19 April 2017 (Rabu) – Keputusan Peperiksaan STPM bagi tahun 2016 telah diumumkan di sekolah pada 28 Februari yang lalu. Untuk tahun ke-4 berturut-turut, sekolah telah berjaya mencatatkan peratus kelulusan 100% sejak tahun 2013. Daripada jumlah calon keseluruhan seramai 72 orang, seramai 63 orang calon (87.5%) berjaya memperolehi 4P berbanding hanya 46 calon pada tahun 2015. Seramai 3 orang calon (4.2%) mendapat 3P, 5 orang calon (6.9%) mendapat 2P dan hanya seorang calon (1.4%) mendapat 1P. Dari segi kualiti, sekolah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.88 berbanding 2.80 pada tahun 2015. Keputusan ini membolehkan sekolah berada di kedudukan kedua terbaik di daerah Papar selepas SMKA Limauan (GPS 3.18). Secara keseluruhannya di peringkat negeri, keputusan ini meletakkan SMK Majakir di kedudukan ke-6 terbaik dalam Kategori 2 iaitu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai jumlah calon antara 50-100 orang. Berita yang lebih membanggakan ialah ; keputusan ini (GPS) mengatasi Gred Purata Nilai Kumulatif Negeri Sabah (GPNK) 2.58 dan PNG keseluruhan Kebangsaan 2.71.

Analisa keputusan menunjukkan seramai 60 orang calon (83.3%) berjaya mendapat Gred Purata (GP) 2.50 ke atas berbanding 49 orang calon pada tahun 2015 dan daripada jumlah tersebut seramai 30 orang calon (42%) mendapat GP 3.00 ke atas berbanding 32 orang calon pada tahun 2015.

Majlis penyerahan slip keputusan diadakan di Dewan OKK Mat Zakir.

Pengumuman keputusan STPM 2016 oleh Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir.

Berikut adalah merupakan 11 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM 2016 :-

Adik Ashrul Bin Syarifuddin – 4P (1A, 2B+, 1B), GP 3.42

Adik Felecia Marcus – 4P (1A-, 3B+), GP 3.42.

Adik Muhammad Fairozan Hazwansyah Bin Yunus – 4P (1A, 1A-, 1B+, 1B-), GP 3.42.

Adik Farid Bin Noor – 4P (3A-, 1B-), GP 3.42.

Adik Yeni Adawiyah Bt Ahmad Sari – 4P (1A, 1A-, 1B+, 1B), GP 3.50.

Adik Deidre Enid Lim – 4P (2A, 1A-, 1B), GP 3.67.

Adik Crystal Thecla Zainip – 4P (1A, 2A-, 1B+), GP 3.67.

Adik Dg. Rabika Aisyah Bt Yusof – 4P (2A, 1A-, 1B), GP 3.67.

Adik Michelle Chin May May – 4P (1A, 2A-, 1B+), GP 3.67.

Adik Nurshanty Gerald – 4P (1A, 3A-), GP 3.75.

Adik Shahidatul Azirah Bt Johan – 4P (2A, 2A-), GP 3.84.

Pentadbir sekolah bersama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan STPM 2016.

Mantan pelajar mendapatkan slip keputusan daripada mantan guru kelas masing-masing.

Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 bersama dua orang sahabat karib yang mendapat keputusan cemerlang.

Gambar kenangan bersama mantan guru subjek dan guru kelas.

Semoga berjaya melangkah ke menara gading selepas ini.

Guru tumpang bahagia dan berbangga dengan kejayaan anak-anak didik.

Tahniah dan selamat maju jaya.