Archives for Hal Ehwal Murid

Lawatan Penandaarasan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Daerah Bachok Kelantan.

10 April 2017 (Isnin) – Pada 15 Februari yang lalu, sekolah telah menerima lawatan dari rombongan yang terdiri dari para Pengetua dari Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Daerah Bachok Kelantan. Rombongan seramai 14 orang ini telah diketuai oleh En. Md Saei Mohd Nor, YDP MPSM. Oleh kerana tempoh lawatan agak singkat maka lawatan lebih berfokus niche area sekolah dan perkembangan semasa di sekolah. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Jawatankuasa SERASI sekolah.

En. Md. Saei Mohd Nor, YDP MPSM mengetuai rombongan lawatan.

Guru-guru SERASI menyambut ketibaan ahli-ahli rombongan.

Gambar kenangan bersama Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir Papar.

Gambar kenangan di Laman Warisan Perdana SMK Majakir.

Taklimat ringkas mengenai pencapaian Anugerah SERASI dan Lestari sekolah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain.

Ucapan alu-aluan oleh En. Md. Saei Mohd Nor, YDP MPSM.

Cenderahati dari pihak rombongan MPSM kepada pihak sekolah.

This slideshow requires JavaScript.

Paparan Slaid : Penyampaian cenderahati kepada ahli rombongan MPSM

Lawatan ke sekitar sekolah.

Lorong SERASI sekolah yang padat dengan informasi mengenai aktiviti dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah melalui SERASI.

Gambar kenangan mantan Penyelia Petang SMK Majakir, Tn. Hj. Sulaiman Bin Daud (kedua dari kiri) bersama rakan-rakan seperjuangan beliau. Kini beliau merupakan Pengetua SMK Dato’ Perdana Bachok Kelantan.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI dan Lestari Sekolah.

Pelajar yang bertindak sebagai duta sekolah bagi pelaksanaan aktiviti SERASI di sekolah.

Lawatan Unit Asrama dan Hal Ehwal Murid SMK Majakir ke Asrama SMK Entabuan, Tenom

01 Oktober 2016 (Sabtu) – Pada 20 Ogos yang lalu seramai 30 orang pelajar asrama yang diiringi oleh Warden Asrama, pihak pentadbir dan beberapa orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Asrama SMK Entabuan Tenom (ASET) dan beberapa lokasi menarik di sekitar daerah Tenom. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan baru khususnya dalam aspek pengurusan asrama dan pelajar asrama. ASET dipilih sebagai destinasi lawatan kerana ianya telah terpilih sebagai salah sebuah Asrama Harian yang menerima Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) KPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2015. ASAT merupakan pengiktirafan yang diberi kepada asrama yang mencapai standard pengurusan yang ditetapkan dan boleh dijadikan sebagai penanda aras dan rujukan kepada pengurusan asrama harian – Bernama 2015. Untuk tujuan tersebut, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM telah menggunakan instrumen Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) untuk membuat penilaian.

img_2567

Rombongan SMK Majakir telah disambut mesra oleh En. Sunthararajoo Rengasamy, Pengetua SMK Entabuan, Tenom.

Para guru menikmati juadah yang disajikan oleh pihak sekolah.

Para guru menikmati juadah yang disajikan oleh pihak sekolah.

Pelajar asrama SMK Majakir beramah mesra dengan pelajar asrama SMK Entabuan.

Pelajar asrama SMK Majakir beramah mesra dengan pelajar asrama SMK Entabuan.

Sesi taklimat oleh pihak asrama SMK Entabuan.

Sesi taklimat oleh pihak asrama SMK Entabuan.

Ucapan alu-aluan oleh En. Sunthararajoo Rengasamy, Pengetua SMK Entabuan.

Ucapan alu-aluan oleh En. Sunthararajoo Rengasamy, Pengetua SMK Entabuan.

Ucapan balas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan balas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua sekolah.

Sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua sekolah.

Lawatan ke sekitar kawasan asrama.

Lawatan ke sekitar kawasan asrama.

Pelajar dibawa melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak asrama untuk kegunaan pelajar.

Pelajar dibawa melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak asrama untuk kegunaan pelajar.

Kawasan koridor asrama antara kawasan yang perlu diberi perhatian dan dijaga kebersihannya.

Kawasan koridor asrama antara kawasan utama yang diberikan perhatian dan dijaga kebersihannya.

Pelajar asrama SMK Majakir bersama pelajar asrama SMK Entabuan.

Pelajar asrama SMK Majakir yang mengikuti rombongan bersama wakil pelajar asrama SMK Entabuan.

Selesai sahaja lawatan ke SMK Entabuan, rombongan sekolah telah bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom. Taman yang diselenggara oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah ini menawarkan aktiviti yang bersifat rekreasi dan pendidikan khususnya pendidikan alam sekitar. Di sini para pelajar dan guru berpeluang untuk menyaksikan keindahan alam semulajadi khususnya flora seperti tanaman pokok herba, pokok hiasan dan pokok buah-buahan.

Pintu masuk ke Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.

Pintu masuk ke Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.

Guru dan pelajar dibawa menaiki keretapi yang telah diubahsuai untuk melawat 2 destinasi menarik iaitu 'Native Orchid Centre' dan 'Ornamental Garden'.

Guru dan pelajar dibawa menaiki keretapi yang telah diubahsuai untuk melawat 2 destinasi menarik iaitu ‘Native Orchid Centre‘ dan ‘Ornamental Garden‘.

Spesies Onicidium goldiana atau lebih dikenali sebagai Golden Shower'.

Spesies orkid  Onicidium goldiana atau lebih dikenali sebagai ‘Golden Shower‘ antara yang terdapat di ‘Native Orchid Centre‘.

Antara laluan dan sudut yang menarik dan menjadi tarikan pelawat untuk mengabadikan kenangan lawatan.

Antara laluan dan sudut yang menarik dan menjadi tarikan pelawat untuk mengabadikan kenangan lawatan.

Guru dan pelajar berkesempatan untuk memetik buah rambutan.

Guru dan pelajar berkesempatan untuk memetik buah rambutan.

Rezeki jangan ditolak. Terima kasih kepada pihak Taman Pertanian yang memberi kami peluang menikmati buah rambutan.

Rezeki jangan ditolak. Terima kasih kepada pihak Taman Pertanian yang memberi kami peluang menikmati buah rambutan yang enak.

