19 Februari 2017 (Ahad) – Kemuncak Sukan Tahunan Edisi Ke-53 pada tahun ini telah diadakan pada 24 Januari yang lalu dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir. En. Ag. Alimat @ Affandy Hj. Abas, YDP PIBG sekolah turut hadir memberi sokongan.

Cuaca yang baik pada pagi tersebut.

Pasukan Kadet Polis siap sedia untuk mengetuai perbarisan lintas hormat.

Ketua-Ketua Guru Rumah Sukan bersama pasukan perbarisan rumah sukan masing-masing.

Pelajar Sains Sukan membawa panji-panji kejohanan.

Rumah Sukan Zamrud – Motto : “Bersekutu Bertambah Mutu”.

Rumah Sukan Nilam – Motto : “Terus Berjuang”.

Rumah Sukan Delima – Motto :”Delima Terus Membara”.

Rumah Sukan Berlian – Motto :”Berlian Is Dynamite”.

Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Adik Irfan Fadhilah B. Ruslan menyalakan obor kejohanan.

Pemilihan adik Irfan Fadhilah adalah di atas pencapaian cemerlangnya di dalam bidang kokurikulum. Antara pencapaian cemerlang tersebut adalah seperti berikut :-

  • Olahragawan Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan SMK Majakir 2016.
  • Memenangi pingat emas bagi acara 1500 meter MSSD Papar 2016.
  • Memenangi pingat emas bagi acara 800 meter dan 1500 meter MSSB Selatan 2016.
  • Memenangi pingat perak bagi acara 800 meter MSSM Sabah 2016.

Bacaan ikrar kejohanan oleh adik Jerald Hagai Johnny @ Mohd. Syafiq J. Abdullah.

Adik Jerald dipilih berdasarkan pencapaian cemerlangnya di dalam bidang kokurikulum. Berikut adalah sebahagian dari pencapaian cemerlang beliau :-

  • Memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter dalam Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah pada tahun 2015.
  • Memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter MSSD Papar 2015.
  • Memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter MSSB Selatan 2016.
  • Mewakili Bahagian Selatan ke MSSM Sabah 2016.

Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan diperkenalkan kepada Ketua Guru Rumah Sukan Berlian.

Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan diperkenalkan kepada Ketua Guru Rumah Sukan Delima.

Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan diperkenalkan kepada Ketua Guru Rumah Sukan Nilam.

Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan diperkenalkan kepada Ketua Guru Rumah Sukan Zamrud.

Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan diperkenalkan kepada pasukan Pelajar Sains Sukan.

Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan diperkenalkan kepada Pasukan Kadet Polis.

Pada hari kemuncak kejohanan acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut ; Acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru, 200 meter, 4 x 400 meter, 1500 meter dan 4 x 50 meter (guru-guru).

Para atlit dan petugas di medan Lontar Peluru.

Lontaran emas.

Lonpatan yang tak seberapa nak jadi tapi yang penting telah mencuba.

Acara 1500 meter Lelaki Kelas B.

Di garisan permulaan acara 4 x 50 meter yang disertai oleh guru-guru.

Pelajar berhimpun mengikut rumah sukan masing-masing untuk upacara penyampaian hadiah dan pengumuman keputusan keseluruhan kejohanan sukan tahunan pada tahun ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang acara 4 x 50 meter guru-guru.

En. Mursyid Soadik, Ketua Guru Rumah Sukan Zamrud dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Rumah Sukan 2017. 

Penyampaian hadiah kepada pemenang perbarisan 2017. 

Penyampaian trofi kepada Johan Keseluruhan Kelas A.

Penyampaian trofi kepada Johan Keseluruhan Kelas B.

Penyampaian trofi kepada Johan Keseluruhan Kelas C.

Olahragawan Kelas C – Md Izhan Hakimi (Rumah Sukan Delima).

Olahragawati Kelas C – Angie Alias (Rumah Sukan Berlian).

Olahragawan Kelas B – Haizel Zul Haizack (Rumah Sukan Berlian).

Olahragawati Kelas B – Prisca Alvera Pius (Rumah Sukan Berlian).

Olahragawan Kelas A – Irfan Fadhilah Ruslan (Rumah Sukan Zamrud).

Olahragawati Kelas A – Debbie Deborah Romey (Rumah Sukan Delima).

Olahragawan Sukan Tahunan SMK Majakir 2017 – Adik Irfan Fadhilah Ruslan (4 Emas, 1 Perak).

Olahragawati Sukan Tahunan SMK Majakir 2017 – Adik Debbie Deborah Romey (5 Emas).

Tahniah Rumah Sukan Berlian – Tempat keempat keseluruhan (12E, 17P, 10G).

Tahniah Rumah Sukan Delima – Tempat ketiga keseluruhan (15E, 13P, 10G).

Tahniah Rumah Sukan Zamrud – Naib Johan keseluruhan (18E, 20P, 27G).

Tahniah Rumah Sukan Nilam – Johan keseluruhan (19E, 14P, 14G).

Rumah Sukan Zamrud.

Rumah Sukan Nilam.

This slideshow requires JavaScript.

Slidehow : Kemuncak Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan Kali Ke-53 2017.