13 Januari 2017 (Jumaat) – Acara yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pelajar dan guru iaitu Parti Pos-Graduasi telah diadakan sebaik sahaja selesai acara rasmi di dewan utama Hotel Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa. Tema ‘Prom Night‘ telah dipilih oleh MPPPU selaku penganjur acara pada tahun ini. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu para Penolong Kanan sekolah dan Kaunselor Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Para tetamu jemputan yang telah memeriahkan majlis.

Santai dan ceria. 

Terima kasih kepada pihak hotel yang telah menyumbang kek untuk majlis kali ini.

Acara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis : Penolong Kanan Pra-Universiti bersama Pengerusi MPPPU dan para Penolong Kanan SMK Majakir.

Semoga segala usaha, penat lelah dan doa para guru dan pelajar Pra-Universiti SMK Majakir bakal melakar kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang.

Adik pengacara majlis yang berjaya menghiburkan tetamu dengan keletah mereka.

Persembahan khas (medley tarian bollywood) dari gabungan pelajar Kelas 6 Atas Sains dan 6 Atas Ekonomi.

Persembahan khas (medley tarian tradisional) dari pelajar Kelas 6 Atas Pengajian Perniagaan.

Persembahan khas (Nyanyian Koir) dari pelajar 6 Atas Seni Visual.

Persembahan mantap dan menyentuh kalbu dari pelajar Kelas 6 Atas Seni Visual membolehkan persembahan mereka dinobatkan sebagai persembahan terbaik.

Acara gift exchange.

Persembahan duet oleh pelajar : Adik Muhd. Afiq Bin Ag. Damit dan adik Norhazwani Binti Sahiran.

Persembahan nyanyian duet oleh wakil Guru Pra-Universiti : Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman dan pasangan serasinya En. Junaidi Mahmud.

Tahniah kepada adik Michelle Chin May May adik Mohd Zaheerul Hijan Bin Ibrahim yang dinobatkan sebagai Queen dan King di majlis tersebut.

This slideshow requires JavaScript.

Slideshow : Warna-warni majlis Parti Pos Graduasi 2016

Tahniah dan semoga sukses selalu.