Pada sebelah petang pula, rombongan sekolah telah melawat ke salah sebuah daripada kilang kopi yang menghasilkan produk Kopi Tenom yang terkenal di seluruh negeri Sabah iaitu Kilang Kopi Yit Foh. Kilang Kopi Yit Foh yang telah beroperasi sejak tahun 1960 masih mengekalkan kaedah tradisional iaitu menggunakan kayu api untuk memanggang biji-biji kopi sebelum diproses untuk menghasilkan serbuk kopi. Kaedah ini didapati dapat membangkitkan dan mengekalkan aroma kopi.

Guru dan pelajar menonton tayangan video mengenai aktiviti di Kilang Kopi Yit Foh.

Guru dan pelajar menonton tayangan video mengenai aktiviti di Kilang Kopi Yit Foh.

Berehat sebentar sambil menikmati keenakkan minuman kopi yang disediakan.

Berehat sebentar sambil menikmati keenakkan minuman kopi yang disediakan.

Webmaster bersama En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Webmaster bersama En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Aktiviti lawatan hampir berakhir. Badan perlu direhatkan dan minda perlu disegarkan.

Aktiviti lawatan hampir berakhir. Badan perlu direhatkan dan minda perlu disegarkan.

Penyampaian sedikit cenderamata dari pihak sekolah kepada wakil Kilang Kopi Yit Foh.

Penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada wakil Kilang Kopi Yit Foh.

Bersedia untuk meninggalkan tempat penginapan rombongan.

Bersedia untuk meninggalkan tempat penginapan rombongan iaitu ‘Padas View Recreation Centre’.

Sebelum berangkat balik ke Papar, rombongan telah melawat ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.

Sebelum berangkat balik ke Papar, rombongan telah melawat ke Pusat Kebudayaan Murut di kampung Pulong yang terletak 13 km dari pekan Tenom.

Pelajar dan guru menunjukkan bakat terpendam bermain alat muzik tradisional iaitu gong.

Pelajar dan guru menunjukkan bakat terpendam bermain alat muzik tradisional iaitu gong.

Menyaksikan pelamin suku kaum Murut.

Menyaksikan pelamin suku kaum Murut yang menjadi kebanggaan warisan budaya suku kaum Murut di Tenom.

Persembahan tarian Magunatip oleh para penari pusat kebudayaan.

Persembahan tarian Magunatip oleh para penari pusat kebudayaan.

Guru dan pelajar berpeluang belajar tarian Magunatip.

Guru dan pelajar berpeluang belajar tarian Magunatip.

Kenangan

Kenangan terindah bagi semua ahli rombongan lawatan ke Tenom pada tahun ini.

This slideshow requires JavaScript.

Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2016

27 Ogos 2016 (Sabtu) – Pada 28 Julai yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat sekolah telah mengadakan majlis tersebut di perkarangan Dewan OKK Matzakir dan Pejabat Am sekolah. Ini merupakan kali ke-2 majlis seumpama ini diadakan pada skala yang agak besar (kali pertama pada tahun 2014). Majlis yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak yang terlibat menjayakannya.

Pihak penganjur berharap agar majlis ini akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dan keakraban dalam kalangan seluruh warga sekolah. Apa yang lebih penting ialah seluruh warga sekolah sama-sama memeriahkan perayaan hari raya aidilfitri dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :-

  • Memupuk sikap toleransi yang tinggi khususnya dalam kalangan warga pelajar agar mereka dapat menjalani kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni.
  • Membentuk sikap saling menghormati dan saling membantu dalam kalangan warga guru dan pelajar.
  • Meningkatkan sahsiah diri serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
IMG_2366

Pelajar dan guru berhimpun di Dewan Jubli Perak SMK Majakir untuk mendengar tazkirah serta ucapan Pengetua.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Kaharudin Yusupala.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Kaharuddin Yusupala.

Ucapan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

IMG_2316

Persiapan sudut jamuan di Dewan OKK Matzakir oleh pelajar Pra-Universiti bersama Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Majakir.

IMG_2330

Menu yang disediakan oleh setiap kelas adalah adalah melalui hasil kutipan kelas dan sumbangan peribadi guru kelas dan ibu bapa pelajar.

IMG_2332

Pihak penganjur turut mengadakan Pertandingan Pondok Raya Terbaik mengikut kelas.

IMG_2334

Pelajar dan Guru Kelas 5 Sains KRK bersemangat menyahut cabaran menghias pondok raya mereka.

IMG_2359

Bersedia untuk memeriahkan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri SMK Majakir pada tahun ini.

IMG_2380

Masanya telah tiba untuk menikmati juadah yang tersedia.

IMG_2382

Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas dan pelbagai lauk pauk untuk guru-guru.

Tahniah kepada Cikgu Noor Zamzila Mohd Yaakob

Tahniah kepada Cikgu Noor Zamzila Mohd Yaakob, Penyelaras Program Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri SMK Majakir pada tahun ini.

IMG_2389

Kek pun ada……

IMG_2394

Suasana yang pastinya akan memupuk sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam kalangan pelajar.

IMG_2398

Guru Kelas sebagai ketua keluarga di kelas memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya keharmoniaan dalam kalangan warga kelas.

Persembahan 'Live Band'.

Persembahan ‘Live Band‘ telah memeriahkan lagi suasana sambutan pada hari tersebut.

IMG_2411

Penyanyi ‘evergreen‘, En. Jumani Thompson bersama ahli-ahli kugiran beliau.

IMG_2444

Persembahan Karaoke yang mendapat sambutan hangat khususnya dari pihak pelajar dan guru.

Tahniah kepada

Tahniah kepada wakil Kelas KRK yang mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Pondok Raya. Hadiah telah disampaikan oleh En. Anuar Sidek, Penolong Kanan I SMK Majakir.

IMG_2449

Tahniah kepada wakil Kelas 5 Ekonomi yang mendapat Naib Johan Pertandingan Pondok Raya.

Johan Pertandingan Pondok Raya pada tahun ini ialah Kelas KAA. Tahniah.

Johan Pertandingan Pondok Raya pada tahun ini disandang oleh Kelas KAA. Tahniah.

IMG_2451

Pelajar lelaki yang dinobatkan sebagai pelajar yang mengenakan busana tercantik.

IMG_2454

Pelajar perempuan yang dinobatkan sebagai pelajar perempuan yang mengenakan busana tercantik.

IMG_2457

Pn. Azlynah Shahzinan dinobatkan sebagai Guru Wanita dengan busana tercantik.

En. Sapri Marup dinobatkan sebagai Guru Lelaki dengan busana tercantik.

