01 September 2018 (Sabtu) – Mesyuarat Agung PIBG SMK Majakir merupakan salah satu program di bawah Sarana Ibu Bapa dan telah dijalankan pada 07 April yang lalu. Secara umumnya aktiviti sarana ini diadakan khas untuk membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah berkongsi idea dan seterusnya membentuk jaringan bersepadu yang dapat menyokong pembelajaran anak-anak di sekolah. Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini telah dirasmikan oleh En. Ag. Arshad Ag. Kahar, UPPM N22 Pantai Manis Papar.

Objektif mengadakan Mesyuarat Agung kali ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti setempat dan pihak sekolah.
  • Untuk mendapatkan sokongan 100% dari pihak PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjayakan program-program sekolah khususnya yang melibatkan pelajar.
  • Untuk memberi ruang kepada ibu bapa dan pihak sekolah menambahbaik program sedia ada bagi menyokong pembelajaran pelajar agar mencapai kecemerlangan holistik.
  • Untuk melantik AJK PIBG yang baru bagi sesi 2018/2020.

Di majlis ini juga telah diadakan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pelajar yang telah mendapat kejayaan cemerlang di dalam Peperiksaan PT3, SPM dan STPM pada tahun 2017. Sekolah juga telah memberi penghargaan : Anugerah Harapan kepada para pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan dalaman sekolah sepanjang sesi 2017/2018.

Pendaftaran para guru dan ibu bapa yang hadir.

Taklimat mengenai Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) kepada ibu bapa yang hadir yang telah disampaikan oleh En. Durahman Ramlee Ag. Wahap, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Majakir.

Barisan Pentadbir Sekolah bersama YDP PIBG Sekolah yang turut mendengar taklimat berkaitan dengan Program SUMUR.

Taklimat mengenai Program Transformasi Sekolah (TS25) yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Sedikit kudapan yang disediakan oleh AJK Makanan untuk santapan para hadirin.

Barisan Exco Tertinggi PIBG mengambil tempat di pentas dewan untuk memulakan sesi Mesyuarat Agung.

Suasana di dalam Dewan Jubli Perak – Kehadiran ibu bapa kurang memuaskan pada tahun ini.

YDP PIBG menjawab seperkara yang dibangkitkan oleh pihak ibu bapa.

Pn. Hermah, Setiausaha PIBG sedang melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama oleh pihak PIBG dan sekolah sepanjang sesi 2017/2018.

Pn. Amanda, bendahari PIBG sedang melaporkan status kewangan semasa PIBG.

Wakil ibu bapa memohon penjelasan mengenai beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pada tahun ini.

Seorang ibu yang mempunyai anak yang tinggal di Asrama SMK Majakir mencadangkan agar pihak sekolah bersama dengan pihak PIBG menyediakan satu pakaian khas untuk dipakai oleh pelajar asrama yang keluar dari kawasan sekolah.

Ketibaan perasmi, En. Ag. Arshad Ag. Kahar yang diiringi oleh Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

En. Sapri Marup dilantik sebagai Pengerusi Sementara untuk proses pemilihan Barisan Exco Tertinggi PIBG (Ibu Bapa) bagi sesi 2018/2020.

Wakil guru mencadangkan satu nama untuk calon Pengerusi PIBG.

Proses pengundian sedang dijalankan.

Barisan Exco Tertinggi PIBG yang baru diketuai oleh YDP, En. Ag. Nasip B. Yunus, Naib YDP, En. Yusri B. Masri dan AJK Tertinggi : En. Ag. Tuah Hj. Ag. Aman, En. Fauzi B. Osman, En. Mohd Fadzil Mohd. Tahir, Pn. Sauyah Sigun dan Pn. Rosie Paitoh.

Ucapan Perasmian oleh En. Ag. Arshad Ag. Kahar, UPPM N22 Pantai Manis Papar.

Di majlis ini juga telah disampaikan Hadiah & Sijil kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PT3, SPM dan STPM tahun 2017. Ini sebagai tanda penghargaan pihak PIBG terhadap usaha bersama antara pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah.

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu Anugerah Pelajar Harapan juga telah disampaikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk sesi persekolahan 2017/2018.

Anugerah Pelajar Harapan – Adik Prisca Elvera Jipius, calon PT3 2018.

Anugerah Pelajar Harapan – Adik Ainul Izzati Bte Anuar, calon SPM 2018.

Anugerah Pelajar Harapan – Adik Noor Aini Bte Abdul Rahman, calon STPM 2018.

Anugerah Pelajar Harapan Kokurikulum – Adik Muhammad Arash Aiman B. Ahmad.

Anugerah Khas HEM – Adik Mohd Hazizul Abd Wahab – Pelajar Contoh Tingkatan 6A4.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada mantan YDP PIBG dan barisan Exco Tertinggi PIBG Sesi 2016/2018.

This slideshow requires JavaScript.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Transformasi Sekolah (TS25) telah disempurnakan oleh En. Ag. Nasip B. Yunus, YDP PIBG yang baru.

Acara Kemuncak – Cabutan Tiket Bertuah.

Antara pelajar yang bertuah yang mendapat set memasak.