18 Februari 2017 (Sabtu) – Pada 23 Januari yang lalu, telah berlangsung aktiviti tahunan iaitu Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan untuk kali yang ke-53 di peringkat sekolah. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini dibuat pada skala yang sederhana memandangkan banyak aktiviti sukan dan permainan yang berlangsung serentak. Oleh itu beberapa acara khususnya acara padang tidak dipertandingkan kerana ketiadaan penyertaan atlit dari rumah-rumah sukan yang bertanding. Bilangan rumah sukan yang bertanding juga telah dikurangkan kepada 4 buah sahaja oleh pihak Majlis Sukan Sekolah bagi membolehkan acara-acara yang dipertandingkan dijalankan tanpa perlu membuat saringan. Rumah sukan yang bertanding pada tahun ini ialah rumah sukan Delima (Merah), Berlian (Kuning), Zamrud (Hijau) dan Nilam (Biru).

Acara 800 meter Perempuan Kelas A.

Acara Lompat Tinggi Lelaki Kelas A.

Para guru yang bertugas sebagai Hakim Penamat dan Pencatat Masa.

Kebetulan atau ketentuan. Catatan masa yang sama berjaya dirakamkan oleh 2 pencatat masa yang berbeza.

Acara 400 meter Perempuan Kelas A.

Mereka yang rebah mendapat bantuan daripada petugas yang membantu ahli St. John dan Bulan Sabit Merah.

Acara 400 meter Lelaki Kelas B.

Acara 100 meter Lelaki Kelas C.

Acara 100 meter Perempuan Kelas C.

Acara 100 meter Perempuan Kelas B.

Acara 100 meter Lelaki Kelas A.

Acara 100 meter Lelaki Pra-Universiti.

Acara 100 meter Perempuan Pra-Universiti.

Pelajar Sains Sukan yang membantu membuat persiapan padang dan balapan.

Para atlit yang mengambil bahagian dalam acara Lompat Tinggi bagi kategori Perempuan Kelas B.

Lompatan percubaan untuk memanaskan badan.

Meja pendaftaran peserta.

Ketua Guru Rumah Sukan bersama para atlit dan penyokong rumah sukan Berlian.

Meja Urusetia bersama juruacara dan DJ yang bertugas.

Guru serta AJK pelajar yang bertugas di bahagian trofi dan pingat.

Acara akhir di hari pertama kejohanan iaitu acara 4 x 100 meter Lelaki Kelas A.

Persaingan sengit antara atlit-atlit rumah sukan.

This slideshow requires JavaScript.

Slideshow : Hari Pertama Kejohanan Olahraga Padang & Balapan Kali Ke-53