10 Februari 2014 (Isnin) – Aktiviti ini telah diadakan pada 06 Februari yang lalu seperti yang telah dirancang. Jika keadaan mengizinkan aktiviti 1M 1S ini akan diadakan pada setiap hari Khamis selama 1 jam 30 minit ; bermula pada jam 0700 dan berakhir pada jam 0830 pagi. Para pelajar akan mengambil bahagian dalam beberapa jenis sukan yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum SMK Majakir dan diselaraskan oleh En. Ahmad Bin Sait. Pada tahun ini sebanyak 18 jenis sukan telah dikenalpasti mampu memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat terpendam mereka.

Pelajar berkumpul di hadapan astaka mengikut jenis sukan yang dianggotai.

Pelajar berkumpul di hadapan astaka mengikut jenis sukan yang dianggotai.

Sukan Futsal merupakan antara jenis sukan yang mendapat sambutan hebat pelajar.

Futsal merupakan antara jenis sukan yang mendapat sambutan hebat pelajar.

Sukan Bola Baling.

Bola Baling – Pasukan Bola Baling SMK Majakir antara pasukan yang digeruni lawan di daerah Papar.

Pasukan Bola Jaring SMK Majakir adalah Juara dan Naib Juara peringkat MSSD Papar pada tahun ini.

Pasukan Bola Jaring SMK Majakir adalah Juara dan Naib Juara peringkat MSSD Papar pada tahun ini.

Acara memanaskan badan bagi acara melontar peluru.

Acara memanaskan badan bagi acara melontar peluru.

Walaupun bukan sukan tradisi bagi kebanyakan pelajar SMK Majakir namun bilangan pelajar yang menyertai pasukan ini tetap membanggakan.

Walaupun bukan sukan tradisi bagi kebanyakan pelajar SMK Majakir namun bilangan pelajar yang menyertai pasukan Bola Keranjang tetap membanggakan.

Aksi pelajar yang sebahagiannya baru kali pertama memegang raket Tenis dan beraksi di gelanggang Tenis.

Aksi pelajar yang sebahagiannya baru kali pertama memegang raket Tenis dan beraksi di gelanggang Tenis.

Aksi pelajar Tingkatan 1 yang berbakat besar dalam acara lontar peluru.

Aksi pelajar Tingkatan 1 yang berbakat besar dalam acara lontar peluru.

Acara lari berganti-ganti diadakan untuk para pelajar yang menyertai pasukan Larian Jarak Jauh.

Acara lari berganti-ganti diadakan untuk para pelajar yang menyertai pasukan Larian Jarak Jauh.

Persediaan yang cukup untuk permainan Badminton perlu bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan.

Persediaan peralatan yang cukup untuk permainan Badminton perlu bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan.

Selain praktikal, pelajar turut didedahkan kepada aspek teori permainan Badminton.

Selain praktikal, pelajar turut didedahkan kepada aspek teori permainan Badminton.

Mengenal peralatan yang digunakan dalam permainan Ping Pong.

Mengenal peralatan yang digunakan dalam permainan Ping Pong.

Latihan mengasah bakat di samping meningkatkan kemahiran dan teknik permainan.

Latihan mengasah bakat di samping meningkatkan kemahiran dan teknik permainan.

Unit Kokurikulum SMK Majakir akan terus berusaha untuk memastikan prasarana serta kemudahan untuk menjayakan aktiviti kokurikulum khususnya sukan dalam kalangan warga sekolah akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.