13 Oktober 2017 (Jumaat) – Karnival Sukan peringkat sekolah ini telah diadakan pada 22 Ogos yang lalu dan melibatkan penyertaan semua pelajar Pra-Universiti SMK Majakir. Aktiviti ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk memperolehi markah ko-kurikulum yang baik. Sejak penjenamaan semula Tingkatan Enam, markah ko-kurikulum untuk kemasukan ke universiti bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hanya akan mengambilkira penglibatan pelajar semasa berada di Tingkatan Enam. Penglibatan aktif pelajar di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap akan dapat menyerlahkan lagi potensi pelajar Pra-Universiti selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan Unit Tingkatan Enam di seluruh negara.

Objektif utama penganjuran Karnival Sukan ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk membolehkan pelajar mendapat markah penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum seperti yang telah disyaratkan untuk tujuan kemasukan ke universiti.
  • Untuk memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat kepimpinan menerusi aktiviti berkumpulan yang disertai.
  • Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada di pentas pertandingan.
  • Untuk membentuk dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru.

Dua aktiviti yang dipertandingkan adalah ialah Perlawanan Bola Tampar (Kategori Lelaki dan Perempuan) dan Futsal (Kategori Lelaki dan Perempuan). Setiap kelas telah menghantar satu pasukan bagi setiap kategori bagi setiap perlawanan. Karnival ini juga dijadikan sebagai medan untuk memilih wakil pelajar yang akan mewakili sekolah ke Karnival Sukan Pra-Universiti Peringkat Daerah yang telah diadakan di SMK Kinarut pada 23 September 2017.

Cuaca baik sepanjang karnival sukan berlangsung.

Guru-guru turun padang untuk memantau dan memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Perlawanan Bola Tampar Kategori Lelaki antara pasukan 6 Atas 2 dan 6 Rendah 2.

Perlawanan Bola Tampar Kategori Perempuan antara pasukan 6 Atas 4 dan 6 Bawah 4.

Konsistensi dalam membuat pukulan servis yang baik adalah kunci kejayaan untuk perlawanan Bola Tampar perempuan.

Antara aksi menarik yang dipamerkan oleh pelajar lelaki semasa perlawanan Bola Tampar.

Berehat dan berteduh sebentar dari bahang matahari yang hangat.

Perlawanan Futsal Kategori Lelaki antara pasukan 6 Atas 3 dan 6 Atas 4.

Pasukan Futsal 6 Bawah 2 bersama guru kelas.

Antara aksi menarik perlawanan Futsal lelaki.

Pemain berbakat dikenalpasti.

Aksi menarik perlawanan Futsal perempuan.

Kalah? Menang? yang penting telah mencuba dan berusaha sehabis baik.