01 Disember 2017 (Jumaat) – Aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform pada tahun ini telah diadakan pada 25-26 Ogos yang lalu. Unit Kokurikulum telah memilih untuk menggunakan kawasan padang sekolah, Dewan OKK Mat Zakir dan Dewan Jubli Perak SMK Majakir sebagai kawasan untuk aktiviti perkhemahan. Penyertaan pelajar kali ini juga agak kurang disebabkan oleh pertembungan dengan aktiviti luar yang melibatkan pelajar dan kebetulan berlaku serentak. Walaupun terdapat beberapa halangan kecil seperti ketiadaan khemah, namun aktiviti perkhemahan ini tetap dijalankan dengan sedikit pengubahsuaian dari segi aktiviti yang dijalankan.

Antara objektif penganjuran aktiviti perkhemahan pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
  • Untuk melatih para peserta melakukan sesuatu yang rutin dalam kehidupan harian secara teratur, berdisiplin dan berhemah.
  • Untuk memberi peluang kepada para peserta menonjolkan kreativiti mereka dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan kesenian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ; Pelancaran Roket, Persembahan Kebudayaan yang bertemakan patriotisme, Kawad KakiĀ  dan Pandu Arah.

Urusetia Pendaftaran peserta perkhemahan.

AJK Urusetia dan fasilitator aktiviti sepanjang perkhemahan.

Sebanyak 10 kumpulan peserta dibentuk untuk aktiviti pertama iaitu membina dan melancarkan roket air.

Guru Penasihat Pengakap bersama kumpulan Pengakap berbincang untuk sama-sama menjayakan aktiviti pertama iaitu membina dan melancarkan roket air dengan menggunakan bahan terpakai.

Bantuan teknikal diberikan oleh cikgu Jamalit Angak – guru penyelaras aktiviti pada hari tersebut.

Boleh bah kalau kau…

Menggunakan youtube sebagai media rujukan sebelum memulakan projek.

Demonstrasi melancarkan roket air.

Antara roket air yang berjaya dilancarkan.

Pada sebelah malam telah diadakan pertandingan persembahan yang bertemakan Patriotisma oleh kumpulan-kumpulan peserta perkhemahan.

Lakonan oleh Kumpulan PKBM.

Persembahan koir oleh gabungan kumpulan PBSM dan JPAM.

Nyanyian lagu Negaraku oleh kumpulan KRS.

Nyanyian lagu Kita Satu Bangsa oleh kumpulan St. John Ambulance.

Persembahan Pentomin oleh kumpulan Puteri Islam.

Persembahan Silat oleh kumpulan Silat Cekak Hanafi.

Pada hari kedua perkhemahan telah diadakan pertandingan kawad kaki dan pandu arah. Pertandingan kawad kaki telah disertai oleh unit beruniform yang cukup bilangan ahlinya manakala unit lain telah mengikuti pertandingan pandu arah.

Taklimat oleh cikgu Mursyid Soadik sebelum pertandingan kawad kaki bermula.

Taklimat oleh cikgu Jamalit Angak sebelum pertandingan pandu arah bermula.

Demonstrasi menggunakan kompas.

Pasukan Pengakap – Kategori NGO.

Pasukan PKBM – Kategori GO.

Pasukan Kadet Polis – Kategori GO.

Pasukan KRS – Kategori NGO.

Tahniah kepada unit PKBM yang telah berjaya mengungguli beberapa aktiviti yang dipertandingkan.

Tahniah kepada semua peserta perkhemahan, urusetia perkhemahan, guru-guru penasihat serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti perkhemahan unit beruniform pada tahun ini.

Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan pada tahun ini kurang mendapat sambutan dari kalangan pelajar atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Penganjur perlu melihat dari segi kesesuaian masa untuk mengadakan aktiviti agar ianya tidak bertembung dengan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat menarik penyertaan lebih ramai pelajar di masa akan datang.

This slideshow requires JavaScript.

Tayangan Slaid.