21 Mei 2018 (Isnin) – Buat julung kalinya pada tahun ini pihak sekolah dengan kerjasama Unit Rancangan Integrasi Perpaduan Untuk Murid (RIMUP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina. Majlis sambutan ini telah diadakan pada 28 Februari yang lalu dan melibatkan seluruh warga sekolah. Pihak penganjur berharap penganjuran majlis seperti ini akan menjadi salah satu daripada acara tahunan yang diraikan secara besar-besaran.  Ini kerana ianya merupakan waktu yang boleh memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengenali dan memahami budaya serta adat resam kaum Cina di dalam masyarakat.

Oleh itu beberapa objektif seperti berikut telah disasarkan di dalam penganjuran majlis tersebut :-

  • Mengeratkan hubungan khususnya dalam kalangan warga pelajar  dan warga guru yang berbeza kaum dan agama.
  • Mewujudkan perpaduan dan keakraban sesama kawan-kawan warga pelajar yang berlainan bangsa.
  • Menghargai dan mempertahankan perayaan tradisi setiap kaum yang terdapat di Sabah khususnya dan di dalam Malaysia amnya.
  • Menambahkan pengetahuan kita tentang adat resam masyarakat berbilang bangsa di Sabah.

Pemilihan tema “Merah Ada Ong” telah dibuat oleh jawatankuasa penganjur. Untuk itu semua pelajar dan guru dikehendaki berpakaian serba merah di majlis tersebut. Beberapa persembahan menarik telah dipersembahkan oleh ahli-ahli Kelab Kebudayaan & Kesenian, Kelab Kompang serta MPPPU SMK Majakir. Bagi memeriahkan suasana sambutan, ahli MPPPU SMK Majakir telah mengadakan persembahan sketsa dan pertandingan membuat Mini Tanglung ; terbuka untuk pelajar Pra-Universiti SMK Majakir sahaja. Di penghujung majlis satu kejutan juga telah ditampilkan iaitu persembahn Tarian Singa yang sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina telah dipertontonkan kepada hadirin oleh Persatuan Tarian Naga Dan Singa Hong Theng Papar yang ditempah khas oleh pihak penganjur.

Pelajar mendaftar mengikut kelas masing-masing.

Persiapan membina dan menghias Mini Tanglung.

Mini Tanglung yang telah disiapkan dan sedia untuk dipertandingkan.

Hasil rekaan pelajar lelaki tidak kurang hebatnya.

Sokongan moral rakan sekelas amat besar nilainya.

Mini Tanglung siap untuk diadili oleh para juri dan hakim yang telah dilantik.

Proses penjurian : Kriteria utama ialah Mini Tanglung mestilah dibina dari bahan terpakai, unik dan menepati tema yang ditetapkan iaitu tema alam sekitar.

Pelajar perdana tidak sabar untuk masuk ke dalam dewan.

Satu shot untuk kenangan bersama.

Meriahkan kepelbagaian budaya untuk membentuk jatidiri pelajar.

Pelajar 4 KRK Sains.

Suasana di dalam Dewan Jubli Perak di mana majlis berlangsung.

Persembahan tarian irama Malaysia sebagai acara sambut tamu yang dipersembahan oleh ahli-ahli Kelab Kebudayaan & Kesenian SMK Majakir.

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Penyampaian hadiah : Pemenang Tempat Ke-3 Pertandingan Membina Mini Tanglung Pra-Universiti.

Penyampaian hadiah : Naib Johan Pertandingan Membina Mini Tanglung Pra-Universiti.

Penyampaian hadiah : Johan Pertandingan Membina Mini Tanglung Pra-Universiti.

Persembahan Sketsa oleh ahli MPPPU SMK Majakir yang berjaya mencuit hati penonton.

Yee Sang iaitu salad sayuran yang disediakan sendiri oleh guru untuk acara ‘Prosperity Toss‘.

Pengetua, Penolong-Penolong Kanan bersama guru-guru yang menyambut Tahun Baru Cina melakukan ‘Prosperity Toss‘.

Persembahan Tarian Singa oleh ahli-ahli Persatuan Tarian Naga & Singa Hong Theng Papar.

Tarian Singa yang berjaya menggamatkan suasana dalam dewan.

Pengetua menunjukkan momento yang diterima dari Persatuan Tarian Naga & Singa Hong Theng Papar.

Berakhir sudah majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah pada tahun ini. Ianya meninggalkan banyak kenangan manis yang tidak akan mudah dilupakan oleh warga SMK Majakir.

Tahniah kepada Cikgu Noorzamzila Md Yaakob (kanan), Penyelaras RIMUP yang telah berjaya mencipta kelainan pada tahun ini.