27 September 2013 (Jumaat) – Pada 25 September yang lalu Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Majakir telah dilawati oleh Panel Penilai Pertandingan Laluan PPDa yang diketuai oleh En. Mohd Mulud Bin Mohd Yusof dari Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Panel Penilai lain ialah En. Mohd Isa Bin Md Ali, Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En.Wan Mohd Azan Wan Jaafar, Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan En. Zainoddin Bin ┬áNapiah, Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Turut sama hadir ialah En. Helmi Abdullah dari Unit PPDa, Pejabat Pendidikan Daerah Papar yang bertindak sebagai pegawai pengiring.

Berbekalkan Visi ; Sekolah Bebas Dadah Dan Negara Bebas Dadah 2015, Unit PPDa sekolah telah berusaha keras untuk merealisasikan visi tersebut melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang sasaran utamanya ialah kumpulan pelajar. Ini jelas dapat dilihat melalui misi Unit PPDa sekolah iaitu melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan, kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Pelajar dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya bersiap sedia menanti kedatangan panel penilai.

Pelajar dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya bersiap sedia menanti kedatangan panel penilai.

Ketibaan para panel penilai diarak dan disambut mesra oleh Pengetua Cemerlang dan pentadbir sekolah.

Ketibaan para panel penilai diarak dan disambut mesra oleh Pengetua Cemerlang dan pentadbir sekolah.

Beramah mesra sebelum sesi pembentangan bermula.

Beramah mesra sebelum sesi pembentangan bermula.

Kaunselor Sekolah merupakan tulang belakang dan pengerak utama Unit PPDa sekolah.

Kaunselor Sekolah merupakan tulang belakang dan pengerak utama Unit PPDa sekolah.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlanng SMK Majakir.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlanng SMK Majakir.

Sesi pembentangan oleh Adik Nurdiyana Fariha Bte Roslan.

Sesi pembentangan oleh Adik Nurdiyana Fariha Bte Roslan.

Ucapan balas oleh Ketua Panel Penilai En. Mohd Mulud BIn Mohd Yusof.

Ucapan balas oleh Ketua Panel Penilai En. Mohd Mulud BIn Mohd Yusof.

En. Mohd Mulud Bin Mohd Yusof menerima cenderahati daripada Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain sebagai tanda terima kasih pihak sekolah.

En. Mohd Mulud Bin Mohd Yusof menerima cenderahati daripada Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain sebagai tanda terima kasih pihak sekolah.

Pelajar Kelab Pembimbing Rakan Sebaya bersedia di lokasi Laluan PPDa.

Pelajar Kelab Pembimbing Rakan Sebaya bersedia di lokasi Laluan PPDa.

Lawatan Panel Penilai di lokasi Laluan PPDa.

Lawatan Panel Penilai di lokasi Laluan PPDa.

Panel Penilai meneliti bahan yang dipamerkan.

Panel Penilai meneliti bahan yang dipamerkan.

Sesi temu bual antara panel penilai dengan para pelajar.

Sesi temu bual antara panel penilai dengan para pelajar.

Antara bahan yang dipamerkan di salah satu lokasi di Laluan PPDa.

Antara bahan yang dipamerkan di salah satu lokasi di Laluan PPDa.

Ruang yang mempamerkan info-info menarik yang berkaitan dengan PPDa.

Ruang yang mempamerkan info-info menarik yang berkaitan dengan PPDa.

Ruang santai yang disediakan di sepanjang Laluan PPDa.

Ruang santai yang disediakan di sepanjang Laluan PPDa.

Ruang yang diharap dapat menimbulkan rasa keinsafan dalam kalangan pelajar.

Ruang yang diharap dapat menimbulkan rasa takut dan keinsafan dalam kalangan pelajar.

 

Bahagian hadapan Laluan PPDa.

Bahagian hadapan Laluan PPDa.

Sesi penilaian bahan-bahan dokumentasi yang berkaitan dengan Laluan PPDa.

Sesi penilaian bahan-bahan dokumentasi yang berkaitan dengan Laluan PPDa.

Sesi soal-jawab panel penila bersama Kaunselor Sekolah.

Sesi soal-jawab panel penilai bersama Kaunselor Sekolah.

Gambar kenangan Unit PPDa Sekolah dengan panel penilai.

Gambar kenangan Unit PPDa Sekolah dengan panel penilai.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Papar yang telah memberi peluang kepada sekolah untuk menyertai Pertandingan Laluan PPDa pada tahun ini. Terima kasih juga kepada para panel penilai yang telah membuat penilaian sebaik mungkin.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah memberi peluang kepada sekolah untuk menyertai Pertandingan Laluan PPDa pada tahun ini. Terima kasih juga kepada para panel penilai yang telah membuat penilaian sebaik mungkin.