Archives for Pra Universiti
15 September 2019 (Ahad) – Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun ini, pihak sekolah dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah menganjurkan Karnival Kokurikulum dan Hari Koperasi yang melibatkan seluruh warga sekolah. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan melukis dan mewarna yang bertemakan patriotisma telah diadakan dan dianjurkan oleh Unit Pakaian Seragam JPAM Pra-universiti. Selain itu, Unit kokurikulum telah menganjurkan pertandingan Futsal, Bola Jaring, Petanque antara kelas. Persatuan Sejarah juga telah menganjurkan Pertandingan Membina Artifak dari bahan-bahan terpakai dan Pertandingan Menghias Payung.
Antara objektif penganjuran acara ini adalah seperti berikut :-
(a) Untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing di dalam aktiviti yang disertai.
(b) Penyertaan pelajar di dalam aktiviti diharap akan dapat membina keyakinan diri dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal dalam kalangan pelajar.
(c) Untuk meningkatkan semangat kerjasama, perpaduan, toleransi antara kaum di samping mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan pelajar dan guru.





















Klik untuk koleksi gambar.
01 April 2019 (Isnin) – Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2018 telah diumumkan pada 11 Mac yang lalu. Buat kali ke-6 berturut-turut Pustem SMK Majakir telah berjaya mencatatkan kelulusan 100% dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.95. Ini bermakna GPS sekolah bagi Peperiksaan STPM telah meningkat 0.16 berbanding GPS 2017. Seramai 72 calon (80.9%) telah berjaya mendapat 4 Prinsipal (4P). Selebihnya 13 calon (14.6%) mendapat 3P manakala 2 calon (2.2%) mendapat 2P dan seorang calon (2.2%) mendapat 1P. Untuk rekod, pencapaian GPS 2.95 ini juga mengatasi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Kebangsaan 2.80 dan PNGK Negeri Sabah 2.69. Keputusan ini membolehkan Pustem SMK Majakir berada di rangking ke-5 bagi Kategori 2 (Bilangan Calon antara 50-99 orang) pada tahun ini.
Seramai 12 orang calon telah berjaya mendapat Gred Purata (GP) 3.50 ke atas dan secara keseluruhannya seramai 47 orang calon telah berjaya mendapat GP 3.00 ke atas. Buat julung kalinya juga, seramai 3 orang calon telah menjaya mendapat GP 4.00 dan tersenarai antara Pelajar Cemerlang Peperiksaan STPM 2018. Ketiga-tiga calon telah menerima Sijil Penghargaan di Majlis Pengumuman Keputusan STPM Negeri Sabah yang telah diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd. Dun Banir, Beaufort pada 11 Mac yang lalu. Sijil telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pn. Mistrine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 bersama
Pelajar Cemerlang STPM 2018.

Kamarudin dan adik Nur Sharmillah Binti Sani.

Pelajar Cemerlang STPM 2018.
Analisa keseluruhan keputusan menunjukkan bahawa sebanyak 4 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan berbanding 5 mata pelajaran yang merosot pada tahun 2018 berbanding peratus kelulusan pada tahun 2017. Mata pelajaran dengan peratus kelulusan tertinggi ialah mata pelajaran Geografi (88.9%) meningkat 11.6% diikuti oleh mata pelajaran Pengajian Perniagaan (87%) meningkat 8.7%. Mata pelajaran Biologi (50%) mencatatkan penurunan peratus kelulusan tertinggi (21.4%) diikuti oleh mata pelajaran Kimia (25%), merosot 17.9%. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif mengekalkan peratus kelulusan 100%.
Dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 6 mata pelajaran telah menunjukkan kenaikan GPMP berbanding 5 mata pelajaran yang merosot GPMP. Mata pelajaran Pengajian Perniagaan (2.88) mencatatkan peningkatan tertinggi GPMP iaitu 0.65 diikuti oleh mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (3.10) meningkat 0.41. Mata pelajaran Kimia (1.33) menunjukkan penurunan GPMP tertinggi iaitu sebanyak 0.38 diikuti oleh mata pelajaran Biologi (1.67), merosot 0.29.

di Dewan OKK Mat Zakir.

Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir.












Pelajar Cemerlang yang mendapat GP 3.00 ke atas.

01 April 2019 (Isnin) – Pada 09 Mac yang lalu, Pusat Tingkatan Enam (PUSTEM) SMK Majakir telah mengadakan sambutan Hari Keluarga buat julung kalinya. Acara sambutan dibuat pada skala yang kecil dan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) SMK Majakir dan dibantu oleh beberapa oleh mantan pelajar. Penganjuran Hari Keluarga peringkat sekolah ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan, para guru dan pelajar dari pelbagai latar belakang mampu untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang efektif untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Objektif utama penganjuran Hari Keluarga ini adalah seperti berikut:-
(i) Untuk merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar dan sesama pelajar.
(ii) Untuk menyemai semangat setiakawan dan berdaya saing dalam kalangan pelajar.
(iii) Untuk meningkatkan motivasi dan membina keyakinan diri dalam diri pelajar.



bersama mantan pelajar yang turut membantu mengendalikan majlis.

adik Jenny Lea James (Pengacara majlis).






untuk pertandingan “Sorakan Kumpulan”.
















King dan Queen sambutan Hari Keluarga PUSTEM SMK Majakir 2019.

01 Jun 2018 (Jumaat) – Keputusan STPM 2017 telah diumumkan pada 06 Mac yang lalu dan buat kali kelima berturut-turut Prauniversiti SMK Majakir telah mencatatkan keputusan 100% kelulusan. Seramai 78 calon yang menduduki Peperiksaan STPM 2017 telah lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 prinsipal (1P). Seramai 58 orang calon (74.4%) telah mendapat 4P, 13 orang calon (16.7%) mendapat 3P, 5 orang calon (6.4%) mendapat 2P dan 2 orang calon (2.6%) mendapat 1P. Secara amnya bilangan calon yang mendapat 4P pada tahun ini menyusut sebanyak 13% namun bilangan calon yang mendapat 3P meningkat sebanyak 12.5% jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 2016. Ini menyumbang kepada penurunan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) yang dicatat pada tahun 2017 iaitu 2.79 (-0.09) berbanding 2.88 yang direkodkan pada tahun 2016. Walaubagaimanapun GPS yang dicatatkan pada tahun 2017 ini masih melepasi PNGK Negeri Sabah (2.66) dan PNGK Kebangsaan (2.76).
Analisa keputusan menunjukkan bahawa seramai 54 daripada 78 orang calon (69.2%) berjaya mendapat Gred Purata (GP) 2.50 ke atas berbanding 60 daripada 72 orang calon (83.3%) pada tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang calon (34.6%) mendapat GP 3.00 ke atas berbanding 30 orang calon (42%) pada tahun 2016. Seorang calon (1.3%) mendapat GP 4.00 iaitu adik Fitri Nur Muhajir Binti Isagani.

Taklimat ringkas oleh Cikgu Junaidi Mahmud mengenai tentatif Majlis Penyerahan Slip Keputusan STPM 2017.

Pihak sekolah sedia majlum bahawa kebanyakan pelajar telah pun mengetahui keputusan yang mereka perolehi secara online, oleh itu kehadiran mereka di majlis ini amat dihargai.

Pelajar Prauniversiti tahun ini juga hadir untuk memeriahkan majlis di samping menyuntik semangat bagi meneruskan legasi kecemerlangan Prauniversiti SMK Majakir khususnya dalam Peperiksaan Awam STPM.

Laporan ringkas mengenai rumusan prestasi serta pencapaian Prauniversiti SMK Majakir dalam STPM 2017 oleh Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir.

