31 Disember 2017 (Ahad) – “Majakir Next Top Model” merupakan tema yang telah dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) selaku penganjur Majlis Parti Pos-Graduasi kali ini. Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada majlis penyerahan sijil dan anugerah pelajar yang telah diadakan sebelumnya. Ruang dan masa ini membolehkan khususnya pelajar melepaskan tekanan menghadapi peperiksaan yang semakin hari semakin ke kemuncaknya.

Teamwork dan team effort penting untuk menjamin kejayaan penganjuran majlis.

Guru-guru bersama mantan guru Muet En. Idzam Zakaria (berbaju merah) yang turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Bergaya dan kelihatan anggun.

Segak dan kacak.

Meja hampir penuh dan majlis akan bermula sebentar lagi.

Suasana dewan di mana Majlis Parti Pos-Graduasi diadakan.

Acara pun bermula : Semua pelajar mengambil tempat di luar dewan sebelum masuk semula sambil membuat catwalk di hadapan para guru dan tetamu.

Sememangnya ramai yang berbakat dan berpotensi untuk menjadi bukan setakat model tetapi role model.

Antara pasangan yang mendapat tepukan paling gemuruh.

Pasangan guru dan pelajar pastinya terlajak gempak dan terlajak kiut.

Jamuan makan tengahari yang disediakan di ruang legar bersebelahan dewan.

Menu yang disajikan sememangnya bertaraf 5 bintang dan yang paling penting “mencukupi“.

Persembahan nyanyian lagu medley oleh pelajar Kelas 6 Atas Sains.

Persembahan tarian oleh pelajar Kelas 6 Atas Sains.

Persembahan dari pelajar Kelas 6 Atas Ekonomi.

Persembahan oleh pelajar Kelas 6 Atas Pengajian Perniagaan.

Persembahan oleh Pelajar Kelas 6 Atas Seni Visual.

Ruang tari dibuka untuk guru dan pelajar yang ingin menari.

Acara bertukar-tukar hadiah dalam kalangan guru dan pelajar.

Acara bertukar-tukar hadiah dalam kalangan guru dan pelajar.

Tahniah kepada King dan Queen ; Majakir Next Top Model pada tahun ini.

Tahniah dan selamat maju jaya. Semoga dapat menduduki Peperiksaan P3 dengan tenang dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Semoga berjumpa lagi.