01 Oktober 2016 (Sabtu) – Pada 20 Ogos yang lalu seramai 30 orang pelajar asrama yang diiringi oleh Warden Asrama, pihak pentadbir dan beberapa orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Asrama SMK Entabuan Tenom (ASET) dan beberapa lokasi menarik di sekitar daerah Tenom. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan baru khususnya dalam aspek pengurusan asrama dan pelajar asrama. ASET dipilih sebagai destinasi lawatan kerana ianya telah terpilih sebagai salah sebuah Asrama Harian yang menerima Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) KPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2015. ASAT merupakan pengiktirafan yang diberi kepada asrama yang mencapai standard pengurusan yang ditetapkan dan boleh dijadikan sebagai penanda aras dan rujukan kepada pengurusan asrama harian – Bernama 2015. Untuk tujuan tersebut, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM telah menggunakan instrumen Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) untuk membuat penilaian.

img_2567

Rombongan SMK Majakir telah disambut mesra oleh En. Sunthararajoo Rengasamy, Pengetua SMK Entabuan, Tenom.

Para guru menikmati juadah yang disajikan oleh pihak sekolah.

Para guru menikmati juadah yang disajikan oleh pihak sekolah.

Pelajar asrama SMK Majakir beramah mesra dengan pelajar asrama SMK Entabuan.

Pelajar asrama SMK Majakir beramah mesra dengan pelajar asrama SMK Entabuan.

Sesi taklimat oleh pihak asrama SMK Entabuan.

Sesi taklimat oleh pihak asrama SMK Entabuan.

Ucapan alu-aluan oleh En. Sunthararajoo Rengasamy, Pengetua SMK Entabuan.

Ucapan alu-aluan oleh En. Sunthararajoo Rengasamy, Pengetua SMK Entabuan.

Ucapan balas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan balas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua sekolah.

Sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua sekolah.

Lawatan ke sekitar kawasan asrama.

Lawatan ke sekitar kawasan asrama.

Pelajar dibawa melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak asrama untuk kegunaan pelajar.

Pelajar dibawa melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak asrama untuk kegunaan pelajar.

Kawasan koridor asrama antara kawasan yang perlu diberi perhatian dan dijaga kebersihannya.

Kawasan koridor asrama antara kawasan utama yang diberikan perhatian dan dijaga kebersihannya.

Pelajar asrama SMK Majakir bersama pelajar asrama SMK Entabuan.

Pelajar asrama SMK Majakir yang mengikuti rombongan bersama wakil pelajar asrama SMK Entabuan.

Selesai sahaja lawatan ke SMK Entabuan, rombongan sekolah telah bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom. Taman yang diselenggara oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah ini menawarkan aktiviti yang bersifat rekreasi dan pendidikan khususnya pendidikan alam sekitar. Di sini para pelajar dan guru berpeluang untuk menyaksikan keindahan alam semulajadi khususnya flora seperti tanaman pokok herba, pokok hiasan dan pokok buah-buahan.

Pintu masuk ke Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.

Pintu masuk ke Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.

Guru dan pelajar dibawa menaiki keretapi yang telah diubahsuai untuk melawat 2 destinasi menarik iaitu 'Native Orchid Centre' dan 'Ornamental Garden'.

Guru dan pelajar dibawa menaiki keretapi yang telah diubahsuai untuk melawat 2 destinasi menarik iaitu ‘Native Orchid Centre‘ dan ‘Ornamental Garden‘.

Spesies Onicidium goldiana atau lebih dikenali sebagai Golden Shower'.

Spesies orkid  Onicidium goldiana atau lebih dikenali sebagai ‘Golden Shower‘ antara yang terdapat di ‘Native Orchid Centre‘.

Antara laluan dan sudut yang menarik dan menjadi tarikan pelawat untuk mengabadikan kenangan lawatan.

Antara laluan dan sudut yang menarik dan menjadi tarikan pelawat untuk mengabadikan kenangan lawatan.

Guru dan pelajar berkesempatan untuk memetik buah rambutan.

Guru dan pelajar berkesempatan untuk memetik buah rambutan.

Rezeki jangan ditolak. Terima kasih kepada pihak Taman Pertanian yang memberi kami peluang menikmati buah rambutan.

Rezeki jangan ditolak. Terima kasih kepada pihak Taman Pertanian yang memberi kami peluang menikmati buah rambutan yang enak.

Pada sebelah petang pula, rombongan sekolah telah melawat ke salah sebuah daripada kilang kopi yang menghasilkan produk Kopi Tenom yang terkenal di seluruh negeri Sabah iaitu Kilang Kopi Yit Foh. Kilang Kopi Yit Foh yang telah beroperasi sejak tahun 1960 masih mengekalkan kaedah tradisional iaitu menggunakan kayu api untuk memanggang biji-biji kopi sebelum diproses untuk menghasilkan serbuk kopi. Kaedah ini didapati dapat membangkitkan dan mengekalkan aroma kopi.

Guru dan pelajar menonton tayangan video mengenai aktiviti di Kilang Kopi Yit Foh.

Guru dan pelajar menonton tayangan video mengenai aktiviti di Kilang Kopi Yit Foh.

Berehat sebentar sambil menikmati keenakkan minuman kopi yang disediakan.

Berehat sebentar sambil menikmati keenakkan minuman kopi yang disediakan.

Webmaster bersama En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Webmaster bersama En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Aktiviti lawatan hampir berakhir. Badan perlu direhatkan dan minda perlu disegarkan.

Aktiviti lawatan hampir berakhir. Badan perlu direhatkan dan minda perlu disegarkan.

Penyampaian sedikit cenderamata dari pihak sekolah kepada wakil Kilang Kopi Yit Foh.

Penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada wakil Kilang Kopi Yit Foh.

Bersedia untuk meninggalkan tempat penginapan rombongan.

Bersedia untuk meninggalkan tempat penginapan rombongan iaitu ‘Padas View Recreation Centre’.

Sebelum berangkat balik ke Papar, rombongan telah melawat ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.

Sebelum berangkat balik ke Papar, rombongan telah melawat ke Pusat Kebudayaan Murut di kampung Pulong yang terletak 13 km dari pekan Tenom.

Pelajar dan guru menunjukkan bakat terpendam bermain alat muzik tradisional iaitu gong.

Pelajar dan guru menunjukkan bakat terpendam bermain alat muzik tradisional iaitu gong.

Menyaksikan pelamin suku kaum Murut.

Menyaksikan pelamin suku kaum Murut yang menjadi kebanggaan warisan budaya suku kaum Murut di Tenom.

Persembahan tarian Magunatip oleh para penari pusat kebudayaan.

Persembahan tarian Magunatip oleh para penari pusat kebudayaan.

Guru dan pelajar berpeluang belajar tarian Magunatip.

Guru dan pelajar berpeluang belajar tarian Magunatip.

Kenangan

Kenangan terindah bagi semua ahli rombongan lawatan ke Tenom pada tahun ini.

This slideshow requires JavaScript.