19 Jun 2018 (Isnin) – Keputusan SPM 2017 yang diumumkan pada 15 Mac yang lalu menunjukkan sekolah telah berjaya merekodkan peratus kelulusan 92.2% berbanding 92.5% yang direkodkan pada tahun 2016.  Ini bermakna dari sejumlah 194 orang calon yang menduduki SPM 2017, seramai 179 orang calon telah lulus dan layak mendapat sijil. Satu majlis ringkas yakni Majlis Penyerahan Slip Keputusan kepada semua calon telah diadakan di Dewan OKK Mat Zakir. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir. Turut hadir ialah En. Ag. Alimat @ Affandy Hj. Abas, mantan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Majakir.

Analisa keputusan menunjukkan seramai 93 orang calon (47.9%) telah lulus semua mata pelajaran dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred E bagi semua mata pelajaran yang diambil. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2% berbanding pencapaian SPM 2016.

Secara keseluruhan sebanyak 5 mata pelajaran telah mencatat peningkatan peratus kelulusan. 3 mata pelajaran yang berjaya mencatat peningkatan peratus kelulusan tertinggi ialah ; Tasawwur Islam (90.2%, meningkat 16.3%), Matematik (80.9%, meningkat 15.7%) dan Matematik Tambahan (70.1%, meningkat 5.6%). Sebanyak 10 mata pelajaran telah mencatat penurunan peratus kelulusan dan 3 mata pelajaran dengan penurunan peratus kelulusan tertinggi adalah seperti berikut ; Geografi (55%, merosot 45%), Perdagangan (36.5%, merosot 39%) dan Pendidikan Moral (91.6%, merosot 8.4%). Untuk rekod, sebanyak 7 mata pelajaran telah berjaya mengekalkan peratus kelulusannya dan dari jumlah tersebut 6 mata pelajaran berjaya mengekalkan 100% kelulusan. Mata pelajaran tersebut ialah ; Fizik, Biologi, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat dan Bahasa Arab manakala mata pelajaran Pendidikan Islam mengekalkan peratus kelulusan 91.7%.

Dari segi kualiti, sekolah telah mencatatkan 5.54 Gred Purata Sekolah (GPS) berbanding 5.65 pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 0.11. Daripada 22  mata pelajaran, 11 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) manakala 11 mata pelajaran menunjukkan penurunan GPMP. 3 mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi GPMP ialah Pendidikan Moral (2.67, meningkat 2.48), Matematik (5.07, meningkat 1.40) dan Bahasa Arab (3.89, meningkat 0.81) manakala 3 mata pelajaran yang menurun pencapaian GPMP ialah Geografi (7.40, menurun 1.76), Kesussasteraan Melayu (5.07, menurun 1.25) dan Perdagangan (8.56, menurun 0.76).

Para mantan calon bersama ibu bapa menanti pengumuman keputusan SPM bagi sekolah 2017.

Pengumuman pencapaian sekolah dalam SPM 2017 telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Pelajar mendapatkan slip keputusan dari Guru Kelas 2017.

Berikut merupakan antara pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2017.

Nur Syafiqah Fitri Binti Mohd Azman – 5A, GPMP 4.10

Dg Siti Norain Natasha Binti Mohiddin – 5A, GPMP 3.44

Edna Titus – 6A, GPMP 2.78

Dg. Nur Sabrina Binti Ag. Buhtamam – 5A, GPMP 2.56 

Emmilya Binti Bakri – 5A, GPMP 2.44

Yahya Bin Saini – 6A, GPMP 2.11

Nur Hamisyah Binti Mohd Yamin – 6A, GPMP 2.11

Nurul Adlin Binti Bahrinuddin – 6A, GPMP 1.90

Nur Eshalizah Binti Roslan – 6A, GPMP 1.67

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2017. Semoga segala urusan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi selepas ini dipermudahkan.