Archives for Admin

Yang Patah Akan Tumbuh, Yang Hilang Akan Berganti

21 Januari 2014 (Selasa) – Tanpa disedari minggu ini merupakan minggu ke-4 sesi persekolahan bagi tahun 2014. ┬áDi penghujung tahun 2013, pihak sekolah telah menerima berita iaitu seramai 3 orang guru telah berjaya dalam permohonan mereka untuk berpindah ke sekolah lain. Di kesempatan ini pihak sekolah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat atas usaha serta kerjasama yang telah diberikan kepada pihak sekolah selama mereka bertugas di SMK Majakir. Sesungguhnya jasa serta komitmen guru yang terlibat akan sentiasa kami kenang dan sanjungi.

lama2014

Di awal tahun 2014, pihak sekolah telah menerima kehadiran seramai 6 orang guru baru yang telah pun memulakan tugas mereka di SMK Majakir. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat datang kepada semua guru baru, semoga para guru akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi kelangsungan kecemerlangan pendidikan yang ingin dicapai dan dihasratkan di SMK Majakir.

baru2014

Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah Yang Baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pihak admin ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman web sekolah SMK Majakir yang baru…semoga bahan berita yang dimuatkan dalam ruangan ini akan dapat memberi sedikit gambaran serta informasi mengenai aktiviti-aktiviti semasa yang berlangsung di sekolah.