michelle Wong Pei Yun (5 Sains) yang mendapat 7A (3A+, 3A, 1A-), 2B (2B+) dan 1C (1C+) dengan GP 1.60.

Adik Imran Bin Salim (5 Sains) yang mendapat 7A (1A+, 3A, 3A-), 2B (1B+, 1B) dan 1C (1C) dengan GP 2.20.

Adik Imran Bin Salim (5 Sains) yang mendapat 7A (1A+, 3A, 3A-), 2B (1B+, 1B) dan 1C (1C) dengan GP 2.20.

Adik Nur Hasani Bte Abdul Hamid (5 Sains) yang mendapat 7A (2A, 5A-), 2B (1B+, 1B) dan 1C (1C+) dengan GP 2.40.

Adik Nur Hasani Bte Abdul Hamid (5 Sains) yang mendapat 7A (2A, 5A-), 2B (1B+, 1B) dan 1C (1C+) dengan GP 2.40.

Berikut merupakan 13 mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan dari segi GPMP :-

  • Bahasa Melayu (3.37), (3.95 – 2012)
  • Pendidikan Agama Islam (5.05), (5.12 – 2012)
  • Pendidikan Moral (3.44), (3.56 – 2012)
  • Sejarah (5.15), (5.82 – 2012)
  • Matematik (5.09), (5.41 – 2012)
  • Matematik Tambahan (6.16), (6.46 – 2012)
  • Fizik (3.36), (5.13 – 2012)
  • Kimia (3.94), (6.58 – 2012) – peningkatan tertinggi sebanyak 2.64.
  • Biologi (2.75), (5.06 – 2012)
  • Sains Teras (3.17), (4.99 – 2012)
  • Pendidikan Seni (4.12), (4.15 – 2012)
  • ERT (5.62), (6.00 – 2012)
  • Tasawur Islam (5.29), (5.55 – 2o12)

Berikut merupakan 9 mata pelajaran yang menunjukkan penurunan dari segi GPMP :-

  • Geografi (7.31), (4.62 – 2o12)
  • Prinsip Akaun (7.08), (6.38 – 2012)
  • Ekonomi Asas (7.65), (6.87 – 2012)
  • Kesusasteraan Melayu (7.13), (4.62) – penurunan tertinggi sebanyak 2.51.
  • Bahasa Inggeris (6.71), (6.19 – 2012)
  • Perdagangan (7.87), (7.62 – 2012)
  • Sains Sukan (7.68), (6.37 – 2012)
  • Teknologi Maklumat (5.12), (4.52 – 2012)
  • EST (6.42), (6.03 – 2012)
Pelajar mendapatkan slip keputusan daripada guru kelas masing-masing.

Pelajar mendapatkan slip keputusan daripada guru kelas masing-masing.

Selain slip keputusan, pelajar juga boleh mendapatkan dokumen seperti sijil kokurikulum dan surat berhenti sekolah daripada guru kelas masing-masing.

Selain slip keputusan, pelajar juga boleh mendapatkan dokumen seperti sijil kokurikulum dan surat berhenti sekolah daripada guru kelas masing-masing.

Berdebar-debar menunggu sebelum keputusan diumumkan oleh Pengetua.

Berdebar-debar menunggu sebelum keputusan diumumkan oleh Pengetua.

Perasaan terharu dan gembira jelas terukir di wajah para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Perasaan terharu dan gembira jelas terukir di wajah para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Tahniah kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi nasihat dan bimbingan sehingga pelajar berjaya.

Tahniah kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi nasihat dan bimbingan sehingga pelajar berjaya.

Kejayaan para pelajar adalah kejayaan para ibu bapa dan guru yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik demi kejayaan anak didik.

Kejayaan para pelajar adalah kejayaan para ibu bapa dan guru yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik demi kejayaan anak didik.

