03 Julai 2016 (Ahad) – Pada 14 Mei yang lalu seramai 14 orang pelajar kelas 2 KRK SMK Majakir dan 5 orang guru telah terlibat secara langsung dengan aktiviti Kolaborasi Bilik Darjah Secara Atas Talian (Online Collaborative Classroom) yang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama II, Universiti Malaysia Sabah sempena Karnival Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016. Tema untuk kelas yang telah diadakan secara online ialah Kesan Pencemaran Ke Atas Kehidupan Di Bumi (Effect Of Pollution On Lives On Earth). Aktiviti ini merupakan inisiatif dari Yayasan YTL melalui programnya iaitu The Frog Classroom Programme. Para pelajar telah mengikuti kelas yang telah direka khas dan dilengkapkan dengan teknologi bagi mengalakkan pembelajaran berfokuskan pelajar dengan menggunakan platform Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE) yang telah dibekalkan di semua sekolah melalui Projek 1 BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak 7 buah sekolah lain yang terlibat sama bagi menjayakan aktiviti kolaborasi tersebut ialah ; SMK Putatan, Penampang, SMK Tambulion, Kota Belud, SMK Sindumin, Beaufort, SMKA Tun Said, Kota Belud, SMK Pulau Bangi, Kudat, SM Shan Tao, Kota Kinabalu dan SM Sains Labuan.

Perbincangan sebelum kelas maya bermula.

Perbincangan sebelum kelas maya bermula.

Guru-guru SMK Majakir yang terlibat bersama Pn. Norliah Ashkar dari Frog Asia.

Guru-guru SMK Majakir yang terlibat bersama Pn. Norliah Ashkar dari Frog Asia.

Para pelajar bersiap sedia untuk memulakan kelas.

Para pelajar bersiap sedia untuk memulakan kelas.

Pelajar menyediakan bahan tajuk pembentangan.

Pelajar menyediakan bahan tajuk pembentangan di bawah pengawasan dan bimbingan guru.

Pelajar menggunakan Frog VLE untuk menyediakan bahan pembentangan.

Pelajar menggunakan Frog VLE untuk menyediakan bahan pembentangan.

Pelajar menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi disediakan.

Pelajar menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi yang disediakan dalam pembelajaran.

Pembelajaran pelajar berfokus kepada bahan dan interaksi sesama pelajar.

Pembelajaran pelajar berfokus kepada bahan dan interaksi sesama mereka.

Guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan fokus perbincangan pelajar tidak tersasar dari objektif asal pembelajaran.

Guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan fokus perbincangan pelajar tidak tersasar dari objektif asal yang telah ditetapkan.

Pelajar dari sekolah lain yang terlibat dengan aktiviti pada hari tersebut.

Pelajar dari sekolah lain yang terlibat dengan aktiviti pada hari tersebut.

Sesi pembentangan oleh pelajar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Sesi pembentangan oleh pelajar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Lawatan oleh Y.B. Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia dan Pn. Maimunah Suhaibul, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Lawatan oleh Y.B. Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia dan YBhg. Pn. Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Y.B. Dato' Seri berpeluang memberi ucapan Selamat Menyambut Hari Guru secara atas talian.

Y.B. Dato’ Seri berpeluang memberi ucapan Selamat Menyambut Hari Guru secara atas talian.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak YTL Group dan Frog Asia yang memberi bantuan teknikal sepanjang sesi kelas atas talian berlangsung.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak YTL Group dan Frog Asia yang menyediakan semua peralatan dan kelengkapan serta memberi bantuan teknikal sepanjang sesi kelas atas talian berlangsung.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Bahan Berita : Pn. Normahani Jamaludin