09 Disember 2016 (Jumaat) – Acara tahunan ini telah diadakan pada 22 Oktober yang lalu bertempat di Hotel Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar.

Pada tahun ini acara telah bermula seawal jam 0700 pagi iaitu ketibaan para pelajar, ibu bapa serta guru-guru. Ketibaan perasmi bersama para pentadbir sekolah ialah pada jam 0830 pagi. Perarakan para graduan masuk ke dalam dewan sambil disaksikan oleh para tetamu jemputan, guru dan ibu bapa dilakukan pada jam 0840. Selesai sahaja nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang disusuli oleh bacaan doa, para hadirin telah disajikan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil dan Anugerah serta penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Sesi pendaftaran para pelajar dan ibu bapa yang hadir di ruang lobi bersebelahan dewan.

Pelajar mengabadikan kenangan di hadapan Photo Booth yang disediakan oleh penganjur.

Hari yang bersejarah untuk kumpulan pelajar tahun ini.

Pelajar bersama ahli kelurga yang hadir memberi sokongan moral.

Sesi taklimat terakhir sebelum pelajar diarak masuk ke dalam dewan.

Pelajar bersama En. Mursyid Soadik dan Pn. Dg. Nismah Pg. Abdul Rahman.

Kedua dari kanan : Tetamu jemputan, En. Kenneth Lawrence, Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Papar bersama Guru-Guru Akademik Pra-U SMK Majakir.

Dua dari kiri : En. Ag. Alimat @ Afanddy Hj. Abas, YDP PIBG Sekolah.

Ketibaan perasmi yang diiringi oleh barisan pentadbir sekolah.

Para graduan di dalam dewan.

Sebahagian Ibu bapa dan tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis.

This slideshow requires JavaScript.

Slideshow : Majlis penyampaian sijil kepada para graduan

Penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada perasmi.

Sesi restu ilmu.

Kelas 6 Atas Sains.

Kelas 6 Atas Ekonomi.

Kelas 6 Atas Pengajian Perniagaan.

Kelas 6 Atas Seni Visual.

Gambar kenangan bersama YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin.