31 Disember 2017 (Ahad) – Acara tahunan ini telah diadakan pada 28 Oktober yang lalu bertempat di Hotel Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu. Di peringkat awal perasmian majlis ini dijadualkan akan disempurnakan oleh YB. Datuk Hjh. Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perasmian majlis telah disempurnakan oleh En. Abdul Hadi Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk.

Dalam ucapan alu-aluan Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, beliau menegaskan bahawa penganjuran majlis seumpama ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua pelajar prauniversiti SMK Majakir yang telah melakar kejayaan sepanjang pengajian setahun setengah mereka di SMK Majakir. Beliau berharap majlis ini akan memberi perangsang kepada semua pelajar untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlanng di dalam peperiksaan sebenar pada bulan November ini. Beliau yakin dan percaya bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa perit usaha para pelajar disertai dengan keringat para guru yang sentiasa ingin melakar kejayaan pelajarnya. Untuk para ibu bapa, beliau menyeru agar ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah kerana ini akan mampu mencemerlangkan sekolah menerusi kejayaan anak-anak mereka di sekolah.

Pendaftaran untuk pelajar dan ibu bapa pelajar yang hadir.

Hidangan sarapan pagi untuk para ibu bapa.

Pn. Dg. Nismah Ag. Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra Universiti bersama pelajar.

Tempat duduk para pelajar.

Taklimat kepada para pelajar sebelum mereka berarak masuk ke dalam dewan.

Sempat berposing sebelum berarak masuk ke dalam dewan.

Tetap ceria walaupun cuaca di luar dewan agak panas.

Saat gembira diraikan bersama guru.

Menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Para pelajar duduk mengikut susunan yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan majlis.

Kehadiran ibu bapa yang telah menyerikan lagi majlis tersebut.

Guru-guru yang sedondon dengan batik bercorak warna kuning.

Tetamu Kehormat dari kiri ; En. Abdul Hadi B. Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Hjh Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, En. Suhaimi Harun, Pegawai Pendidikan Daerah Papar dan En. Ag. Alimat @ Afanddy Hj. Abas, YDP PIBG Sekolah.

Bacaan doa oleh wakil pelajar.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan perasmian oleh En. Abdul Hadi Bin Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Hjh Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin.

Gimik Penyerahan Jubah Graduasi yang disumbangkan oleh YB Datuk Rosnah dan disampaikan oleh En. Abdul Hadi B. Kassim.

Penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Pelajar bersalaman dengan ibu bapa dan para guru dalam sesi Restu Ilmu.

Sesi bergambar pelajar dan guru bersama tetamu kekehormat.

Guru Kelas bersama pelajar 6 Atas Sains.

Guru Kelas bersama pelajar 6 Atas Ekonomi.

Guru Kelas bersama pelajar 6 Atas Pengajian Perniagaan.

Guru bersama pelajar 6 Atas Seni Visual.

Ibu bapa bersama pelajar.

Guru bersama pelajar.

This slideshow requires JavaScript.

Slideshow : Majlis Graduasi Pra-Universiti SMK Majakir Kali Ke-9 2017