En. Sapri Marup dinobatkan sebagai Guru Lelaki dengan busana tercantik.

This slideshow requires JavaScript.

Sumber Berita : Cik Noor Zamzila Mohd. Yaakob, Penyelaras Program.

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Penetapan Target Pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) 2016

09 Februari 2016 (Selasa) – Majlis ini telah diadakan pada 21 Januari yang lalu dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir. Secara rasminya KAA SMK Majakir telah diwujudkan pada tahun 2012 dan ianya merupakan kelas kawalan. KAA merupakan satu platform yang disediakan untuk pelajar yang memilih atau tidak meneruskan pembelajaran di SMKA tetapi masih berminat untuk mendalami bidang agama. Jumlah pelajar yang kecil membolehkan mereka ditempatkan di dalam KAA yang tidak melebihi 25 orang. Pelajar yang berjaya mendapat keputusan 3A dan 2B di dalam UPSR, lulus ujian tapisan, boleh menulis dan membaca Jawi serta lancar membaca Al-Quran adalah kriteria utama kelayakan memasuki KAA.

Antara objektif penubuhan KAA adalah seperti berikut :-

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pemimpin dalam kalangan pelajar yang boleh diteladani.
  • Melahirkan generasi pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk :-

  • Merapatkan hubungan silaturrahim guru dan ibu bapa.
  • Membentuk jawatankuasa khas permuafakatan PIBK dan PIBG KAA.
  • Merancang aktiviti yang bakal dikendalikan oleh ibu bapa pelajar KAA selaras dengan program-program yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
  • Merancang program akademik khas untuk pelajar 3 KAA yang akan menduduki PT3 pada tahun ini.
Pendaftaran pelajar bersama ibu bapa.

Pendaftaran pelajar bersama ibu bapa.

Pelajar Kelas 1 KAA, 2 KAA dan 3 KAA bersama ibu bapa yang hadir.

Pelajar Kelas 1 KAA, 2 KAA dan 3 KAA bersama ibu bapa yang hadir.

Kata-kata aluan dan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Kata-kata aluan dan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Penerangan mengenai objektif majlis permuafakatan oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Majakir.

Penerangan mengenai objektif majlis permuafakatan oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Majakir.

Sijil dan cenderahati untuk pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan PT3 2015.

Sijil dan cenderahati untuk pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan PT3 2015.

Tahniah kepada adik Nurul Nazura Samsudin - Pelajar Terbaik Tingkatan 1 KAA 2015 (GP 1.67).

Tahniah kepada adik Nurul Nazura Bte Samsudin – Pelajar Terbaik Tingkatan 1 KAA 2015 (GP 1.67).

d

Tahniah kepada adik Dg. Fatini To Bte Mohd Fakhri – Pelajar Terbaik Tingkatan 2 KAA 2015 (GP 1.22).

d

Tahniah kepada adik Mohd. Afiq Izzudin Bin Md. Arman – Pelajar Terbaik Tingkatan 2 KAA 2015 (GP 1.22).

d

Tahniah kepada adik Nurul Yaqin Bte Mohammad – Pelajar Terbaik Tingkatan 2 KAA 2015 (GP 1.44).

d

Tahniah kepada adik Dg. Nursabrina Ag. Buhtamam – Pelajar Terbaik PT3 2015 (10A, 1B, GP 1.1o).

Tahniah kepada adik

Tahniah kepada adik Ag. Mohammad Ridhwan Bin Rosli – Pelajar Terbaik PT3 2015 (9A, 1B, 1D, GP 1.40).

d

Tahniah kepada adik Nurul Adlin Bte Bahrinudin – Pelajar Terbaik PT3 2015 (8A, 1B, 2C, GP 1.50).

d

Tahniah kepada adik Nur Syuhada Bte Aiddie – Pelajar Terbaik PT3 2015 (6A, 4B, 1C, GP 1.50).

Sesi dialog bersama ibu bapa.

Sesi dialog bersama ibu bapa.

Sesi penetapan target pelajar bersama ibu bapa dan guru kelas.

Sesi penetapan target pelajar bersama ibu bapa dan guru kelas.

Sesi perkenalan dan perbincangan awal mengenai hala tuju jawatankuasa PIBK yang baharu ditubuhkan.

Sesi perkenalan dan perbincangan awal mengenai hala tuju jawatankuasa PIBK yang baharu ditubuhkan.

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih semoga dapat menggalas amanah dengan seikhlas hati.

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih, semoga dapat menggalas amanah dengan seikhlas hati.

Sumber Berita : Ustazah Ainul Husna Bte Abdul Samad – Penyelaras KAA SMK Majakir.

 

Program Pembentukan Sahsiah Pelajar SMK Majakir 2016

06 Februari 2016 (Sabtu) – Program anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Majakir ini telah berjaya dilaksanakan pada 19 – 21 Januari yang lalu. Pelaksanaannya telah mendapat kerjasama yang baik daripada Unit Kaunseling Sekolah dan para Jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Wawasan Ovai, Papar. Tahun ini merupakan tahun ketiga program seumpama ini dijalankan. Sasaran utama program ini merupakan kumpulan pelajar yang telah dikenalpasti terlibat dengan pelbagai perlanggaran peraturan sekolah sekolah pada tahun 2015.

Rasional mengadakan program seumpama ini pada awal sesi persekolahan ialah kerana masih terdapat sebilangan kecil pelajar yang :-

  • Merosakkan menconteng, memecah dan merosakkan harta benda sekolah.
  • Gagal mematuhi peraturan pemakaian seragam sekolah.
  • Kurang kesedaran mengenai kesan pemberian demerit yang boleh mengakibatkan tindakan seperti menggantung persekolahan dikenakan akibat dari melakukan kesalahan kecil berulang kali.

Antara objektif program ini dijalankan adalah seperti berikut :-

  • Sebagai usaha Unit HEM membantu merealisasikan misi dan visi JPN dan sekolah dalam pembentukan disiplin dan sahsiah murid ke arah sekolah Perdana menjelang 2018.
  • Membentuk dan membina generasi yang berintegriti dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
  • Memastikan peraturan sekolah sentiasa menjadi teras dalam mendisiplinkan murid.
  • Memberi kesedaran kepada murid yang terlibat tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan sekolah.
  • Sebagai usaha untuk menerapkan nilai-nilai kesopanan dan hormat menghormati terhadap hak orang lain.
  • Untuk memberi penegasan keperluan untuk mematuhi segala peraturan sekolah.
Seramai 53 daripada 65 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada 19 Januari bersama ibubapa.

