07 September 2013 (Sabtu) – Program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan ini adalah bertujuan untuk membuat pemantauan ke atas pelaksanaan dasar MBMMBI di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, satu rombongan yang diketuai oleh Tn. Hj. Ahmad Dahlan Bin Kadri, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Resos Pembelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur telah membuat lawatan pemantauan ke SMK Majakir pada 04 September yang lalu. Turut hadir ialah En. Julai Bin David Gipin @ Jipin, Pegawai BTPN Sabah dan Pn. Noriah Bte Salim, Pegawai Pentadbir PKG Papar. Beberapa orang pegawai dari BTPN Sabah serta Pegawai Pentadbir PKG daerah-daerah Keningau, Tenom dan Sipitang turut hadir bersama rombongan.

Dari kiri : Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, En. Julai Bin David Gipin @ Jipin, Pegawai BTPN Sabah dan Tn. Hj. Ahmad Dahlan Bin Kardi, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Resos Pembelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur.

Ahli rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain mengenai pelaksanaan dasar MBMMBI yang telah dijalankan di sekolah. Lawatan kali iniĀ  memberi peluang kepada pihak BTP KL untuk melihat sejauh mana pihak sekolah menggunakan resos yang telah dibekalkan oleh BTP untuk tujuan MBMMBI. Selain daripada itu pihak BTP KL juga telah berkongsi maklumat lanjut mengenai aplikasi ICT terkini yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah seperti Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan Virtual Learning Environment (VLE).

Produk yang dihasilkan oleh pelajar semasa kelas MBMMBI di Makmal Bahasa.

Maklumat mengenai struktur organisasi Jawatankuasa MBMMBI sekolah dipamerkan untuk tatapan umum.

Pn. Noriah sedang memberi penerangan mengenai status pelaksanaan dasar MBMMBI di semua sekolah di daerah Papar.

Pn. Luginy sedang mengadakan kelas Bahasa Melayu menggunakan aplikasi Net Support School.

Pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pengajaran guru melalui medium komputer.

Ahli rombongan berpeluang melihat bagaimana para pelajar memberi respon terhadap pengajaran guru.

Pengetua bagi pihak sekolah menerima sumbangan banting dan CD bahan PDP dari pihak BTP KL.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atasi lawatan oleh pihak BTP KL dan BTPN Sabah.