24 Mac 2018 (Sabtu) – Acara Larian KPM merupakan acara tahunan yang diadakan di awal tahun sebagai acara pembuka kalendar aktiviti kokurikulum sekolah. Acara ini telah diadakan pada 09 Januari yang lalu dan seperti lazimnya melibatkan semua warga pelajar sebagai peserta larian dan sebilangan kecil sebagai petugas serta semua warga guru sebagai pegawai yang bertugas bagi memastikan acara ini dapat diadakan dengan selamat dan jayanya. Berdasarkan pencapaian lalu, acara larian ini amnya didominasi oleh pelajar-pelajar menengah rendah dan pelajar asrama yang berasal dari kampung Mandalipau dan Koiduan Papar khususnya bagi kategori perempuan. Acara ini juga dijadikan sebagai medan untuk memilih atlit yang bakal beraksi untuk rumah-rumah sukan khususnya bagi acara balapan ; 400m, 800m  dan 1500m.

En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Majakir bersama 3 orang anggota Polis Trafik dari Cawangan Polis Trafik Daerah Papar yang membantu dalam mengawal lalu lintas di permulaan larian.

Peserta Lelaki sedia untuk dilepaskan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Peserta Perempuan sedia untuk dilepaskan oleh En. Anuar Bin Sidek, Penolong Kanan I SMK Majakir.

Pelajar lelaki telah dilepaskan pada jam 0830 manakala pelajar perempuan telah dilepaskan pada jam 0840 pagi.

Guru -guru yang bertugas sebagai Penjaga Masa.

Guru-guru yang bertugas sebagai Hakim Penamat.

This slideshow requires JavaScript.

Peserta perempuan yang pertama sampai ke garisan penamat ( jam 0911 pagi).

Peserta lelaki pertama yang sama ke garisan penamat ( jam 0917 pagi).

Selepas larian pelajar berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk mendapatkan makanan dan minuman yang telah disediakan.

Mampukah Rumah Sukan Delima mengekalkan kejuaraan pada tahun ini?

Pelajar yang sakit diberi bantuan dan rawatan oleh ahli-ahli St John Ambulance.

Ahli-ahli Kadet Polis yang membantu para guru yang bertugas di setiap check point.

Pelajar berhimpun di Dewan Jubli Perak untuk majlis penyampaian hadiah dan pengumuman rumah sukan yang menjuarai acara Larian KPM pada tahun ini.

Tempat Ke-3 Kategori Perempuan – Adik Yulinesa Felisicimo (Rumah Sukan Nilam).

Naib Johan Kategori Perempuan – Adik Nursyafiqah Shahirah (Rumah Sukan Delima).

Johan Kategori Perempuan – Adik Rosemary Ann Joan (Rumah Sukan Zamrud).

Tempat Ke-3 Kategori Lelaki – Adik Ahsraf Fadhzrul Ruslan (Rumah Sukan Delima).

Naib Johan Kategori Lelaki – Adik Mohd Shahruddin Shafiq (Rumah Sukan Zamrud).

Johan Kategori Lelaki – Adik Mohd Safuan (Rumah Sukan Zamrud).

This slideshow requires JavaScript.

Persembahan Slaid : Pemenang Top 10 Kategori Perempuan dan Lelaki Larian KPM 2018

Keputusan Penuh Kutipan Mata yang diperolehi oleh setiap Rumah Sukan bagi acara Larian KPM 2018.

Tahniah kepada Rumah Sukan Nilam yang mendapat tempat ke-4 dengan kutipan 96 mata.

Tahniah kepada Rumah Sukan Zamrud yang mendapat tempat ke-3 dengan kutipan 118 mata.

Tahniah kepada Rumah Sukan Berlian yang mendapat Naib Johan dengan kutipan 127 mata.

Tahniah kepada Rumah Sukan Delima yang telah dinobatkan sebagai Johan dengan kutipan 167 mata.

Tahniah kepada semua guru dan ahli Rumah Sukan Delima kerana berjaya mengekalkan kejuaraan Larian KPM selama dua tahun berturut-turut.

Tahniah kepada semua pemenang Larian KPM pada tahun ini.