Seramai 53 daripada 65 orang pelajar yang telah disenaraipendek telah mendaftarkan diri pada 19 Januari bersama ibubapa masing-masing.

Aktiviti Senamtari yag melibatkan semua peserta program dan dikendalikan oleh jurulatih dan pelatih PLKN.

Aktiviti Senam Tari yang melibatkan semua peserta program dan dikendalikan oleh jurulatih dari PLKN.

Aktiviti yang pastinya menyeronokkan bagi para peserta program.

Aktiviti yang pastinya menyeronokkan bagi para peserta program.

Seramai 32 orang pelatih PLKN telah terlibat selama 2 hari program ini berlangsung.

Seramai 32 orang jurulatih PLKN telah terlibat selama 3 hari program ini berlangsung.

Aktiviti Kawad Kaki yang pastinya tidak menyeronokkan untuk para peserta program.

Aktiviti Kawad Kaki yang pastinya memberi pengalaman berharga walaupun kurang menyeronokkan untuk para peserta program.

Disiplin diri yang kuat

Pembentukan disiplin serta jati diri yang kuat merupakan asas kepada kejayaan di masa akan datang.

Aktiviti dalam kumpulan dan tayangan video pada 20 Januari 2016.

Aktiviti dalam kumpulan dan tayangan video pada 20 Januari 2016.

Ceramah

Ceramah oleh jurulatih PLKN mengenai hikmah di sebalik ungkapan TERIMA KASIH.

Majlils Penutupan Program yang diadakan pada 21 Januari turut dihadiri oleh para ibubapa pelajar.

Majlis Penutupan Program yang diadakan pada 21 Januari turut dihadiri oleh para ibubapa pelajar.

Rumusan mengenai perjalanan program oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM.

Rumusan mengenai perjalanan program oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Perasmian Penutupan Program disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

En. Hamidi Hj. Harun, Ketua Jurulatih PLKN, Kem Wawasan Ovai menerima cenderati dari Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain.

En. Hamidi Hj. Harun, Ketua Jurulatih PLKN, Kem Wawasan Ovai menerima cenderahati dari Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain.

Lafaz ikrar para peserta program yang diketuai oleh adik

Lafaz ikrar para peserta program telah diketuai oleh adik Zainorey Junaidi.

IMG_8699

Semoga para peserta program menghayati sepenuhnya ikrar yang dilafazkan untuk menjadi pelajar dan individu yang lebih baik.

Sebagai langkah susulan, pihak sekolah telah memaklumkan kepada semua pihak yang terlibat bahawasanya tempoh 3 bulan selepas ini merupakan tempoh percubaan kepada semua pelajar yang terlibat. Sepanjang tempoh tersebut, semua pelajar dikehendaki hadir ke sekolah setiap hari dan perlu melapor diri kepada Guru Disiplin sebelum masuk ke kelas. Prestasi kehadiran pelajar akan dirumuskan pada setiap bulan untuk tempoh masa 3 bulan. Selain daripada itu, pelajar muslim dikehendaki mengikuti program yang diadakan di surau sekolah pada setiap hari Jumaat bermula jam 0640 – 0700 pagi. Akhir sekali semua pelajar yang terlibat dinasihatkan untuk tidak sesekali melakukan sebarang perlanggaran peraturan sekolah yang boleh mengakibatkan demerit dikenakan ke atas mereka.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PLKN Kem Wawasan Ovai, Papar di atas kerjasama cemerlang yang diberikan sepanjang program ini berlangsung selama 3 hari. Semoga usahasama ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Sumber Berita : En. Arman Ag. Damit, Guru Disiplin SMK Majakir.

Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Frog VLE Dan Pengurusan Alam Sekitar oleh SMK Infant Jesus (IJ) Convent, Johor Bahru.

18 November 2015 (Rabu) – Pada 21 September yang lalu, SMK Majakir telah menerima rombongan seramai 25 orang guru dari sekolah SMK IJ Convent, Johor Bahru. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana sekolah mengurus dan melaksanakan pembelajaran maya dengan menggunakan platform Frog VLE. Di samping itu rombongan juga ingin menimba ilmu mengenai pengurusan alam sekitar di sekolah. Rombongan ini diketuai oleh Pengetua Sekolah, Pn. Ng Lee Wan dan Pn. Sharifah Junaidah Binti S.A Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran SMK IJ Convent, Johor Bahru. Turut serta mengiringi rombongan ini ke SMK Majakir ialah En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, En. Anuar Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Majakir, Pn. Normahani Jamaludin, Guru Penyelaras Bestari, Pn. Hajijah Hasan, Guru Penyelarasan SERASI serta ahli Kelab Bestari.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, En. Anuar Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Majakir, Pn. Normahani Jamaludin, Guru Penyelaras Bestari, Pn. Hajijah Hasan, Guru Penyelaras SERASI serta ahli-ahli Briged Bestari.

Sesi taklimat mengenai telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Majakir.

Sesi taklimat mengenai sejarah dan latar belakang sekolah telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Majakir.

Ucapan alu-aluan oleh En. Anuar Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Majakir.

Ucapan alu-aluan oleh En. Anuar Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Majakir.

Ucapan balas oleh Pn. Ng Lee Wan, Pengetua SMK IJ Convent, Johor Bahru.

Ucapan balas oleh Pn. Ng Lee Wan, Pengetua SMK IJ Convent, Johor Bahru.

Penyampaian cenderahari kepada Pengetua SMK IJ Convent oleh En. Abidin Marjan.

Penyampaian cenderahati kepada Pengetua SMK IJ Convent oleh En. Abidin Marjan.

En. Anuar Sidek menerima cenderahati dari Pn. Ng Lee Wan, Pengetua SMK IJ Convent, Johor Bahru.

En. Anuar Sidek menerima cenderahati dari Pn. Ng Lee Wan.

Sesi taklimat mengenai pengurusan dan pelaksanaan pembelajaran alam maya menggunakan platform Frog VLE oleh Pn. Normahani Jamaludin, Guru Penyelaras Bestari SMK Majakir.

Sesi taklimat mengenai pengurusan dan pelaksanaan pembelajaran alam maya menggunakan platform Frog VLE oleh Pn. Normahani Jamaludin, Guru Penyelaras Bestari SMK Majakir.

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan Program SERASI di SMK Majakir oleh Pn. Hajijah Hasan, Guru Penyelaras SERASI.

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan Program SERASI di SMK Majakir oleh Pn. Hajijah Hasan, Guru Penyelaras SERASI SMK Majakir.

