16 Mac 2016 (Rabu) – Keputusan STPM yang diumumkan pada 02 Mac yang lalu membawa berita gembira buat seluruh warga sekolah. Ini kerana untuk tiga tahun berturut-turut SMK Majakir berjaya mencatatkan kelulusan 100%. Seramai 46 orang calon (65.7%) berjaya memperolehi 4 Prinsipal (4P), 16 orang calon (22.9%) mendapat 3P, 3 orang calon (4.3%) mendapat 2P dan 5 orang calon (7.1%) mendapat sekurang-kurangnya 1P. Secara keseluruhan, Gred Purata Sekolah (GPS) yang diperolehi pada tahun 2015 ialah 2.80 berbanding 2.70 yang diperolehi pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 0.1. Keputusan ini membolehkan SMK Majakir tersenarai di dalam senarai 30 buah sekolah yang berjaya mencatatkan keputusan 100% kelulusan di negeri Sabah dan di antara 15 buah sekolah yang menunjukkan peningkatan dari segi GPS dalam STPM 2015.

Dalam STPM 2015 seramai 49 orang calon (70%) berjaya mendapat PNGK /Gred Purata (GP) 2.50 ke atas berbanding hanya 37 orang calon pada tahun 2014. Daripada jumlah tersebut seramai 32 orang calon (45.7%) berjaya mendapat GP 3.00 ke atas berbanding hanya 18 orang calon pada tahun 2014.

Analisis pencapaian mata pelajaran menunjukkan sebanyak 5 mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan berbanding tahun sebelumnya iaitu ; Matematik Tambahan (42.9%), Ekonomi (18.3%),  Pengajian Am (4.3%), Sejarah (3.1%) dan Bahasa Melayu (0.9%). Mata pelajaran yang menunjukkan kemerosotan dari segi peratus kelulusan berbanding tahun sebelumnya ialah : Biologi (49.9%), Geografi (29.4%), Kesusasteraan Melayu (13.8%), Pengajian perniagaan (4.9%) dan Kimia (4.8%). Mata pelajaran Seni Visual berjaya mencatatkan keputusan 100% kelulusan seperti pada tahun 2014.

Dari segi kualiti, sebanyak 7 mata pelajaran berjaya mencatatkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu : Matematik Tambahan (0.9), Seni Visual (0.78), Ekonomi (0.6), Bahasa Melayu (0.26), Sejarah (0.21), Pengajian Am (0.13) dan Kimia (0.09). Sebanyak 4 mata pelajaran mencatatkan penurunan dari segi GPMP iaitu : Kesusasteraan Melayu (0.49), Geografi (0.43), Biologi (0.06) dan Pengajian Perniagaan (0.03).

Untuk pertama kalinya, seorang calon iaitu adik Siti Fatimah Binti Kasamuddin berjaya mendapat GP 4.00 dan telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2015 daerah Papar dan turut diumumkan sebagai salah seorang Pelajar Cemerlang STPM 2015 negeri Sabah. Adik Siti Fatimah diiringi oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir telah dijemput untuk menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

Adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin bersama ibunya, Guru-Guru PraU dan En. Anuar Sidek, Penolong Kanan I SMK Majakir.

Adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin bersama ibunya, Guru-Guru Pra-Universiti dan En. Anuar Sidek, Penolong Kanan I SMK Majakir.

Adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin bersama ibunya, Guru-Guru PraU dan En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin bersama ibunya, Guru-Guru Pra-Universiti dan En. Durahman Ramlee Ag. Wahab, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Debaran menanti keputusan diumumkan oleh Pn Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti

Debaran menanti keputusan diumumkan oleh Pn Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti.

Berikut merupakan antara Pelajar Cemerlang yang hadir untuk mendapatkan slip keputusan daripada pihak sekolah pada 02 Mac yang lalu.

Adik Shayade Bin Mohd. Jamal (4P, GP 3.75).