Tahniah kepada adik Muhd Shameel Bin Jumaidin : 4P (1A, 2B+, 1B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Hasimah Binti Mali : 4P (1A, 1A-, 2B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Ellyvcerra Francis : 4P (1A, 1A-, 1B+, 1B-), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Ivy Immaculate Ireneus : 4P (2A-, 1B+, 1B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Emmanuella Michelle Chan : 4P (1A, 1A-, 2B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Mohd Najwan Bin Sailie : 4P (1A, 2A-, 1B), GP 3.59.

Tahniah kepada adik Wellisa Wong Mei Len : 4P (1A, 2A-, 1B), GP 3.59.

Tahniah kepada adik Richcynda Koh Lee Hua : 4P (2A, 1A-, 1B), GP 3.67.

Tahniah kepada adik Dg. Nur Shafiqin Binti Nudin : 4P (2A, 2A-), GP 3.84.

Tahniah kepada adik Fitri Nur Muhajir Binti Isagani : 4P (4A), GP 4.00.

Para pelajar terbaik STPM 2017 bersama pihak pentadbir sekolah.

Mantan pelajar mendapatkan slip keputusan STPM 2017 daripada Guru Kelas masing-masing.

En. Mursyid Soadik bersama mantan anak didik.

Mantan pelajar 6 Atas Seni visual bersama Pn. Hajijah Hasan.

Pn. Yarabah Gapar bersama mantan anak didik.

Tahniah kepada semua ; Pihak Pentadbir Sekolah, Guru-Guru Prauniversiti dan Pelajar Prauniversiti.
13 Oktober 2017 (Jumaat) – Karnival Sukan peringkat sekolah ini telah diadakan pada 22 Ogos yang lalu dan melibatkan penyertaan semua pelajar Pra-Universiti SMK Majakir. Aktiviti ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk memperolehi markah ko-kurikulum yang baik. Sejak penjenamaan semula Tingkatan Enam, markah ko-kurikulum untuk kemasukan ke universiti bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hanya akan mengambilkira penglibatan pelajar semasa berada di Tingkatan Enam. Penglibatan aktif pelajar di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap akan dapat menyerlahkan lagi potensi pelajar Pra-Universiti selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan Unit Tingkatan Enam di seluruh negara.
Objektif utama penganjuran Karnival Sukan ini adalah seperti berikut :-
- Untuk membolehkan pelajar mendapat markah penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum seperti yang telah disyaratkan untuk tujuan kemasukan ke universiti.
- Untuk memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat kepimpinan menerusi aktiviti berkumpulan yang disertai.
- Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada di pentas pertandingan.
- Untuk membentuk dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru.
Dua aktiviti yang dipertandingkan adalah ialah Perlawanan Bola Tampar (Kategori Lelaki dan Perempuan) dan Futsal (Kategori Lelaki dan Perempuan). Setiap kelas telah menghantar satu pasukan bagi setiap kategori bagi setiap perlawanan. Karnival ini juga dijadikan sebagai medan untuk memilih wakil pelajar yang akan mewakili sekolah ke Karnival Sukan Pra-Universiti Peringkat Daerah yang telah diadakan di SMK Kinarut pada 23 September 2017.

Cuaca baik sepanjang karnival sukan berlangsung.

Guru-guru turun padang untuk memantau dan memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Perlawanan Bola Tampar Kategori Lelaki antara pasukan 6 Atas 2 dan 6 Rendah 2.

Perlawanan Bola Tampar Kategori Perempuan antara pasukan 6 Atas 4 dan 6 Bawah 4.

Konsistensi dalam membuat pukulan servis yang baik adalah kunci kejayaan untuk perlawanan Bola Tampar perempuan.

Antara aksi menarik yang dipamerkan oleh pelajar lelaki semasa perlawanan Bola Tampar.

Berehat dan berteduh sebentar dari bahang matahari yang hangat.

Perlawanan Futsal Kategori Lelaki antara pasukan 6 Atas 3 dan 6 Atas 4.