Ahli Briged Bestari membantu mengagihkan cenderahati kepada semua ahli rombongan.

Ahli Briged Bestari membantu mengagihkan cenderahati kepada semua ahli rombongan.

Ahli Briged Bestari menunjukkan laman pembelajaran serta laman pembelajaran kendiri yang dihasilkan oleh mereka.

Ahli Briged Bestari menunjukkan laman pembelajaran yang disediakan oleh guru dan boleh diakses oleh pelajar pada setiap masa serta laman pembelajaran kendiri yang dihasilkan oleh mereka.

Penggunaan Frog VLE sebagai platform untuk pembelajaran maya mampu menarik minat pelajar di samping dapat meningkatkan kemahiran asas ICT para pelajar.

Penggunaan Frog VLE sebagai platform pembelajaran maya mampu menarik minat pelajar di samping dapat meningkatkan kemahiran asas ICT dalam kalangan guru dan pelajar.

Lawatan ke lokasi penanaman serai wangi.

Lawatan ke lokasi penanaman serai wangi.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI / LESTARI untuk demonstrasi mengekstrak jus serai wangi yang digunakan oleh pihak sekolah sebagai pewangi tandas.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI / LESTARI untuk demonstrasi mengekstrak jus serai wangi yang digunakan oleh pihak sekolah sebagai pewangi tandas.

Gambar kenangan di akhir sesi lawatan.

Gambar kenangan di akhir sesi lawatan.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, khususnya kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Papar kerana telah memilih SMK Majakir sebagai destinasi lawatan penandaarasan rombongan daripada SMK IJ Convent, Johor Bahru. Harapan kami semoga hasil perkongsian ilmu yang berlaku akan membawa kebaikan kepada semua pihak.

Latihan Kebakaran Dan Demonstrasi Memadam Api 2015

01 September 2015 (Selasa) – Pada 12 Ogos yang lalu, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEM) SMK Majakir telah mengadakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Daerah Papar. Aktiviti ini diadakan bagi memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan Bangunan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Aktiviti ini sepatutnya diadakan 2 kali dalam tahun semasa. Aktiviti yang seterusnya akan melibatkan pelajar yang duduk di bangunan asrama sekolah. Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang bahaya kebakaran di samping mempelajari cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain daripada itu, warga sekolah juga khususnya warga pelajar diberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam air yang disediakan di pihak sekolah.

Apabila loceng kecemasan dibunyikan, semua pelajar dan guru telah bergerak ke kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan iaitu di kawasan padang berdekatan dengan Dewan Jubli Perak. Masa untuk menggosongkan bangunan sekolah, bilik guru, pejabat serta bilik-bilik khas yang dirakam ialah selama 5 minit. Masa sebenar yang telah ditetapkan adalah kurang dari 4 minit iaitu dengan mengambilkira kedudukan kawasan perhimpunan dengan lokasi-lokasi bangunan.

Para pelajar dan guru berhimpun di kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan seperti dalam Pelan Kecemasan Sekolah.

Para pelajar dan guru berhimpun di kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan seperti dalam Pelan Kecemasan Sekolah.

Sebaiknya apabila warga sekolah mendengar loceng kecemasan dibunyikan tanpa henti, semua warga sekolah ;

  • Perlu serta merta berhenti membuat kerja.
  • Pelajar dalam kelas perlu dengar arahan guru yang berada dalam kelas pada waktu tersebut.
  • Pelajar keluar dari kelas dalam barisan dan bergerak menuju ke kawasan perhimpunan dalam keadaan yang senyap dan tertib dalam kadar yang segera.
  • Guru perlu pastikan pelajar tidak membawa sebarang barang keperluan kecuali dokumen penting seperti Kad Pengenalan.
  • Di kawasan perhimpunan guru kelas perlu memastikan  pelajar berbaris mengikut kelas masing-masing.
  • Guru kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas perlu memastikan semua pelajar kelasnya berada di kawasan perhimpunan dalam keadaan selamat berpandukan Buku Jadual Kedatangan Murid.
Guru Kelas mengambil kehadiran pelajar yang berhimpun.

Guru Kelas mengambil kehadiran pelajar yang berhimpun.Ketibaan anggota bomba dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Daerah Papar. Ketibaan anggota bomba dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Daerah Papar.

Pelajar dihimpunkan untuk demonstrasi memadam api oleh anggota bomba.

Pelajar dihimpunkan untuk demonstrasi memadam api oleh anggota bomba.

Mengenal komponen-komponen utama alat pemadam api.

Mengenal komponen-komponen utama alat pemadam api.

Bersiap sedia untuk demonstrasi memadam api.

Bersiap sedia untuk demonstrasi memadam api.

Seorang guru berpeluang untuk memadamkan api dengan tunjuk cara oleh anggota bomba.

Seorang guru berpeluang untuk memadamkan api dengan tunjuk cara oleh anggota bomba.

Langkah 1 - Halakan nozel pemadam api ke punca api dan pastikan kedudukan tidak melawan arah tiupan angin.

Langkah 1 – Halakan nozel pemadam api ke punca api dan pastikan kedudukan tidak melawan arah tiupan angin.

Langkah 2 - Picu alat pemadam api dan halakan semburan ke punca api.

Langkah 2 – Lepaskan pin keselamatan dan tekan pemicu alat pemadam api ke bawah untuk melepaskan serbuk semburan.

Langkah 3 - Pastikan api telah dimatikan sepenuhnya.

Langkah 3 – Hayunkan semburan kekiri dan kekanan bagi memastikan api dapat dipadamkan dalam masa yang singkat.

Adalah diharapkan melalui aktiviti ini, semua warga sekolah akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dan lebih menghargai kemudahan-kemudahan seperti alat pemadam api yang disediakan oleh pihak sekolah.

Lawatan Penandaarasan SMK Taun Gusi Kota Belud Ke SMK Majakir.

29 April 2015 (Rabu) – Pada 28 Mac yang lalu, Jawatankuasa SERASI / LESTARI SMK Majakir telah menerima rombongan seramai 36 orang (15 orang pelajar, 21 orang guru) daripada SMK Taun Gusi (SEMTASI) Kota Belud. Ahli rombongan semuanya merupakan pengerak utama Program SERASI di SEMTASI. Rombongan ini diketuai oleh Cik Maria Rejin, Ketua Bidang Sains Dan Matematik SEMTASI. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum bersama Jawatankuasa SERASI / LESTARI sekolah dan para ahli Skuad Kembara Hijau. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membolehka ahli rombongan menimba ilmu berkaitan dengan pengurusan Program SERASI / LESTARI di sekolah.

Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang diadakan di Bilik Gerakan Sekolah.

Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang diadakan di Bilik Gerakan Sekolah.

Dalam ucapannya, Cik Maria Rejin berharap agar sesi perkongsian yang diadakan akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.

Dalam ucapannya, Cik Maria Rejin berharap agar sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang diadakan akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.

Ahli rombongan dibawa melawat kawasan sekolah khususnya Lorong SERASI yang mempamerkan pelbagai info mengenai Program SERASI / LESTARI Sekolah.

Ahli rombongan dibawa melawat kawasan sekolah khususnya Lorong SERASI yang mempamerkan pelbagai info mengenai Program SERASI / LESTARI Sekolah.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI / LESTARI Sekolah yang telah mendapat Anugerah Khas Bilik Lestari Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI / LESTARI Sekolah yang telah mendapat Anugerah Khas Bilik Lestari Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.

Dokumentasi yang lengkap antara kriteria utama yang perlu diberi perhatian semasa membuat persiapan untuk tujuan penilaian.

Dokumentasi yang lengkap antara kriteria utama yang perlu diberi perhatian semasa membuat persiapan untuk tujuan penilaian.

Penglibatan pelajar perlu lebih menyeluruh di dalam Jawatankuasa SERASI / LESTARI Sekolah. Peranan pelajar bukan setakat pembantu pelaksana tetapi perlu terlibat di peringkat perancangan awal aktiviti.

Penglibatan pelajar perlu lebih menyeluruh di dalam Jawatankuasa SERASI / LESTARI Sekolah. Peranan pelajar bukan setakat pembantu pelaksana tetapi perlu terlibat di peringkat perancangan awal aktiviti.

Kerjasama berpasukan amat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan mutlak dari semua pihak.

Kerjasama berpasukan amat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat.

Ahli rombongan melawat salah satu tapak projek inovasi yang terdapat di sekolah.

Ahli rombongan melawat salah satu tapak projek inovasi yang terdapat di sekolah.

En. Sapri Marup menerima cendarahati daripada Cik Maria Rejin sebagai tanda terima kasih di atas kesudian pihak sekolah menerima rombongan dari SEMTASI.

En. Sapri Marup menerima cendarahati daripada Cik Maria Rejin sebagai tanda terima kasih di atas kesudian pihak sekolah menerima rombongan dari SEMTASI.

 

Program Bina Insan Bagi Sesi Persekolahan 2015

25 Januari 2015 (Ahad) – Program ini telah dianjurkan oleh Unit HEM SMK Majakir pada 13-16 Januari yang lalu. Kumpulan sasaran program ini ialah seramai 90 orang pelajar yang telah dikenalpasti terlibat dengan pelbagai pelanggaran disiplin dan mempunyai jumlah demerit terkumpul yang tinggi sepanjang sesi persekolahan 2014. Program ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu para pelajar yang terlibat untuk mengubah sikap supaya lebih berdisiplin dan memberi fokus yang lebih terhadap pelajaran khususnya semasa di sekolah. Oleh itu program ini telah menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai seperti berikut :-

  • Untuk membentuk dan membina generasi yang berintegriti dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
  • Untuk memastikan peraturan sekolah sentiasa menjadi teras dalam mendisiplinkan pelajar.
  • Untuk memberi kesedaran kepada pelajar yang terlibat di dalam program ini tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan sekolah.
  • Untuk menerapkan nilai-nilai kesopanan dan hormat-menghormati terhadap hak individu lain.

Sepanjang sesi persekolahan 2014, pihak sekolah berhadapan dengan beberapa isu disiplin yang perlu ditanggani segera agar ianya tidak berulang atau sekurang-kurangnya dapat diminimakan kekerapannya pada tahun ini. Sikap segelintir pelajar yang suka menconteng dan merosakkan harta benda sekolah merupakan antara isu yang saban tahun dihadapi oleh pihak sekolah. Selain daripada itu, terdapat segelintir pelajar yang gagal menunjukkan sahsiah diri yang baik semasa berada di sekolah ; misalnya kegagalan memakai pakaian seragam sekolah mengikut tertib yang telah ditetapkan.  Terdapat juga pelajar yang bermasalah di dalam pelajaran seperti gagal menyiapkan kerja rumah, tidak menghantar kerja rumah dan ingkar arahan guru.

Guru dan  Kaunselor yang terlibat dengan pendaftaran peserta program.

Guru dan Kaunselor yang terlibat dengan pendaftaran peserta program.

Pelajar yang mendaftar hadir bersama ibu bapa untuk menandatangani surat perjanjian bersama pihak sekolah.

Pelajar yang mendaftar hadir bersama ibu bapa untuk menandatangani surat perjanjian bersama pihak sekolah.

Seramai 56 daripada 90 orang pelajar yang tersenarai hadir mendaftar pada hari pertama.

Seramai 56 daripada 90 orang pelajar yang tersenarai hadir mendaftar pada hari pertama.

Pemantauan  oleh pentadbir sekolah dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Pemantauan oleh pentadbir sekolah dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Takimat mengenai peraturan sekolah kepada para peserta dan ibu bapa oleh Ustaz Kaharudin Yusupala, Guru Disiplin SMK Majakir.

Taklimat mengenai peraturan sekolah kepada para peserta dan ibu bapa oleh Ustaz Kaharudin Yusupala, Guru Disiplin SMK Majakir.

Hari Kedua - Pada sebelah pagi, para pelajar berhimpun di perkarangan Dewan Jubli Perak. Nilai - Ketua perlu bertanggungjawab terhadap ahli di bawah kendaliannya.

Hari Kedua – Pada sebelah pagi, para pelajar berhimpun di perkarangan Dewan Jubli Perak. Nilai yang disemai – Ketua perlu bertanggungjawab terhadap ahli di bawah kendaliannya.

Niali - Semua ahli perlu bekerjasama dan patuh kepada arahan ketua.

Nilai yang disemai – Semua ahli perlu bekerjasama dan patuh kepada arahan ketua.

Nilai - Ketua dan semua ahli perlu patuh dan hormat individu yang lebih tua / guru / rakan sebaya semasa berada di sekolah.

Nilai yang disemai – Ketua dan semua ahli perlu patuh dan hormat pada individu yang lebih tua / guru / rakan sebaya semasa berada di sekolah pada setiap masa.

