19 mac 2013 (Selasa) – Pada 10 mac yanag lalu, Kelab Keceriaan dan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir telah mengadakan lawatan ke Tadika Perpaduan Kg. Benoni. Rombongan terdiri daripada 11 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring iaitu Pn. Hajijah Hasan dan Pn. Normahani Jamaludin. Kebetulan juga Pn. Normahani merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan Kg. Benoni. Ketibaan rombongan sekolah telah disambut mesra oleh Pn. Saripah Ag. Jaludin, Dg. Maimunah Pg. Idop dan En. Arun Anang, Pegawai Perpaduan Daerah Papar. Objektif lawatan ini adalah untuk membantu pihak Tadika Perpaduan menceriakan semula bilik darjah serta kawasan sekitar.

1Rombongan pelajar dan guru dari SMK Majakir bersama Pn. Saripah Ag. Jaludin (kanan sekali)

10Sebelum…..salah satu dinding yang akan diberi sentuhan kreatif melalui lukisan mural oleh para pelajar.

9Berbincang sebelum memulakan aktiviti melukis mural pada pagi tersebut.

8Aktiviti melukis dan mewarna sedang berlangsung.

5Selepas……inilah hasilnya selepas 5 jam bergelumang dengan cat dan warna.

6Bahagian luar bangunan turut diceriakan dengan lukisan mural.

2Tahniah kepada semua pelajar, guru serta ibu bapa yang hadir menjayakan aktiviti menceriakan Tadika Perpaduan pada pagi tersebut.

7Sebelum pulang, rombongan sekolah sempat mengabadikan kenangan bersama En. Arun Anang (ke-4 berdiri dari kiri).

 Bahan Berita dan Foto : Pn. Normahani Jamaludin.