25 Jun 2016 (Sabtu) – Pada 27 April yang lalu, pihak sekolah telah menerima kunjungan seramai 12 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Kuala Langat, Selangor. Rombongan ini telah diiringi oleh para pegawai SIP+ dan SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan beberapa orang guru dari sekolah-sekolah sekitar Papar. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan PA21 di peringkat sekolah. Sebelum ke SMK Majakir, rombongan juga telah melawat ke beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Papar yang merupakan sekolah rintis PA21 peringkat daerah.

Ahli rombongan mengabadikan kenangan di Laman Warisan sekolah.

Ahli rombongan mengabadikan kenangan di Laman Warisan Perdana sekolah.

Lawatan ke kelas-kelas untuk melihat susun-atur meja dan kerusi pelajar serta sudut-sudut berinformasi yang disediakan oleh guru dan pelajar.

Lawatan ke kelas-kelas untuk melihat susun-atur meja dan kerusi pelajar serta sudut-sudut berinformasi yang disediakan oleh guru dan pelajar.

Lawatan ke kelas untuk menyaksikan sesi PDP yang sedang berlangsung.

Learning Walk‘ – Lawatan ke kelas untuk menyaksikan sesi PDP yang sedang berlangsung.

Sesi PDP yang berfokuskan murid - murid aktif berinteraksi dalam kumpulan-kumpulan kecil di bawah seliaan dan pengawasan guru.

Sesi PDP yang berfokuskan murid – murid aktif berinteraksi dalam kumpulan-kumpulan kecil di bawah seliaan dan pengawasan guru.

Murid berkongsi pengalaman menjalani PA21.

Murid berkongsi pengalaman peribadi mengenai cabaran-cabaran dalam menjalani pembelajaran yang berorientasikan PA21.

Salah satu aktiviti yang mendapat perhatian ahli rombongan iaitu sesi pembentangan oleh kumpulan pelajar,

Salah satu aktiviti semasa sesi PDP yang mendapat perhatian ahli rombongan iaitu sesi pembentangan oleh kumpulan pelajar.

Sudut informasi yang disediakan di ruang santai di luar kelas.

Ruang santai yang terdapat di luar kelas dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan sudut informasi.

Sesi penerangan ringkas berkaitan pentadbiran dan pengurusan PA21 di sekolah oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamad Zain.

Sesi penerangan ringkas berkaitan pentadbiran dan pengurusan PA21 di sekolah oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamad Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Sesi perkongsian oleh pelajar yang telah terlibat  dengan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning).

Sesi perkongsian oleh pelajar yang telah terlibat dengan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning) pada tahun 2015.

Pelajar menerangkan sesuatu kepada ahli rombongan.

Pelajar menerangkan bagaimana Frog VLE membantu mereka di dalam proses pembelajaran.  

Penyampaian cendera kenangan dari pihak sekolah kepada ketua rombongan.

Penyampaian cendera kenangan dari pihak sekolah kepada ketua rombongan.

Penyampaian cendera kenangan dari pihak rombongan kepada pihak sekolah.

Penyampaian cendera kenangan dari pihak rombongan kepada pihak sekolah.

Terima kasih kerana sudi melawat sekolah kami, jika ada umur yang panjang In Sha Allah kita berjumpa lagi.

Terima kasih kerana sudi melawat sekolah kami, jika ada umur yang panjang In Sha Allah kita berjumpa lagi.