27 Ogos 2016 (Sabtu) – Pada 28 Julai yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat sekolah telah mengadakan majlis tersebut di perkarangan Dewan OKK Matzakir dan Pejabat Am sekolah. Ini merupakan kali ke-2 majlis seumpama ini diadakan pada skala yang agak besar (kali pertama pada tahun 2014). Majlis yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak yang terlibat menjayakannya.

Pihak penganjur berharap agar majlis ini akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dan keakraban dalam kalangan seluruh warga sekolah. Apa yang lebih penting ialah seluruh warga sekolah sama-sama memeriahkan perayaan hari raya aidilfitri dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :-

  • Memupuk sikap toleransi yang tinggi khususnya dalam kalangan warga pelajar agar mereka dapat menjalani kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni.
  • Membentuk sikap saling menghormati dan saling membantu dalam kalangan warga guru dan pelajar.
  • Meningkatkan sahsiah diri serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
IMG_2366

Pelajar dan guru berhimpun di Dewan Jubli Perak SMK Majakir untuk mendengar tazkirah serta ucapan Pengetua.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Kaharudin Yusupala.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Kaharuddin Yusupala.

Ucapan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

IMG_2316

Persiapan sudut jamuan di Dewan OKK Matzakir oleh pelajar Pra-Universiti bersama Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Majakir.

IMG_2330

Menu yang disediakan oleh setiap kelas adalah adalah melalui hasil kutipan kelas dan sumbangan peribadi guru kelas dan ibu bapa pelajar.

IMG_2332

Pihak penganjur turut mengadakan Pertandingan Pondok Raya Terbaik mengikut kelas.

IMG_2334

Pelajar dan Guru Kelas 5 Sains KRK bersemangat menyahut cabaran menghias pondok raya mereka.

IMG_2359

Bersedia untuk memeriahkan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri SMK Majakir pada tahun ini.

IMG_2380

Masanya telah tiba untuk menikmati juadah yang tersedia.

IMG_2382

Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas dan pelbagai lauk pauk untuk guru-guru.

Tahniah kepada Cikgu Noor Zamzila Mohd Yaakob

Tahniah kepada Cikgu Noor Zamzila Mohd Yaakob, Penyelaras Program Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri SMK Majakir pada tahun ini.

IMG_2389

Kek pun ada……

IMG_2394

Suasana yang pastinya akan memupuk sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam kalangan pelajar.

IMG_2398

Guru Kelas sebagai ketua keluarga di kelas memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya keharmoniaan dalam kalangan warga kelas.

Persembahan 'Live Band'.

Persembahan ‘Live Band‘ telah memeriahkan lagi suasana sambutan pada hari tersebut.

IMG_2411

Penyanyi ‘evergreen‘, En. Jumani Thompson bersama ahli-ahli kugiran beliau.

IMG_2444

Persembahan Karaoke yang mendapat sambutan hangat khususnya dari pihak pelajar dan guru.

Tahniah kepada

Tahniah kepada wakil Kelas KRK yang mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Pondok Raya. Hadiah telah disampaikan oleh En. Anuar Sidek, Penolong Kanan I SMK Majakir.

IMG_2449

Tahniah kepada wakil Kelas 5 Ekonomi yang mendapat Naib Johan Pertandingan Pondok Raya.

Johan Pertandingan Pondok Raya pada tahun ini ialah Kelas KAA. Tahniah.

Johan Pertandingan Pondok Raya pada tahun ini disandang oleh Kelas KAA. Tahniah.

IMG_2451

Pelajar lelaki yang dinobatkan sebagai pelajar yang mengenakan busana tercantik.

IMG_2454

Pelajar perempuan yang dinobatkan sebagai pelajar perempuan yang mengenakan busana tercantik.

IMG_2457

Pn. Azlynah Shahzinan dinobatkan sebagai Guru Wanita dengan busana tercantik.

En. Sapri Marup dinobatkan sebagai Guru Lelaki dengan busana tercantik.

En. Sapri Marup dinobatkan sebagai Guru Lelaki dengan busana tercantik.

This slideshow requires JavaScript.

Sumber Berita : Cik Noor Zamzila Mohd. Yaakob, Penyelaras Program.