23 Mei 2017 (Selasa) – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 telah pun diumumkan pada 16 Mac yang lalu. Satu majlis ringkas iaitu penyerahan slip keputusan kepada para mantan calon yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang telah diadakan bertempat di Dewan OKK Matzakir SMK Majakir. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir dan En. Ag. Alimat @ Affandy Hj. Abas, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Majakir.

Dalam Peperiksaan SPM 2016, SMK Majakir mencatat peratus kelulusan 92.5% berbanding 87.0% pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 5.5%. Sebanyak 8 mata pelajaran mencatat keputusan 100% lulus. Lima mata pelajaran iaitu ; Fizik, Biologi, Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Teknologi Maklumat (TM) dan Bahasa Arab berjaya mengekalkan peratus kelulusan 100%. Analisis data menunjukkan sebanyak 10 mata pelajaran berjaya merekodkan peningkatan dari segi peratus kelulusan. Tiga mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan tertinggi peratus kelulusan adalah ; Kesusasteraan Melayu (100%, meningkat 21.1%), Geografi (100%, meningkat 13.1%) dan Bahasa Inggeris (83.6%, meningkat 10.8%). Dalam pada itu sebanyak 6 mata pelajaran telah merekodkan penurunan peratus kelulusan. Tiga mata pelajaran dengan penurunan tertinggi adalah ; Ekonomi Asas (67.1%, menurun 21.1%), Prinsip Akaun (87.8%, menurun 7.3%) dan Kimia (94.2%, menurun 5.8%).

Dalam SPM 2016, SMK Majakir mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.65 iaitu penurunan sebanyak 0.16 berbanding GPS sekolah 2015. Keputusan ini sekaligus meletakkan SMK Majakir di kedudukan kelima terbaik daripada 10 buah sekolah menengah di daerah Papar. Untuk rekod, keputusan ini juga mengatasi pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) Papar (5.74) namun berada di bawah Gred Purata Negeri (GPN) Sabah (5.64). Analisis data menunjukkan sebanyak 9 daripada 22 mata pelajaran berjaya mencatatkan peningkatan Gred Purata (GP). Tiga mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi adalah ; Kesusasteraan Melayu (4.20, meningkat 2.1o), Geografi (5.64, meningkat 1.19) dan Matematik Tambahan (6.92, meningkat 0.44). Tiga mata pelajaran yang mencatatkan penurunan GP adalah ; Bahasa Arab (4.78, menurun 2.58), Fizik (5.77, menurun 1.30) dan Sains Sukan (6.00, menurun 1.22).

Pengumuman keputusan SPM 2016 oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Guru-guru kelas sedang menyediakan sijil-sijil dan fail pelajar.

Berikut merupakan 9 orang calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2016 :

Adik Nurul Najwa Fitriah Binti Mohd Yusoff – 5A, 3C, 1D, 1E, GP 4.00

Adik Nursharmillah Hanim Binti Sani – 5A, 3B, 2C, GP 2.90

Adik Mohd Amierul Bin Razali –  5A, 3B, 1C, GP 2.89

Adik Dayangku Adrianna Binti Ag. Alimat @ Affandy – 5A, 2B, 2C, GP 2.67

Adik Nurun Nadhirah Binti Mohd Zamri – 5A, 3B, 2C, GP 2.30

Adik Shahirah Binti Sabana – 6A, 2B, 1C, GP 2.22

Adik Amir Syukrie Bin Roslan – 5A, 4B, GP 2.11

Dayang Nur Hidayah Aliyah Binti Kamarudin – 8A, 1B, GP 1.44

Adik Nur Fadzilah Binti Mohd Razalie – 9A, 1B, GP 1.00

Mantan pelajar lain mendapatkan slip keputusan daripada Guru Kelas.

Tahniah kepada semua calon SPM 2016 yang telah berjaya dan bakal meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

Ibu menjadi pendorong utama kejayaan anak. Tahniah kepada Pn. Noor Aainah Pg. Jaafar dan adik Amir Syukrie Bin Roslan.

Kumpulan pelajar cemelang bersama pihak pentadbir sekolah.