30 Disember 2017 (Sabtu) – Sekali lagi pada tahun ini Program Hari Sukan Negara telah disambut meriah oleh warga sekolah khususnya warga pelajar. Acara ini telah dijalankan pada 14 Oktober yang lalu dan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa 1 Murid 1 Sukan Sekolah dengan kerjasama Ketua-Ketua Rumah Sukan 2017. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menganjurkan Sukantara yang melibatkan kesemua Rumah Sukan. Antara aktiviti yang telah dipertandingkan ialah ; Lompat Jauh Berdiri, Penalty Shootout – Hoki, Free Throw – Bola Keranjang dan Shoot Out – Futsal. Oleh kerana sambutan dari kalangan pelajar amat baik, berkemungkinan acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi sambutan Hari Sukan Negara.

Senamrobik – Acara memanaskan badan sebelum acara sukantara bermula.

Kehadiran pelajar yang cukup memberangsangkan pada pagi tersebut.

Guru-guru yang hadir untuk bertugas dan memberi sokongan moral kepada semua pelajar.

Penolong Kanan HEM (dua dari kiri) bersama guru-guru yang siap sedia untuk bertugas.

Taklimat ringkas oleh guru sebelum acara Shoot Out – Futsal bagi pelajar lelaki.

Pelajar menunggu giliran untuk melakukan sepakan. Jarak Shoot Out – Futsal bagi kategori perempuan ialah 7 meter manakala untuk lelaki 15 meter.

Gol kecil digunakan untuk acara Shoot out – Futsal.

Acara Lompat Jauh Berdiri. Pelajar tidak dibenarkan berlari sebelum membuat lompatan. Pelajar hanya perlu berdiri dan terus membuat lompatan. Mata diberi jika lompatan pelajar berjaya melepasi had kelayakan minima yang ditetapkan iaitu ; perempuan 1 meter manakala lelaki 1.5 meter.

Bantuan teknikal diberikan oleh guru kepada pelajar yang tidak mempunyai asas langsung memukul bola hoki.

Pelajar hanya perlu berdiri dan menyungkit bola ke arah pintu gol. Jarak gol bagi perempuan ialah 6 meter manakala bagi lelaki ialah 10 meter.

Pelajar membuat demonstrasi teknik yang betul untuk menjaringkan gol sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain.

En. Mohd Farhan Ab Razak bertindak selaku penyelaras aktiviti Sukantara pada tahun ini.

Acara Free Throw – Bola Keranjang.

Hadiah-hadiah disediakan oleh pihak Sekolah kepada semua pemenang bagi setiap kategori.

Rumah Sukan Berlian bersama hadiah-hadiah yang dimenangi.

Tahniah kepada Rumah Sukan Zamrud yang telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan acara sukantara pada tahun ini.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan acara Sukantara Antara Rumah-Rumah Sukan pada tahun ini.