 

Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) SMK Majakir 2013

19 Januari 2014 – SMK Majakir telah menunjukkan pencapaian keputusan PMR yang sedikit menurun pada tahun 2013 berbanding dengan keputusan pada tahun 2012. Seramai 201 calon telah menduduki PMR pada tahun 2013 dan daripada jumlah tersebut, 72.1 % calon telah lulus semua mata pelajaran berbanding dengan pencapaian 81.9% (2012) iaitu penurunan sebanyak 9.8%. Gred Purata Sekolah (GPS) juga menunjukkan penurunan iaitu 2.59 (2012) ke 2.69 (2013). Kemerosotan sebanyak 0.1. Sebanyak 5 mata pelajaran berjaya mengekalkan peratus kelulusan 100% iaitu ; Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan Dan Kesusahawanan dan Bahasa Arab. Sebanyak 3 mata pelajaran yang mencatatkan kemerosotan peratusan lulus yang ketara ialah ; Bahasa Inggeris (-8.9%), Pendidikan Agama Islam (-7.27%) dan Bahasa Melayu (-3.50%). Sebanyak 8 mata pelajaran telah menunjukkan penurunan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan hanya 4 mata pelajaran yang meningkat pencapaian GPMP. Mata pelajaran Bahasa Melayu mencatatkan penurunan GPMP terbesar iaitu 0.22 diikuti oleh mata pelajaran Bahasa Inggeris (-0.21). Mata pelajaran Bahasa Arab menunjukkan pencapaian yang paling cemerlang apabila berjaya mencatatkan 100% kelulusan dan peningkatan GPMP sebanyak 0.21 dari 1.95 (2012) ke 1.74 (2013).

Gelagat pelajar semasa mengambil slip keputusan PMR pada 19 Disember 2013 yang lalu.

Gelagat pelajar semasa mengambil slip keputusan PMR pada 19 Disember 2013 yang lalu.

Guru kelas dan guru mata pelajaran gembira dan resah melihat keputusan pelajar.

Guru kelas dan guru mata pelajaran gembira dan resah melihat keputusan pelajar.

Para pelajar mendapatkan slip keputusan PMR daripada guru kelas mereka.

Para pelajar mendapatkan slip keputusan PMR daripada guru kelas mereka.

Secara keseluruhannya pada tahun 2013, seramai 3 orang pelajar telah berjaya mendapat 9A (GP 1.0) dan 2 orang pelajar mendapat 8A (GP 1.0). Selebihnya seramai 8 orang pelajar telah mendapat 7A dan 7 orang mendapat 6A. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2013.

Tahniah kepada semua guru kelas, guru mata pelajaran dan khususnya pelajar yang telah berjaya dalam PMR 2013.

Tahniah kepada semua guru kelas, guru mata pelajaran dan khususnya pelajar yang telah berjaya dalam PMR 2013.

3 orang pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang (9A) dalam PMR 2013. Dari kiri : Mohd. Najeeb B. Abdul Rahshid, Muhd. Aiman B. Abidin dan Mohd. Nazmi Syamim B. Jirin.

3 orang pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang (9A) dalam PMR 2013. Dari kiri : Mohd. Najeeb B. Abdul Rahshid, Muhd. Aiman B. Abidin dan Mohd. Nazmi Syamim B. Jirin.

 

Program Khidmat Bantu BTP-BTPN-PKG-Sekolah

07 September 2013 (Sabtu) – Program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan ini adalah bertujuan untuk membuat pemantauan ke atas pelaksanaan dasar MBMMBI di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, satu rombongan yang diketuai oleh Tn. Hj. Ahmad Dahlan Bin Kadri, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Resos Pembelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur telah membuat lawatan pemantauan ke SMK Majakir pada 04 September yang lalu. Turut hadir ialah En. Julai Bin David Gipin @ Jipin, Pegawai BTPN Sabah dan Pn. Noriah Bte Salim, Pegawai Pentadbir PKG Papar. Beberapa orang pegawai dari BTPN Sabah serta Pegawai Pentadbir PKG daerah-daerah Keningau, Tenom dan Sipitang turut hadir bersama rombongan.

Dari kiri : Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, En. Julai Bin David Gipin @ Jipin, Pegawai BTPN Sabah dan Tn. Hj. Ahmad Dahlan Bin Kardi, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Resos Pembelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur.

Dari kiri : Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, En. Julai Bin David Gipin @ Jipin, Pegawai BTPN Sabah dan Tn. Hj. Ahmad Dahlan Bin Kardi, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Resos Pembelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur.

Ahli rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain mengenai pelaksanaan dasar MBMMBI yang telah dijalankan di sekolah. Lawatan kali ini  memberi peluang kepada pihak BTP KL untuk melihat sejauh mana pihak sekolah menggunakan resos yang telah dibekalkan oleh BTP untuk tujuan MBMMBI. Selain daripada itu pihak BTP KL juga telah berkongsi maklumat lanjut mengenai aplikasi ICT terkini yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah seperti Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan Virtual Learning Environment (VLE).