Pasukan Futsal 6 Bawah 2 bersama guru kelas.

Antara aksi menarik perlawanan Futsal lelaki.

Pemain berbakat dikenalpasti.

Aksi menarik perlawanan Futsal perempuan.

Kalah? Menang? yang penting telah mencuba dan berusaha sehabis baik.
19 April 2017 (Rabu) – Keputusan Peperiksaan STPM bagi tahun 2016 telah diumumkan di sekolah pada 28 Februari yang lalu. Untuk tahun ke-4 berturut-turut, sekolah telah berjaya mencatatkan peratus kelulusan 100% sejak tahun 2013. Daripada jumlah calon keseluruhan seramai 72 orang, seramai 63 orang calon (87.5%) berjaya memperolehi 4P berbanding hanya 46 calon pada tahun 2015. Seramai 3 orang calon (4.2%) mendapat 3P, 5 orang calon (6.9%) mendapat 2P dan hanya seorang calon (1.4%) mendapat 1P. Dari segi kualiti, sekolah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.88 berbanding 2.80 pada tahun 2015. Keputusan ini membolehkan sekolah berada di kedudukan kedua terbaik di daerah Papar selepas SMKA Limauan (GPS 3.18). Secara keseluruhannya di peringkat negeri, keputusan ini meletakkan SMK Majakir di kedudukan ke-6 terbaik dalam Kategori 2 iaitu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai jumlah calon antara 50-100 orang. Berita yang lebih membanggakan ialah ; keputusan ini (GPS) mengatasi Gred Purata Nilai Kumulatif Negeri Sabah (GPNK) 2.58 dan PNG keseluruhan Kebangsaan 2.71.
Analisa keputusan menunjukkan seramai 60 orang calon (83.3%) berjaya mendapat Gred Purata (GP) 2.50 ke atas berbanding 49 orang calon pada tahun 2015 dan daripada jumlah tersebut seramai 30 orang calon (42%) mendapat GP 3.00 ke atas berbanding 32 orang calon pada tahun 2015.

Pengumuman keputusan STPM 2016 oleh Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir.
Berikut adalah merupakan 11 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM 2016 :-
18 April 2017 (Selasa) – Pada 16 Februari yang lalu, keputusan Peperiksaan Penggal 1 (P1) STPM bagi sesi 2016/2017 telah diumumkan oleh Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir. Majlis pengumuman telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Majakir. Secara keseluruhannya kumpulan pelajar Sesi 2016/2017 telah mencatatkan kelulusan 97.6% dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.39. Daripada jumlah pelajar 82 orang, seramai 30 orang pelajar (36.6%) telah berjaya memperolehi 4P, 29 orang pelajar (35.4%) memperolehi 3P, 13 orang pelajar (15.9%) memperolehi 2P dan 8 orang pelajar (9.8%) mendapat 1P.
Berikut merupakan 10 orang pelajar yang berjaya mencatatkan keputusan terbaik dalam Peperiksaan P1 STPM yang lalu :-
Tahniah kepada semua pelajar Pra-Universiti yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan P1 yang lalu. Kepada yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, tingkatkan usaha anda dan jangan mudah berputus asa kerana perjalanan masih jauh.
13 Januari 2017 (Jumaat) – Acara yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pelajar dan guru iaitu Parti Pos-Graduasi telah diadakan sebaik sahaja selesai acara rasmi di dewan utama Hotel Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa. Tema ‘Prom Night‘ telah dipilih oleh MPPPU selaku penganjur acara pada tahun ini. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu para Penolong Kanan sekolah dan Kaunselor Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Acara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis : Penolong Kanan Pra-Universiti bersama Pengerusi MPPPU dan para Penolong Kanan SMK Majakir.

Semoga segala usaha, penat lelah dan doa para guru dan pelajar Pra-Universiti SMK Majakir bakal melakar kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang.

