14 Januari 2018 – Pada 4 November 2017, Kelab Staf SMK Majakir atau ringkasnya KESMA telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bertempat di Hotel Soluxe, Putatan iaitu sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak kira-kira 11 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Pihak penganjur telah memilih lokasi ini atas dasar pakej yang ditawarkan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KESMA. Dalam kesibukan para guru menyelia, mengurus dan menyiapkan laporan hujung tahun, warga guru khususnya sempat meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan dan diraikan dalam majlis yang sememangnya diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua guru dan AKS sekolah. Dengan tema pakaian “Warna Biru” majlis yang diadakan telah berlangsung dalam suasana yang ceria dan ‘stress-free‘.

AJK KESMA yang bertugas di meja pendaftaran.

Guru yang hadir diberi keratan tiket untuk acara cambutan tiket bertuah.

Suasana dalam dewan semasa majlis berlangsung.

Hidangan pencuci mulut.

Pelbagai jenis salad.

Meja Pentadbir bersama Pengerusi KESMA dan AKS yang hadir.

Rakan-rakan AKS yang hadir ke majlis jamuan akhir tahun.

Meja AJK Kesma Sesi 2016/2017.

Pn. Amizah dan Pn. Zuraidah yang bertugas cemerlang sebagai juruacara majlis.

Pn. Rohiah hadir bersama suami dan anak-anak.

Pn. Siti Fatmarini hadir bersama anak-anak walaupun suami tak dapat hadir atas tuntukan kerja.

Guru Kaunselor bersama AJK KESMA.

Hero-hero yang tak lapok dek hujan tak lekang dek panas.

Rakan-rakan guru “Old Room“.

Rakan-rakan guru “New Room“.

BFF dan amoi-amoi SMK Majakir.

Rakan-rakan guru “Kayangan“.

Pn. Amanda Wong (kiri) bersama Ustazah Ainul Husna Abdul Samad (kini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Agama Pahang, Muadzam Shah).

En. Mursyid Soadik (kiri) bersama Tn. Hj. Mohd Idzam Zakaria (kini telah berpindah ke Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu).

Ucapan alu-aluan Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Yang mana satu nak dicuba dulu….

Selamat menjamu selera.

Pn. Christy (tengah) pertama kali mengikuti majlis jamuan akhir tahun SMK Majakir……walaupun terlewat yang penting janji datang.

Masih maintain ayu walaupun menahan lapar yang amat.

This slideshow requires JavaScript.

Paparan Slaid : Penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru di atas pencapaian cemerlang semasa menjalankan tugasan sepanjang tahun 2017.

This slideshow requires JavaScript.

Paparan Slaid : Acara cabutan tiket bertuah.

Pertandingan Karaoke – Cikgu Robin Yami sememangnya otai yang masih berbisa.

Bakat terpendam En. Lee Pui Shiong.

Acara bertukar-tukar hadiah.

Bukan nilai atau saiz hadiah yang dijadikan ukuran tetapi membina keakraban sesama rakan guru yang diutamakan.

Pertandingan menyumpit belon berjaya menghangatkan suasana majlis.

Cikgu Salleh Dullah berjaya dalam cubaan pertama.

En. Herman Nikulaus pertama kali mencuba dan berjaya dalam cubaan pertama.

Satu-satunya peserta wanita yang tampil menunjukkan bakat dalam acara menyumpit – Pn. Anna Giat.

Tahniah kepada Ustaz Kaharuddin Yusupala dan Pn. Dg. Mastinie Kiflee yang terpilih sebagai “King” dan “Queen” Majlis Jamuan Akhir Tahun SMK Majakir 2017.

Posing time.

Bakal-bakal AJK KESMA tahun hadapan?

Tahniah kepada Jawatankuasa KESMA serta semua ahli KESMA yang berjaya menganjurkan dan memeriahkan majlis jamuan akhir tahun pada tahun ini.