01 Jun 2018 (Jumaat) – Keputusan STPM 2017 telah diumumkan pada 06 Mac yang lalu dan buat kali kelima berturut-turut Prauniversiti SMK Majakir telah mencatatkan keputusan 100% kelulusan. Seramai 78 calon yang menduduki Peperiksaan STPM 2017 telah lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 prinsipal (1P). Seramai 58 orang calon  (74.4%) telah mendapat 4P, 13 orang calon (16.7%) mendapat 3P, 5 orang calon (6.4%) mendapat 2P dan 2 orang calon (2.6%) mendapat 1P. Secara amnya bilangan calon yang mendapat 4P pada tahun ini menyusut sebanyak 13% namun bilangan calon yang mendapat 3P meningkat sebanyak 12.5% jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 2016. Ini menyumbang kepada penurunan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) yang dicatat pada tahun 2017 iaitu 2.79 (-0.09) berbanding 2.88 yang direkodkan pada tahun 2016. Walaubagaimanapun GPS yang dicatatkan pada tahun 2017 ini masih melepasi PNGK Negeri Sabah (2.66) dan PNGK Kebangsaan (2.76).

Analisa keputusan menunjukkan bahawa seramai 54 daripada 78 orang calon (69.2%) berjaya mendapat Gred Purata (GP) 2.50 ke atas berbanding 60 daripada 72 orang calon (83.3%) pada tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang calon (34.6%) mendapat GP 3.00 ke atas berbanding 30 orang calon (42%) pada tahun 2016. Seorang calon (1.3%) mendapat GP 4.00 iaitu adik Fitri Nur Muhajir Binti Isagani.

Taklimat ringkas oleh Cikgu Junaidi Mahmud mengenai tentatif Majlis Penyerahan Slip Keputusan STPM 2017.

Pihak sekolah sedia majlum bahawa kebanyakan pelajar telah pun mengetahui keputusan yang mereka perolehi secara online, oleh itu kehadiran mereka di majlis ini amat dihargai.

Pelajar Prauniversiti tahun ini juga hadir untuk memeriahkan majlis di samping menyuntik semangat bagi meneruskan legasi kecemerlangan Prauniversiti SMK Majakir khususnya dalam Peperiksaan Awam STPM.

Laporan ringkas mengenai rumusan prestasi serta pencapaian Prauniversiti SMK Majakir dalam STPM 2017 oleh Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Majakir.

Tahniah kepada adik Muhd Shameel Bin Jumaidin : 4P (1A, 2B+, 1B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Hasimah Binti Mali : 4P (1A, 1A-, 2B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Ellyvcerra Francis : 4P (1A, 1A-, 1B+, 1B-), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Ivy Immaculate Ireneus : 4P (2A-, 1B+, 1B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Emmanuella Michelle Chan : 4P (1A, 1A-, 2B), GP 3.42.

Tahniah kepada adik Mohd Najwan Bin Sailie : 4P (1A, 2A-, 1B), GP 3.59.

Tahniah kepada adik Wellisa Wong Mei Len : 4P (1A, 2A-, 1B), GP 3.59.

Tahniah kepada adik Richcynda Koh Lee Hua : 4P (2A, 1A-, 1B), GP 3.67.

Tahniah kepada adik Dg. Nur Shafiqin Binti Nudin : 4P (2A, 2A-), GP 3.84.

Tahniah kepada adik Fitri Nur Muhajir Binti Isagani : 4P (4A), GP 4.00.

Para pelajar terbaik STPM 2017 bersama pihak pentadbir sekolah.

Mantan pelajar mendapatkan slip keputusan STPM 2017 daripada Guru Kelas masing-masing.

En. Mursyid Soadik bersama mantan anak didik.

Mantan pelajar 6 Atas Seni visual bersama Pn. Hajijah Hasan.

Pn. Yarabah Gapar bersama mantan anak didik.

Tahniah kepada semua ; Pihak Pentadbir Sekolah, Guru-Guru Prauniversiti dan Pelajar Prauniversiti.