02 September 2017 (Sabtu) – Pada 12-14 Julai yang lalu, seramai dua orang pelajar dan seorang guru pengiring dari SMK Majakir telah mengikuti Bengkel Digital Intercultural Exchange (DICE) yang telah diadakan di India Habitat Centre, Maple Hall New Delhi, India. Penyertaan mewakili Malaysia ini adalah di bawah Program Transformative Learning Labs anjuran UNESCO, MGIEP India. Pelajar yang terlibat ialah adik Dg. Nursyazana Binti Ag. Buhtamam dan adik Siti Norzalina Binti Jaibit manakala guru pengiring ialah Pn. Normahani Jamaludin.

Dua orang pelajar yang terpilih bersama rakan sekelas (2 KRK) mereka.

Rakan-rakan memberi ucapan selamat dan semoga berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

Berikut adalah kronologi peristiwa yang berkaitan dengan penyertaan SMK Majakir dalam program anjuran MGIEP tersebut :

Januari – Mac 2017

  • Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Cik Shoba MacIntyre menawarkan peluang untuk menyertai “program kolaborasi secara online” dengan sekolah di India.
  • Setelah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah, Kelas 2 KRK telah dipilih kerana mereka memenuhi kriteria umur yang dikehendaki.
  • Cik Shoba telah mengadakan taklimat “Young Ambassadors” dengan pelajar-pelajar 2 KRK untuk persediaan minda mereka menghadapi situasi program dan menyedarkan mereka tentang tanggungjawab terhadap negara serta perlunya mengamalkan netiquette sepanjang program berkenaan.
  • The Learning Labs mula berkomunikasi dengan Guru dan SISC+ melalui e-mail.
  • Pelajar mendaftar dalam portal komuniti The Learning Labs di mana mereka mengambil bahagian dalam perbincangan online tentang topik yang disediakan oleh pihak admin.
  • 3 buah sekolah lain (Norway, India dan U.S.A) sudah memulakan perbincangan online yang sudah berlangsung sejak November 2016.
  • Pelajar 2 KRK menjalankan Pre-assessment melalui online survey dan picture assessment.

April – Mei 2017

  • Pelajar-pelajar menjalankan ujian 4C berbentuk gamifikasi dalam aplikasi “Hall of Heroes”
  • Program terhenti lebih kurang sebulan untuk memberi laluan kepada musim peperiksaan dan cuti semester.

Jun – Julai 2017

  • Program diteruskan dengan pelajar melengkapkan 4 perbincangan atas talian dalam Portal The Learning Labs.
  • Pelajar melaksanakan Post-assessment melalui online survey dan picture assessment.
  • 2 pelajar dipilih untuk mewakili kelas ke bengkel yang akan diadakan di India Habitat Centre, New Delhi.
  • Persediaan dibuat untuk perjalanan ke New Delhi.
  • UNESCO menanggung kos tiket penerbangan dan menyediakan penginapan dan makanan sepanjang tempoh bengkel sahaja.
  • Pihak sekolah berusaha mencari penaja untuk perwakilan.
  • Semua pelajar melengkapkan semua tugasan yang diberikan oleh The Learning Labs.

Sebelum berangkat ke India, satu majlis kecil bersama pihak sekolah, ibu bapa, penaja dan pihak media telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Majakir.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Kelas Rancangan Khas (KRK) oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Koperasi Sekolah oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Syarikat Sedafiat Sdn. Bhd oleh En. Suhaimi Basri wakil PPD Papar.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan serta tajaan yang diberikan oleh semua pihak.

Berita dalam media tempatan.

India Habitat Centre di Mapple, New Delhi India – tempat berlangsungnya Bengkel DICE.

Sesi ice-breaking – Sesi berkenalan antara peserta dan guru dari negara lain bersama pihak penganjur.

Bersedia untuk membentangkan dapatan sesi Transformative Learning Labs (TLL) yang telah dilaksanakan di sekolah.

Sesi perkongsian pelaksanaan TLL di sekolah dengan para peserta lain.

Sesi brainstorming para peserta bersama Mr. Krishnendu Bose, pengarah filem dokumentari yang terkenal di India untuk menghasilkan filem animasi bertajuk ‘Candy Chaos‘.

Bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Para peserta mengemukakan pendapat dan idea mereka dalam pembikinan filem animasi pendek yang bertajuk ‘Candy Chaos‘.

Pn. Normahani menerima cenderahati dari wakil pihak penganjur.

Para peserta bengkel DICE dari 5 buah negara ; India, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Norway dan Malaysia.

Majlis Penutupan Bengkel DICE.

Secara keseluruhannya penyertaan dalam Program TLL dan Bengkel DICE telah memberi banyak manfaat kepada semua peserta dan guru-guru pengiring yang terlibat. Antara manfaat yang diperolehi melalui penglibatan pelajar dalam program ini adalah seperti berikut :-

  1. Pendedahan pelajar dalam kaedah-kaedah Pembelajaran Abad Ke21 dan penggunaan ICT yang kerap (FrogVLE, Google Docs, dan lain-lain aplikasi web) dalam kelas Bahasa Inggeris (terutamanya) dan mata pelajaran lain seperti Sejarah dan Bahasa Melayu, sedikit sebanyak telah membantu menyediakan pelajar-pelajar ini untuk menghadapi situasi bengkel (kurang kejutan budaya dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya asing dan tidak kekok semasa sesi brainstorming bersama pelajar antarabangsa yg lain)
  2. Melalui bengkel-bengkel yang telah diadakan, kedua-dua pelajar banyak mempelajari tentang “kesamaan” (equalities), menghormati orang (bangsa) lain (respect), tidak mudah berprasangka (prejudice) dengan hanya mendengar satu pernyataan atau pendapat individu, sentiasa mencari kebenaran (investigate), sentiasa berfikiran positif dan terbuka pada isu-isu yang kurang jelas, dan sentiasa belajar (learn) daripada orang lain mahupun daripada sumber-sumber maklumat yang sedia ada.
  3. Penceramah-penceramah bengkel banyak soalan KBAT dan pelajar kita dapat memberi respon dengan yakin, setanding dengan pelajar negara lain.
  4. Semua pelajar Kelas 2 KRK menerima sijil penghargaan daripada pihak UNESCO MGIEP (merit penyertaan peringkat antarabangsa di sekolah).

Sumber Bahan / Gambar di India – Pn. Normahani Jamaludin, Guru Pengiring.