Persembahan khas (medley tarian bollywood) dari gabungan pelajar Kelas 6 Atas Sains dan 6 Atas Ekonomi.

Persembahan mantap dan menyentuh kalbu dari pelajar Kelas 6 Atas Seni Visual membolehkan persembahan mereka dinobatkan sebagai persembahan terbaik.

Persembahan nyanyian duet oleh wakil Guru Pra-Universiti : Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman dan pasangan serasinya En. Junaidi Mahmud.

Tahniah kepada adik Michelle Chin May May adik Mohd Zaheerul Hijan Bin Ibrahim yang dinobatkan sebagai Queen dan King di majlis tersebut.
Slideshow : Warna-warni majlis Parti Pos Graduasi 2016
16 Disember 2016 (Jumaat) – Berikut merupakan senarai anugerah yang akan diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan sepanjang sesi pengajian 2015/2016.
- Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peperiksaan Percubaan Penggal 3.
- Anugerah Pelajar Terbaik Setiap Mata Pelajaran Peperiksaan STPM Penggal 1.
- Anugerah Pelajar Terbaik Setiap Mata Pelajaran Peperiksaan STPM Penggal 2.
- Anugerah Pelajar Terbaik MUET.
- Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peperiksaan STPM Penggal 1.
- Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peperiksaan STPM Penggal 2.
- Anugerah Pelajar Terbaik Pra-Universiti SMK Majakir Sesi 2015/2016.
- Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU).
- Anugerah Khas Pengetua.
- Penghargaan Kokurikulum.
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peperiksaan  Percubaan Penggal 3
***** Aliran Kemanusiaan *****
***** Aliran Sains *****
Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Peperiksaan STPM Penggal 1
Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Peperiksaan STPM Penggal 2
Anugerah MUET
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peperiksaan STPM Penggal 1
***** Aliran Kemanusiaan *****
***** Aliran Sains *****
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peperiksaan STPM Penggal 2
***** Aliran Kemanusiaan *****
***** Aliran Sains *****
Anugerah Pelajar Terbaik Pra-Universiti SMK Majakir Sesi 2015/2016
Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) SMK Majakir Sesi 2015/2016
Penghargaan Kokurikulum

Adik Dg. Kamilah Syafiqah Binti Abd. Kadir (6 Atas Ekonomi) – MBV Taekwando Peringkat Negeri Sabah 2016 – Tempat Ke-3.
Anugerah Khas Pengetua
Pencapaian Akademik :-
- Peperiksaan STPM Penggal 1 – 4P (GP 2.92 – 1B+, 2B-, 1C)
- Peperiksaan STPM Penggal 2 – 3P (GP 2.10 – 3B-, 1F)
Pencapaian Kokurikulum :-
- Pengerusi MPPPU.
- Bendahari Kadet Remaja Sekolah Pra-U.
- Ketua Asrama Puteri SMK Majakir (ASPURI).
- Johan Pertandingan Sajak sempena Majlis Ihya Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam.
- Naib Johan Pertandingan Futsal Karnival Sukan Pra-U.
- Tempat ke-3 Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Papar.
09 Disember 2016 (Jumaat) – Acara tahunan ini telah diadakan pada 22 Oktober yang lalu bertempat di Hotel Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar.
Pada tahun ini acara telah bermula seawal jam 0700 pagi iaitu ketibaan para pelajar, ibu bapa serta guru-guru. Ketibaan perasmi bersama para pentadbir sekolah ialah pada jam 0830 pagi. Perarakan para graduan masuk ke dalam dewan sambil disaksikan oleh para tetamu jemputan, guru dan ibu bapa dilakukan pada jam 0840. Selesai sahaja nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang disusuli oleh bacaan doa, para hadirin telah disajikan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil dan Anugerah serta penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Kedua dari kanan : Tetamu jemputan, En. Kenneth Lawrence, Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Papar bersama Guru-Guru Akademik Pra-U SMK Majakir.
Slideshow : Majlis penyampaian sijil kepada para graduan