Nilai yang disemai - Fokus  dan mendengar arahan serta nasihat guru agar tidak tercicir di dalam pelajaran.

Nilai yang disemai – Fokus dan mendengar arahan serta nasihat guru agar tidak tercicir di dalam pelajaran.

Pemeriksaan terhadap penampilan diri pelajar dari segi pemakaian pakaian seragam dan kebersihan diri oleh En. Mursyid Soadik, Penyelaras Program.

Pemeriksaan terhadap penampilan diri pelajar dari segi pemakaian pakaian seragam dan kebersihan diri oleh En. Mursyid Soadik, Penyelaras Program.

Ceramah : Jenayah Dan Pelajar oleh Pengawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Che Rosli Che Embong dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Ceramah : Jenayah Dan Pelajar oleh Pengawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Che Rosli Che Embong dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Para peserta program menunjukkan perubahan sikap yang positif dari segi sahsiah dan penampilan diri.

Hari Ketiga – Para peserta program menunjukkan perubahan sikap yang positif dari segi sahsiah dan penampilan diri.

Riadah dan senaman pagi perlu untuk membentuk fizikal dan mental yang sihat dan berdaya tahan tinggi.

Riadah dan senaman pagi perlu untuk membentuk fizikal dan mental yang sihat dan berdaya tahan tinggi.

Ceramah : Akhlak Dan Pelajar oleh En. Rosmazlan Abdul Rashid, Penolong Kanan SMKA Limauan Kimanis, Papar.

Ceramah : Akhlak Dan Pelajar oleh En. Rosmazlan Abdul Rashid, Penolong Kanan SMKA Limauan Kimanis, Papar.

Latihan Kawad Kaki yang dikendalikan oleh Kompeni A (Papar), Batalion Kedua Rejimen 507, Askar Wataniah.

Latihan Kawad Kaki yang dikendalikan oleh Kompeni A (Papar), Batalion Kedua Rejimen 507, Askar Wataniah.

Hari Keempat - Aktiviti kerohanian - membaca surah Yasin bersama Ustaz Ahmad Abrian.

Hari Keempat – Aktiviti kerohanian – membaca surah Yasin bersama Ustaz Ahmad Abrian di surau sekolah.

Tahniah kepada semua Ibu bapa yang hadir untuk bersama para peserta program di majlis penutupan. Kehadiran para ibu bapa sebagai tanda sekongan terhadap usaha pihak sekolah untuk mengubah peserta program ke arah yang lebih baik.

Tahniah kepada semua Ibu bapa yang hadir untuk bersama para peserta program di majlis penutupan. Semoga kehadiran para ibu bapa dapat memberi keinsafan dan merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan pelajar dan keluarga masing-masing. 

Para tetamu dan jemputan khas yang hadir di majlis tersebut.

Para tetamu dan jemputan khas yang hadir di majlis tersebut. Dari kiri : En. Ag. Affandy Amp. Abbas, YDP PIBG Sekolah, En. Anuar Sidik, PK I SMK Majakir, En. Halim Abd Rahman, wakil PPD Papar, En. Durahman Ramlee, PK HEM SMK Majakir, En. Sapri Marup, PK Kokurikulum SMK Majakir dan Ustaz Kaharudin Yusupala, Ketua Guru Disiplin SMK Majakir.

Ucapan pembukaan oleh En. Durahman Ramlee - Pelajar perlu menggunakan peluang belajar di SMK Majakir dengan sepenuh hati dan berazam untuk meningkatkan keupayaan diri khususnya dalam bidang akademik.

Ucapan alu-aluan oleh En. Durahman Ramlee – Pelajar perlu menggunakan peluang belajar di SMK Majakir dengan sepenuh hati dan berazam untuk meningkatkan keupayaan diri khususnya dalam bidang akademik.

Ucapan perasmian penutupan oleh En. Halim Abd. Rahman, pegawai dari PPD Papar. .... Pelajar perlu ingat bahawa disiplin diri yang tinggi adalah merupakan asas dan teras kejayaan di masa akan datang.

Ucapan perasmian penutupan oleh En. Halim Abd. Rahman, pegawai dari PPD Papar. …. Pelajar perlu ingat bahawa disiplin diri yang tinggi adalah merupakan asas dan teras untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang.

En. Halim Abd. Rahman menerima cenderakenangan dari pihak sekolah yang disampaikan oleh En. Durahman Ramlee.

En. Halim Abd. Rahman menerima cenderakenangan dari pihak sekolah yang telah disampaikan oleh En. Durahman Ramlee.

Cenderakenangan kepada wakil daripada Kompeni A (Papar) Batalion Kedua, Rejimen 507, Askar Wataniah.

Cenderakenangan kepada wakil daripada Kompeni A (Papar) Batalion Kedua, Rejimen 507, Askar Wataniah.

Cenderakenangan kepada wakil daripada Rejimen 507, Askar Wataniah (Papar).

Cenderakenangan kepada wakil daripada Rejimen 507, Askar Wataniah (Papar).

Lafaz ikrar oleh para peserta program diketuai oleh adik Ejy Hafizan Edmund.

Lafaz ikrar oleh para peserta program diketuai oleh adik Ejy Hafizan Edmund.

Lafaz ikrar bahawasanya para pelajar akan akur terhadap peraturan sekolah dan akan berusaha untuk menjadi pelajar yang lebih baik yang dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga.

Lafaz ikrar bahawasanya para pelajar akan akur terhadap peraturan sekolah dan akan berusaha untuk menjadi pelajar yang dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga.

Sesi pelajar memohon kemaafan dan restu dari ahli keluarga mereka.

Sesi pelajar memohon kemaafan dan restu dari ahli keluarga mereka.

Para tetamu bersalaman dengan ibu bapa yang hadir. Pihak ibu bapa menyerahkan tandanama anak mereka kepada pihak sekolah sebagai simbolik bahawa ibu bapa menyerahkan

Para tetamu bersalaman dengan ibu bapa yang hadir. Pihak ibu bapa menyerahkan tandanama anak mereka kepada pihak sekolah sebagai simbolik bahawa ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada jagaan pihak sekolah.

Bahan Berita : Unit HEM SMK Majakir

Lawatan Panel Penilai Kebangsaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2014

18 November 2014 (Selasa) – Pada 11 November yang lalu, SMK Majakir telah dilawati oleh Panel Penilai Kebangsaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar atau ringkasnya SLAAS. Tahun ini merupakan kali kedua SMK Majakir terpilih untuk mewakili negeri Sabah bagi kategori sekolah menengah di dalam penganugerahan SLAAS. Penyertaan kali pertama pada tahun 2012 tidak mengecewakan apabila SMK Majakir berjaya meraih dua anugerah iaitu Anugerah Khas Bilik Lestari dan Anugerah Khas Sekolah Harapan Lestari.