Produk yang dihasilkan oleh pelajar semasa kelas MBMMBI di Makmal Bahasa.

Produk yang dihasilkan oleh pelajar semasa kelas MBMMBI di Makmal Bahasa.

Maklumat mengenai struktur organisasi Jawatankuasa MBMMBI sekolah dipamerkan untuk tatapan umum.

Maklumat mengenai struktur organisasi Jawatankuasa MBMMBI sekolah dipamerkan untuk tatapan umum.

Pn. Noriah sedang memberi penerangan mengenai status pelaksanaan dasar MBMMBI di semua sekolah di daerah Papar.

Pn. Noriah sedang memberi penerangan mengenai status pelaksanaan dasar MBMMBI di semua sekolah di daerah Papar.

Pn. Luginy sedang mengadakan kelas Bahasa Melayu menggunakan aplikasi Net Support School.

Pn. Luginy sedang mengadakan kelas Bahasa Melayu menggunakan aplikasi Net Support School.

Pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pengajaran guru melalui medium komputer.

Pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pengajaran guru melalui medium komputer.

Ahli rombongan berpeluang melihat bagaimana para pelajar memberi respon terhadap pengajaran guru.

Ahli rombongan berpeluang melihat bagaimana para pelajar memberi respon terhadap pengajaran guru.

Pengetua bagi pihak sekolah menerima sumbangan banting dan CD bahan PDP dari pihak BTP KL.

Pengetua bagi pihak sekolah menerima sumbangan banting dan CD bahan PDP dari pihak BTP KL.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atasi lawatan oleh pihak BTP KL dan BTPN Sabah.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atasi lawatan oleh pihak BTP KL dan BTPN Sabah.

 

 

 

 

 

 

 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012

22 Mac 2013 (Jumaat) – Di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, sekolah telah mencatatkan peratus kelulusan sebanyak 98.3% berbanding 98.7% pada tahun 2011. Seramai 179 orang calon telah didaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM pada tahun lepas. Daripada jumlah tersebut seramai 174 orang calon telah lulus Kertas Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred E. Seramai 2 orang calon tidak hadir manakala 3 orang calon telah gagal. Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 5.43 iaitu meningkat sebanyak 0.23 berbanding 5.66 pada tahun 2011.

Sebanyak 5 buah kelas iaitu ; Kelas 5 sains, 5 Teknologi, 5 Ekonomi, 5 Perdagangan dan 5 Sastera telah mencatatkan keputusan 100% kelulusan manakala Kelas 5 Pendidikan Seni Visual (PSV) telah mencatatkan peratus kelulusan 85%.

IMG_9171

Pentadbir sekolah bersama 3 orang pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2012.

Sebanyak 9 mata pelajaran telah meningkat dari segi peratus kelulusan berbanding pencapaian pada tahun 2011. Mata pelajaran tersebut ialah :

  • Bahasa Inggeris (77.4% /72.6%)
  • Pendidikan Moral (100% / 80.0%)
  • Matematik (80.7% / 78.3%)
  • Matematik Tambahan (64.9% / 54.9%)
  • Kesusasteraan Melayu (95.2% – 93.1%)
  • Geografi (84.6% / 51.0%)
  • Prinsip Akaun (88.% / 71.8%)
  • Ekonomi Asas (86.6% / 78.2%)
  • Perdagangan (89.1% / 80.6%)

Sebanyak 8 mata pelajaran yang menurun peratus kelulusan berbanding pencapaian pada tahun 2011 adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu (98.3% / 98.7%)
  • Pendidikan Agama Islam (87.5% / 92.0%)
  • Sejarah (89.2% / 93.3%)
  • Kimia (96.7% / 100%)
  • Biologi (96.7% / 100%)
  • Sains Teras (96.5% / 97.9%)
  • Sains Sukan (91.4% / 96.9%)
  • Tasawur Islam (97.9% / 100%)

Mata pelajaran EST, Teknologi Maklumat, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Seni dan Fizik berjaya mengekalkan pencapaian 100% kelulusan. Mata pelajaran yang menunjukkan peratus peningkatan kelulusan tertinggi ialah :

  • Geografi (33.6%)
  • Pendidikan Moral (20.0%)
  • Prinsip Akaun (16.6%)

Berikut adalah mata pelajaran yang telah meningkat dari segi kualiti berbanding tahun 2011 :

