10 Oktober 2017 (Selasa) – Program ini telah diadakan pada awal tahun yang lalu iaitu pada 17, 18 dan 19 Mac 2017. Lokasi program ialah di Outdoor Development Centre (ODEC), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pelaporan aktiviti hanya dapat dibuat selepas isu yang berkaitan dapat diselesaikan. Penganjur program iaitu Unit Disiplin, Hal Ehwal Murid sekolah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak UMS untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di ODEC untuk tujuan program.

Program kali ini melibatkan beberapa unit pengawas seperti Badan Pengawas Sekolah, Unit Pengawas Asrama ASPURA dan ASPURI, Unit Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Kaunseling dan Briged Bestari. Sasaran awal adalah seramai 150 orang pelajar namun angka tersebut berkurang di saat-saat akhir akibat wujudnya pertembungan dengan beberapa aktiviti sekolah lain yang berlangsung serentak.  Program kali ini juga mendapat kerjasama yang baik dari sekumpulan pelajar UMS dan pelajar Pra-Universiti SMK Majakir yang bertindak sebagai fasilitator untuk semua aktiviti yang telah diadakan.

Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut :-

  • Para peserta program akan mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
  • Para peserta dapat memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
  • Para peserta dapat memahami dan mampu mengendalikan perbincangan kumpulan dengan betul.
  • Mewujudkan kumpulan pengawas yang mampu bekerja sebagai satu pasukan.
  • Para peserta dapat membina keyakinan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
  • Para peserta memahami tugas yang telah diamanahkan dan mampu bertindak secara bijak.

Lokasi program, ODEC, UMS.

Sesi memperkenalkan diri oleh Ketua Fasilitator dari pihak UMS.

Aktiviti Kumpulan 1 – Pelajar diagihkan kepada 1o kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua yang akan bertanggujawab ke atas semua ahli kumpulan dibawah kendaliannya.

Pemilihan Ketua Kumpulan adalah melalui perbincangan dan persetujuan semua ahli kumpulan.

Aktiviti Kumpulan 2 – Komunikasi berkesan dan kerjasama setiap ahli kumpulan penting untuk menjayakan misi yang telah ditetapkan.

Cabaran bekerja dalam suasana gelap memerlukan setiap ahli kumpulan fokus dan patuh kepada arahan yang diberikan oleh ketua.

Berusaha mengapai bintang di langit – Berpandangan luas dan mampu melihat lebih jauh merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Guru dan AKS yang banyak membantu mengawas pergerakan dan disiplin peserta sepenjang program berlangsung.

Hari Kedua – Aktiviti Kumpulan 3 – setiap ahli kumpulan membina logo dan moto kumpulan masing-masing.

Setiap yang dizahirkan perlu mempunyai rasional tersendiri – tidak ada sesuatu yang maujud tidak mempunyai rasional keujudannya.

Akhirnya mereka berjaya.

Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan rakan-rakan dan para fasilitator.

Keyakinan dalam diri pelajar akan dapat dipupuk dan dibentuk melalui sesi perkongsian idea bersama rakan-rakan.

Pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi lazimnya dapat memberi dan menerima teguran serta kritikan membina yang diberikan oleh orang lain.

Aktiviti Kumpulan 4 – Setiap kumpulan diberikan masa yang agak terhad untuk menyediakan satu persembahan khas yang akan dipersembahkan pada waktu malam.

Berlatih dan terus berlatih selagi masa mengizinkan – latihan yang berterusan membolehkan hasil yang dihasratkan dapat direalisasikan walaupun terdapat pelbagai halangan khususnya kekangan dari segi masa.

Mencuba sesuatu yang baru dan ingin menampilkan kelainan memerlukan seorang ketua kumpulan yang tahu kemampuan setiap ahli kumpulannya.

Kepimpinan melalui teladan – ketua perlu menjadi contoh yang baik kepada ahli kumpulannya.

Aktiviti Kumpulan 5 – jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.

Setiap kumpulan bergerak dari satu stesen ke satu stesen lain di sekitar UMS untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Tetap bersemangat walaupun kepenatan.

Batch 1 : Berjaya menyelesaikan misi.

Batch 2 : Berjaya menyelesaikan misi.

Hadiah ‘istimewa’ diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menyelesaian misi – hadiah yang benar-benar menguji ketabahan setiap peserta.

Peserta bersedia untuk majlis penutupan program.

Sesi bersama En. Jeroi @ Nasip, Pegawai Perhubungan UMS.

Sesi perkongsian pengalaman bersama wakil peserta.

Ucapan dari wakil fasilitator pelajar UMS.

Ucapan Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir. 

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil JPAM.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Fasilitator dari pihak UMS.

Penyampaian cendera kenangan sebagai tanda terima kasih kepada wakil UMS.

Badan Pengawas Sekolah.

Unit Pembimbing Rakan Sebaya.

Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Unit Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Unit Briged Bestari.

Unit Pengakap Darat.

Unit Pengawas Asrama ASPURA dan ASPURI.

Barisan fasilitator yang terdiri dari pelajar UMS dan pelajar Pra-Universiti SMK Majakir.

Barisan fasilitator yang terdiri dari pelajar Pra-Universiti SMK Majakir.

Bahan Berita : Setiausaha Badan Disiplin Sekolah