Pada tahun ini rombongan panel penilai terdiri dari Ketua Penilai, Dr. Kalithasan a/l Kailasam (Global Environment Centre, GEC Petaling Jaya), En. Mohd. Shafiee Bin Abd. Ghani (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia), Pn. Nurul Safaniza Binti Che Ani (Bahagian Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor) dan Pn. Azlina Binti Othman (Jabatan Alam Sekitar, Melaka).

Objektif lawatan ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk membuat pengesahan terhadap dokumen yang telah dilaporkan di peringkat awal penyertaan.
  • Untuk melihat jika terdapat penambahan atau penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak sekolah iaitu yang tidak dilaporkan dalam laporan awal.
  • Untuk memberi nasihat sekiranya masih terdapat ruang untuk melakukan penambahbaikan.
Ketibaan rombongan Panel Penilai SLAAS yang diketuai oleh Dr. Kalithasan a/l Kailasam.

Ketibaan rombongan Panel Penilai SLAAS yang diketuai oleh Dr. Kalithasan a/l Kailasam.

Mercu tanda SMK Majakir yang menggambarkan aspirasi sekolah terhadap penjagaan alam sekitar.

Mercu tanda SMK Majakir yang menggambarkan aspirasi sekolah terhadap penjagaan alam sekitar.

Sempat berbual mesra sebelum sesi pembentangan dokumen bermula.

Sempat berbual mesra sebelum sesi pembentangan dokumen bermula.

Mengabadikan kenangan di ruang Laman Warisan yang menempatkan pelbagai trofi dan piala kemenangan yang diraih oleh sekolah.

Mengabadikan kenangan di ruang Laman Warisan Perdana yang menempatkan pelbagai trofi dan piala kemenangan yang diraih oleh sekolah.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir Papar.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir Papar.

Ucapan balas dan penerangan mengenai tujuan lawatan Panel Penilai SLAAS oleh Dr. Kalithasan a/l Kailasam.

Ucapan balas dan penerangan mengenai tujuan lawatan Panel Penilai SLAAS oleh Dr. Kalithasan a/l Kailasam.

Sesi soal-jawab rombongan panel penilai dengan pihak pentadbir, wakil ibu bapa, guru dan pelajar sekolah.

Sesi soal-jawab rombongan panel penilai dengan pihak pentadbir, wakil ibu bapa, guru dan pelajar sekolah.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI dan LESTARI Sekolah untuk melihat dokumen-dokumen berkaitan seperti yang telah dilaporkan terdahulu.

Lawatan ke Bilik Operasi SERASI dan LESTARI Sekolah untuk melihat dokumen-dokumen berkaitan seperti yang telah dilaporkan terdahulu.

Penyediaan dokumentasi yang lengkap amat penting kerana laporan awal yang disediakan mewakili 40% dari keseluruhan markah penilaian.

Penyediaan dokumentasi yang lengkap amat penting kerana laporan awal yang disediakan mewakili 40% dari keseluruhan markah penilaian.

'Don't try to impress us but rather share with us... itulah kata-kata yang penuh maksud tersirat dari Ketua Penilai.

‘Don’t try to impress us but rather share with us… itulah kata-kata yang penuh maksud tersirat dari Ketua Penilai.

Lawatan ke lokasi penanaman serai yang digunakan untuk menghasilkan ekstrak pati serai yang digunakan untuk mengharumkan tandas di sekolah.

Lawatan ke lokasi penanaman serai yang digunakan untuk menghasilkan ekstrak pati serai yang digunakan untuk mengharumkan tandas di sekolah.

Inovasi Green Toilet : Satu inovasi yang dibangunkan di sekolah untuk mengurangkan / menjimatkan penggunaan air.

Stesen Green Toilet : Green Toilet merupakan satu inovasi yang dibangunkan di sekolah untuk mengurangkan / menjimatkan penggunaan air.

Stesen Oil-Water Separator : Satu lagi inovasi yang menggunakan pendekatan - 'tackling problem at its source'.

Stesen Oil-Water Separator : Satu lagi inovasi yang menggunakan pendekatan – ‘tackling problem at its source’ yang pastinya dapat mengurangkan masalah pencemaran air.

Lawatan ke tandas pelajar.

Lawatan ke tandas pelajar.

Stesen Reverse Water Heater : Satu inovasi yang membolehkan pelajar asrama mandi dengan air yang dipanaskan oleh sistem yang dibangunkan oleh En. Jamalit Angak, Guru Inovasi Sekolah.

Stesen Reverse Water Heater : Satu inovasi yang membolehkan pelajar asrama mandi dengan air yang dipanaskan oleh sistem yang dibangunkan oleh En. Jamalit Angak, Guru Inovasi Sekolah.

Stesen Kitchen Garden : Tanah yang subur di sekitar sekolah ditanam dengan tanaman seperti pokok lada dan sayuran.

Stesen Kitchen Garden : Tanah yang subur di sekitar sekolah ditanam dengan tanaman seperti pokok lada dan sayuran.

Cenderahati dari pihak sekolah sebagai tanda terima kasih di atas perkongsian serta cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh para ahli panel penilai.

Cenderahati dari pihak sekolah sebagai tanda terima kasih di atas perkongsian serta cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh para ahli panel penilai.

Cenderahati dari pihak panel penilai kepada sekolah.

Cenderahati dari pihak panel penilai kepada sekolah.

Cenderahati kepada semua ahli rombongan panel penilai.

Cenderahati kepada semua ahli rombongan panel penilai.

Menjamu selera di anjung kantin sekolah selepas tamat selesai penilaian.

Menjamu selera di anjung kantin sekolah selepas tamat selesai penilaian.

Secara keseluruhannya, proses penilaian kali ini berlangsung dalam suasana yang ceria tetapi padat dengan perkongsian idea serta pendapat antara kedua-dua pihak. Beberapa cadangan penambahbaikan daripada panel penilai amat pihak sekolah hargai dan pihak sekolah akan mengambil tindakan seperti yang disyorkan. Ringkasnya pihak sekolah mendapat banyak info baru yang berguna untuk diintegrasikan dengan amalan pelestarian yang sedia ada di sekolah.