Adik Shayade Bin Mohd. Jamal (4P, GP 3.75).

Adik Nurul Syafiqah Binti Shamsul (4P, GP 3.75).

Adik Nurul Shafiqah Bte Shamsul (4P, GP 3.75).

Adik Dg. Siti Shazwani Bte Ag. Aim (4P, GP 3.58).

Adik Dg. Siti Syazwani Bte Awang Aim (4P, GP 3.58).

Adik Nurmasira Binti salleh (4P, GP 3.58).

Adik Nurmasira Bte Salleh (4P, GP 3.58).

Adik Siti Nursyazwani Bte Asmara (4P, GP 3.50).

Adik Siti Nursyazwani Bte Asmara (4P, GP 3.50).

Adik Rismawanti Bte Mohd. Rizal (4P, GP 3.50).

Adik Rismawanti Bte Mohd. Rizal (4P, GP 3.50).

Adik Natasya Asikin Bte Husni (4P, GP 3.50).

Adik Natasya Asikin Bte Husni (4P, GP 3.50).

Para pelajar cemerlang bersama Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti.

Pelajar Cemerlang bersama Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Majakir.

Bersama adik Nazrin Bin Sani (4P, GP 3.09), pelajar contoh yang menunjukkan lonjakan di dalam keputusan peperiksaan.

Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman dan Pn. Noor Aainah Ag. Jaafar bersama adik Nazrin Bin Sani (4P, GP 3.09), pelajar contoh yang menunjukkan lonjakan di dalam keputusan peperiksaan.

Adik Nurmasa bersama ibu bapa tersayang.

Adik Nurmasira Bte Salleh bersama ibu bapa tersayang yang menjadi tulang belakang kejayaan beliau. En. Salleh Bin Idris merupakan mantan Pegawai Pendidikan Daerah Papar dan kini menjadi Pengetua SMK Pengalat Papar. Tahniah.

Para Pelajar Cemerlang bersama guru kelas.

Para Pelajar Cemerlang bersama guru kelas.

Tahniah juga kepada semua calon STPM 2015 yang mendapat mengekalkan pencapaian 100% kelulusan.

Tahniah juga kepada semua calon STPM 2015 yang berjaya mengekalkan pencapaian 100% kelulusan.

Tahniah kepada semua.

Tahniah kepada semua.

Majlis Penyampian Sijil Penghargaan kepada Pengetua dan adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin yang disampaikan oleh En. Jame Alip, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.

Majlis Penyampian Sijil Penghargaan kepada Pengetua SMK Majakir dan adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Para Pelajar Cemerlang STPM turut diraikan di Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2015 Peringkat Daerah Papar anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Papar yang diadakan pada 03 Mac 2015 bertempat di Dewan OKK Mat Zakir.

Adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin, Pelajar Terbaik Aliran Kemanusiaan SMK Majakir menerima Sijil Penghargaan daripada En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Adik Siti Fatimah Bte Kasamuddin (4P, GP 4.00), Pelajar Terbaik Aliran Kemanusiaan SMK Majakir menerima Sijil Penghargaan daripada En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Adik Chin Rou Ying (4P, GP 3.25), Pelajar Terbaik Aliran Sains menerima Sijil Penghargaan daripada En. Abidin Marjan.

Adik Chin Rou Ying (4P, GP 3.25), Pelajar Terbaik Aliran Sains menerima Sijil Penghargaan daripada En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Bergambar kenangan bersama En. Abidin Marjan dan barisan Pengetua Daerah Papar.

Bergambar kenangan bersama En. Abidin Marjan dan barisan Pengetua Daerah Papar.

das

Mantan pelajar Kelas 6A2 (Ekonomi) bersama guru kelas, En. Mursyid Soadik dan Pn. Audrey Koh Sui Ean.

Sumber Berita : Pn. Dg. Sharifah Bte Maarof, Unit Penilaian Dan Pentaksiran PraU.