14 Julai 2018 (Sabtu) – Aktiviti anjuran Jawatankuasa SERASI Sekolah ini telah diadakan pada 23 Mac yang lalu. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat khususnya di dalam aspek penjagaan alam sekitar. Kampung Daingin Ulu Kimanis dipilih kerana kebanyakan penduduk di sini merupakan petani yang menanam tanam-tanaman secara kecil-kecilan. Kesanggupan dan kesudian Ketua Kampung untuk menerima kedatangan pihak sekolah untuk membuat promosi membuat Baja Takakura juga antara faktor utama mengapa Kampung Daingin dipilih untuk aktiviti SERASI sekolah kali ini. Oleh itu pada tarikh tersebut seramai 12 orang pelajar Skuad Kembara Hijau sekolah bersama 6 orang guru dan Pentadbir Sekolah telah bertolak ke Kampung Daingin. Rombongan telah diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Pihak Pentadbir Sekolah bersama Pn. Helen, tuan rumah yang sudi menyediakan lokasi yang selesa untuk aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.

Antara ahli Skuad Kembara Hijau yang dapat hadir untuk aktiviti kali ini.

Ahli Skuad Kembara Hijau memeriksa bahan-bahan keperluan untuk aktiviti demostrasi membuat Baja Takakura.

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat kampung amat mengujakan pihak sekolah.

Ketua kampung, AJK kampung bersama Pn. Helen.

Ucapan alu-aluan oleh Pn. Aerinah, wakil sekolah untuk memberi penerangan ringkas mengenai tujuan kedatangan rombongan sekolah ke Kampung Daingin dan aktiviti yang akan dilakukan bersama dengan para hadirin.

Ucapan oleh Ketua Kampung Pn. Elsie M.

Taklimat ringkas oleh Cik Jennifer mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk mengurangkan ancaman terhadap alam sekitar.

Pn. Hajijah Hasan memberi respon terhadap beberapa soalan yang dikemukakan oleh penduduk kampung.

Cendera Kenangan dari pihak sekolah yang diterima oleh Pn. Elsie M, Ketua Kampung, Kampung Daingin, Ulu Kimanis.

Demonstrasi menyediakan Jus Masam dan Jus Manis untuk membuat Baja Takakura oleh pelajar-pelajar Skuad Kembara Hijau.

Hasil yang diperolehi dibandingkan dengan hasil fermentasi selama 1 minggu (sedia untuk digunakan).

Cara menyediakan Baja Takakura dengan menggunakan sekam padi dan habuk kayu sebagai bahan asas baja (bertindak sebagai medium pembiakan bakteria pengurai) yang akan dicampurkan dengan sisa-sisa makanan terbuang.

Bahan asas baja perlu digaul sekata dengan jus yang sudah tertapai supaya sebaran pembiakan bakteria pengurai lebih meluas.

Bahan asas baja perlu digaul setiap hari untuk tempoh masa seminggu untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki sebelum dicampurkan dengan sisa makanan untuk dijadikan baja.

Bahan asas baja ditutup rapi untuk menghalang dari dihinggapi oleh lalat yang boleh menyebabkan  baja menjadi busuk dan berulat.

Tetap ceria ahli-ahli Skuad Kembara Hijau bersama Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Cendera kenangan sebagai tanda terima kasih dari pihak sekolah kepada Pn. Helen.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti bersama. semoga sedikit ilmu yang dikongsikan akan membawa perubahan yang signifikan dalam kalangan penduduk kampung.