  • Bahasa Melayu (3.65 / 4.37)
  • Bahasa Inggeris (6.19 / 6.49)
  • Pendidikan Moral (3.56 / 5.53)
  • Matematik (5.41 / 6.15)
  • Matematik Tambahan (6.46 / 6.98)
  • Fizik (5.13 / 5.64)
  • Biologi (5.06 / 5.77)
  • Kesusasteraan Melayu (4.62 / 6.45)
  • Geografi (6.88 / 8.00)
  • Prinsip Akaun (6.38 / 5.86)
  • Ekonomi Asas (6.87 / 7.00)
  • Perdagangan (7.62 / 8.03)
  • Sains Sukan (6.37 / 6.39)
  • Teknologi Maklumat (4.52 / 4.78)

Berikut adalah mata pelajaran yang menurun dari segi kualiti berbanding tahun 2011 :

  • Pendidikan Agama Islam (5.12 / 4.62)
  • Sejarah (5.82 / 5.40)
  • Kimia (6.58 / 5.86)
  • Pendidikan Seni (4.15 / 3.88)
  • Ekonomi Rumah Tangga (6.00 / 4.88)
  • Tasawur Islam (5.55 / 5.30)
  • EST (6.03 / 5.46)
IMG_9162

Sesi penyampaian slip keputusan SPM oleh guru kelas kepada calon-calon SPM 2012 diadakan di Dewan OKK Mat Zakir.

IMG_9150

Tangisan kegembiraan ataupun tangisan kesedihan jelas terukir di wajah setiap bekas pelajar.

Guru-guru berbangga dengan pencapaian cemerlang adik Nabilah Binti Mohd Ismail yang mendapat 8A, 1B dalam Peperiksaan SPM 2012.

Guru-guru berbangga dengan pencapaian cemerlang adik Nabilah Binti Mohd Ismail yang mendapat 8A, 1B dalam Peperiksaan SPM 2012.

Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Kertas Pendidikan Seni bersama guru mata pelajaran Pendidikan Seni, Pn. Hajijah Hasan.

Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Kertas Pendidikan Seni bersama guru mata pelajaran Pendidikan Seni, Pn. Hajijah Hasan.

Berikut merupakan 11 orang mantan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2012 :

Nabilah Binti Mohd Ismail (8A, 1B), GP 1.00

Nabilah Binti Mohd Ismail
(8A, 1B), GP 1.00

Dg. Rabiatul Fauziah Binti Yusof (8A, 1B, 2C), GP 2.50

Dg. Rabiatul Fauziah Binti Yusof
(8A, 1B, 2C), GP 2.50

Valentine Verus (7A, 1B, 1D), GP 2.30

Valentine Verus
(7A, 1B, 1D), GP 2.30

Nurziana Kong (5A, 4B, 1C), GP 2.70

Nurziana Kong
(5A, 4B, 1C), GP 2.70

Marlina Binti Aliamat (5A, 4B, 1D), GP 2.70

Marlina Binti Aliamat
(5A, 4B, 1D), GP 2.70

Mohd Fikri Izzuddin Bin Mohd Shahdun (5A, 3B, 2C), GP 2.50

Mohd Fikri Izzuddin Bin Mohd Shahdun
(5A, 3B, 2C), GP 2.50

Amirul Danial Bin Jamal (5A, 3B, 2C), GP 2.50

Amirul Danial Bin Jamal
(5A, 3B, 2C), GP 2.50

Nurul Asyikin Binti Haamdan (5A, 2B, 2C), GP 2.40

Nurul Asyikin Binti Haamdan
(5A, 2B, 2C), GP 2.40

Nur Athirah Binti Zainuddin (5A, 2B, 1C, 1D), GP 3.10

Nur Athirah Binti Zainuddin
(5A, 2B, 1C, 1D), GP 3.10

Faradina Izwanna Binti Mohd Yusof (5A, 2B, 2C, 1E), GP 3.40

Faradina Izwanna Binti Mohd Yusof
(5A, 2B, 2C, 1E), GP 3.40

Farahiyah Binti Mohd Zawawi (5A, 1B, 2C, 2D), GP 3.40

Farahiyah Binti Mohd Zawawi
(5A, 1B, 2C, 2D), GP 3.40

Pn. Noor Aainah Pg. Jaafar bersama kumpulan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi Kertas Bahasa Melayu.

Pn. Noor Aainah Pg. Jaafar bersama kumpulan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi Kertas Bahasa Melayu.