01 Mei 2016 (Ahad) – Setelah beberapa kali ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Mesyuarat Agung PIBG SMK Majakir 2016 akhirnya dapat dilaksanakan pada 02 April yang lalu. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar. Ibu bapa dan para guru telah hadir seawal jam 0730 pagi untuk mendaftar. Berbanding tahun lepas, kehadiran ibu bapa pada tahun ini agak kurang memberangsangkan walaupun hebahan mengenai mesyuarat tersebut telah dibuat lebih awal.

IMG_0418

Pendaftaran untuk para guru dan ibu bapa yang hadir.

Pendaftaran untuk para guru dan ibu bapa yang hadir.

Kiosk yang dibuka untuk membolehkan ibu bapa dan para guru mendaftar untuk mendapatkan kad mesra Petronas.

Kiosk yang dibuka untuk membolehkan ibu bapa dan para guru mendaftar untuk mendapatkan kad mesra Petronas.

Pentadbir sekolah dan AJK PIBG yang mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir.

Pentadbir sekolah, YDP dan AJK PIBG yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang hadir.

Ceramah bertajuk Keluarga Cemerlang, Anak Cemerlang oleh Ustaz Kaharudin Yusupala, Guru Cemerlang Tasawur Islam SMK Majakir.

Ceramah bertajuk Keluarga Cemerlang, Anak Cemerlang oleh Ustaz Kaharudin Yusupala, Guru Cemerlang Tasawur Islam SMK Majakir.

YDP dan para AJK PIBG mengambil tempat di pentas dewan sebelum mesyuarat bermula.

YDP dan para AJK PIBG mengambil tempat di pentas dewan sebelum mesyuarat bermula.

En. Azlan Hj. Baharuddin, Setiausaha PIBG sedang membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang 2015-2016.

En. Azlan Hj. Baharuddin, Setiausaha PIBG sedang membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang 2015-2016.

Pn. Marzanah Mat Janih, Bendahari PIBG sedang membentangkan laporan kewangan 2015-2016.

Pn. Marzanah Mat Janih, Bendahari PIBG sedang membentangkan laporan kewangan 2015-2016.

Kedua-dua laporan aktiviti dan laporan kewangan PIBG telah diluluskan setelah pengerusi berjanji untuk membuat sedikit penambahbaikan atas teguran ahli mesyuarat.

Kedua-dua laporan aktiviti dan laporan kewangan PIBG telah diluluskan setelah pengerusi berjanji untuk membuat sedikit penambahbaikan ke atas teguran ahli mesyuarat.

Ibu bapa mengemukakan usul untuk meningkatkan kemudahan di asrama pelajar.

Ibu bapa mengemukakan usul untuk meningkatkan lagi kemudahan fizikal yang disediakan di asrama pelajar.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir memberi respon terhadap usul yang dikemukakan oleh ibu bapa.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir memberi respon terhadap usul yang dikemukakan oleh ibu bapa.

Ketibaan YB Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk merasmikan majlis.

Ketibaan YB Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk merasmikan majlis.

Ucapan alu-aluan : Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain membentangkan pencapaian SMK Majakir dalam PT 3 dan Peperiksaan SPM dan STPM 2015.

Ucapan alu-aluan : Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain membentangkan pencapaian SMK Majakir dalam PT3 dan Peperiksaan SPM serta STPM 2015.

Ucapan oleh YDP PIBG, En. Ag. Alimat @ Afanddy Hj. Abas.

Ucapan oleh YDP PIBG, En. Ag. Alimat @ Affandy Hj. Abas.

YB Datuk mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha-usaha pihak PIBG untuk membantu dan menyokong pihak sekolah.

Ucapan perasmian : YB Datuk mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha-usaha pihak PIBG untuk membantu dan menyokong pihak sekolah ke arah kecemerlangan.

En. Ag. Alimat menerima sumbangan sejadah untuk surau sekolah daripada wakil Petronas.

En. Ag. Alimat menerima sumbangan berupa sejadah untuk surau sekolah daripada wakil Petronas.

Acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang di dalam PT3 2015.

Acara penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar yang cemerlang di dalam PT3 2015.

Acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang di dalam Peperiksaan SPM 2015.

Acara penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar yang cemerlang di dalam Peperiksaan SPM 2015.

Acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang di dalam STPM 2015.

Acara penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar yang cemerlang di dalam STPM 2015.

YDP mewakili AJK PIBG menerima sijil daripada perasmi.

YDP mewakili AJK PIBG sesi 2014/2015 menerima sijil daripada perasmi.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain menyampaikan cenderahati kepada perasmi.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain menyampaikan cenderahati kepada perasmi.

Salah seorang guru yang memiliki tiket bertuah berjaya mendapat mountain bike yang disampaikan oleh perasmi.

Guru yang bertuah apabila berjaya mendapat mountain bike melalui cabutan tiket bertuah.

Ibu bapa yang bertuah turut membawa pulang sebuah mountain bike.

Ibu bapa yang bertuah turut membawa pulang sebuah mountain bike.