30 Disember 2017 (Sabtu) – Lawatan ini telah diadakan pada 30 September – 01 Oktober 2017. SMK Agama Mohamad Ali Ranau yang dahulunya dikenali sebagai SMK Agama Ranau atau kini lebih dikenali sebagai SEMEKAR terletak di daerah Ranau. Sekolah ini dipilih sebagai destinasi lawatan bagi pelajar asrama dan Unit HEM SMK Majakir pada tahun ini di atas rekomendasi Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. SEMEKAR juga antara sekolah agama yang mempunyai pencapaian dan menunjukkan prestasi yang cemerlang di bidang kurikulum dan kokurikulum bukan sahaja di peringkat daerah tetapi di peringkat negeri Sabah. Berdasarkan fakta menarik di atas, rombongan sekolah yang terdiri daripada seramai 90 orang pelajar asrama bersama 12 orang guru telah bertolak ke Ranau pada 30 September yang lalu.

2 buah bas yang disewa khas untuk membawa pelajar dan guru yang mengikuti lawatan ke SMK Agama Mohamad Ali Ranau.

Berhenti rehat selepas perjalanan selama hampir 3 jam dari Papar ke Ranau.

Rehat dan makan tengahari sambil menikmati keindahan Sungai Lohan di Sungai Lohan Cafe.

Pn. Malinda, Warden Asrama memastikan semua pelajar asrama  telah mendapat bekal makanan masing-masing.

Jamuan untuk guru-guru dan rombongan.

Ketibaan rombongan di SEMEKAR disambut mesra oleh Penolong Kanan HEM.

Ustaz Ahmad Abrian, Pengerusi KESMA bertemu dengan rakan lama yang bertugas sebagai Warden di asrama SEMEKAR.

Ketibaan semua pelajar dan guru pada jam 0330 petang.

Pelajar berhimpun di bilik mesyuarat untuk sesi perkenalan dan mendengar taklimat yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM sebagai saksi memerhati Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir dan Ustazah Jaimis Saiman, Pengetua SEMEKAR menandatangani MOU untuk mencapai kecemerlangan bersama di masa hadapan.

Pihak sekolah menerima cenderamata dari pihak tuan rumah.

Mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Masjid SEMEKAR.

Lawatan ke asrama pelajar.

Sausana dalam dorm pelajar yang kemas dan bersih.

Perkongsian perkara yang baik untuk diambil perhatian dan tindakan susulan di sekolah.

Penyampaian Hamper kepada pihak tuan rumah yang mana pelajar asrama SEMEKAR telah menewaskan pelajar asrama SMK Majakir dalam perlawanan Bola Jaring dan Bola Sepak – perlawanan terpaksa dihentikan akibat hujan.

Rombongan sempat melawat ke Kundasang War Memorial sebelum bertolak balik ke sekolah pada 01 Oktober 2017.

Atas permintaan ramai, rombongan telah berhenti rehat dan menikmati makan tengahari di Lok Kawi Wildlife Park sebelum meneruskan perjalanan ke Papar.