09 Mei 2017 (Selasa) – Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Majakir 2017 telah diadakan pada 04 Mac yang lalu bertempat di Dewan Jubli Perak SMK Majakir. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Abdul Rahim Hj. Ismail, ADUN N.22 Pantai Manis, Merangkap Pengerusi Sabah Land Development Board (SLDB). Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pengawai Pendidikan Daerah Papar, En. Abidin Marjan yang kini menjawat jawatan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pendidikan Sabah. Turut hadir ialah En. Ag. Arshat Ag. Kahar, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.22 Pantai Manis.

Sekian lama, PIBG telah diiktiraf bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan murid melalui sumbangan atau bantuan samada dalam bentuk kewangan atau material. Usaha ini berjaya untuk membantu meringankan beban ibu bapa dan pelajar yang kurang berkemampuan. Pada masa kini peranan PIBG telah di perluaskan khususnya dalam membantu pihak sekolah untuk membenteras masalah disiplin dan salahlaku pelajar sewaktu berada di luar kawasan sekolah. Oleh itu PIBG perlu terlibat di dalam merancang program-program atau aktiviti untuk menangani isu permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar. Selain itu, PIBG juga  berperanan untuk membantu mempertingkatkan kecemerlangan pelajar khususnya dalam bidang akademik melalui perbincangan dan sesi permuafakatan yang diadakan di antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa.

Ibu bapa dan guru mendaftar kehadiran di meja urusetia.

Sebahagian guru yang bertugas sebagai AJK Jamuan, AJK Pendaftaran dan AJK Protokol.

Barisan exco tertinggi PIBG mengambil tempat di atas pentas dewan sebelum mesyuarat bermula.

Laporan aktiviti oleh wakil Setiausaha telah disampaikan oleh En. Bernie Gevais ; antara aktiviti yang telah dilaporkan adalah seperti berikut :-

  • 21/04/2016 – Majlis Anugerah Kualiti Sekolah 2015.
  • 28/04/2016 – Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 Tahun 2016.
  • 15/06/2016 – Majlis Berbuka Puasa anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Majakir.
  • Sept 2016 – Sumbangan meja plastik (untuk peperiksaan).
  • 06/09/2016 – Program Motivasi Minda Juara anjuran Unit Bimbingan  dan Kaunseling.
  • 11/11/2016 – Hari Keluarga KSIB (KAA).
  • 24/01/17 – Sukan Tahunan Sekolah
  • 26/01/2017 – Program Bina Insan.
  • 06/02/2017 – Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Papar.
  • 18/02/2017 – Hari Penetapan Target dan Taklimat DLP Kelas Rancangan Khas (KRK).
  • 16/02/2017 – Mesyuarat AJK PIBG Bil.2 Tahun 2017.
  • 21/02/2017 – Program Motivasi Peningkatan Kecemerlangan Akademik PT3 dan SPM.
  • 27/02/2017 – Mesyuarat AJK PIBG Bil.3 Tahun 2016.

Ibu bapa yang hadir di majlis tersebut.

Ibu bapa memohon pencerahan mengenai salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG.

En. Durahman @ Ramlee Wahap, Penolong Kanan HEM SMK Majakir memberi respon terhadap beberapa usul berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar yang telah dikemukakan oleh pihak ibu bapa.

En. Anuar Hj. Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik SMK Majakir sedang memberi penjelasan mengenai perubahan Jadual Waktu Sekolah.

Ucapan alu-aluan Pengetua – “Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya dapati masyarakat di sini khususnya ibu bapa sentiasa menghulurkan tangan, meringankan tulang membantu pihak sekolah dalam melaksanakan apa jua program yang dapat memberi manfaat kepada kepada pelajar”.

Ucapan alu-aluan YDP PIBG – “Saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tidak menyerahkan tanggungjawab memberi pendidikan sepenuhnya di bahu para guru kerana pendidikan yang baik bermula dari rumah“.

Ucapan perasmian oleh perasmi – “Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru-guru mengajar atau pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiring dengan kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat.”

Acara Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (RM100) kepada wakil pelajar oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Abdul Rahim Hj. Ismail.

This slideshow requires JavaScript.

Paparan Slaid : Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG SMK Majakir Sesi 2016/2017

Acara cabutan tiket bertuah.

Salah seorang bapa yang bertuah menerima hadiah yang disampaikan oleh Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir.

En. Raynald Ahlai merupakan guru yang bertuah menerima hadiah utama ; mountain bike yang disumbangkan oleh Datuk Ag. Buhtamam Hj. Ag. Mahmun.

Ibu yang bertuah menerima hadiah utama ; mountain bike yang disumbangkan oleh Pg. Saifudin Pg. Tahir.

Barisan kepimpinan PIBG SMK Majakir Sesi 2017/2018.