04 September 2018 (Selasa) – MAKS merupakan antara hari yang amat dinanti-nantikan oleh warga sekolah khususnya warga pelajar. Ianya merupakan acara tahunan dalam kalender persekolahan. Majlis yang diadakan pada 18 April yang lalu adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar dan guru-guru yang cemerlang di dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum sepanjang tahun 2017. Selain itu majlis ini juga dijadikan sebagai platfom bagi pihak sekolah untuk memberi aprisiasi kepada pihak-pihak luar khususnya stake holder yang banyak membantu sekolah. Bantuan dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan kepakaran membolehkan usaha pihak sekolah untuk menjana kecemerlangan dalam kalangan pelajar menjadi satu realiti.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah melantik Pn. Nurimah Malie, Ketua Bidang Sains Dan Matematik selaku penyelaras dan dibantu oleh Pn. Masnah Yunus, Setiausaha dan Pn. Noneh Ahmad sebagai Bendahari. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh mantan YB Datuk Hjh Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin. Majlis telah diadakan pada 18 April yang lalu

Di majlis ini telah disampaikan anugerah-anugerah seperti berikut :-

  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum –
    • Kategori Individu
    • Kategori Berpasukan.
  • Anugerah Khas Kokurikulum
    • Kategori Individu dan
    • Kategori Berpasukan.
  • Anugerah Kecemerlangan HEM
    • Kehadiran 100% sepanjang 2017.
    • Merit Tertinggi –
      • Kategori Terbilang
      • Kategori Gemilang
      • Kategori Cemerlang
    • Pelajar Asrama Terbaik –
      • Aspura
      • Aspuri
    • Kepimpinan Pelajar 2017
    • Pengurusan Kelas Terbaik 2017
      • Menengah Rendah
      • Menengah Atas
    • Anugerah Khas HEM
  • Anugerah Kecemerlangan Kurikulum
    • Pelajar Terbaik mengikut subjek (Tg.1, 2 dan 4).
    • Pelajar Cemerlang mengikut kelas ( Tg. 1, 2 dan 4)
    • Pelajar Cemerlang STPM Penggal 1.
    • Mata Pelajaran Dengan Pencapaian 100% Kelulusan
      • PT3
      • SPM
      • STPM
    • Mata Pelajaran Mencapai KPI SPM 2017
    • Terbaik MUET 2017.
    • Pelajar Cemerlang
      • PT3 2017
      • SPM 2017
      • STPM 2017
  • Anugerah Khas Pengetua
    • Kategori Guru
    • Kategori Pelajar
      • Aliran Perdana
      • Prauniversiti

Barisan Kehormatan yang terdiri dari Unit-Unit Berunifom SMK Majakir bersiap sedia di luar Dewan Jubli Perak.

Pembawa Bunga Manggar bersama guru Kaunselor.

Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir bersama ahli-ahli Pasukan Kompang sekolah.

Ketibaan perasmi disambut oleh barisan pentadbir sekolah dan wakil PPD.

Perasmi menerima laporan dari adik Mohammad Afiq Ikram Bin Saad, Ketua Barisan Kehormatan.

Perasmi diiringi oleh Pengetua Cemerlang memeriksa Barisan Kehormatan.

Perasmi dan para tetamu dipertontonkan dengan persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi yang dibimbing oleh En. Mursyid Soadik.

Guru-guru dan AJK yang bertugas di meja pendaftaran.

Ucapan alu-aluan Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan perasmian mantan YB Hjh. Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin.

Suasana di dalam Dewan Jubli Perak di mana majlis sedang berlangsung.

Guru-guru meneliti buku program yang disediakan oleh AJK Buku Aturcara.

Perasmi menerima cenderakenangan iaitu buku terbitan DBP yang ditulis oleh Pn. Dg. Nazirah Tahir, Guru Pendidikan Moral SMK Majakir.

Disebabkan oleh jadual mantan YB yang agak padat, aturcara majlis telah diubahsuai di saat akhir untuk memberi laluan kepada mantan YB untuk menyampaikan beberapa Anugerah Utama kepada para pelajar.

Adik Dayang Izzwiena Bte A. Roslie – Pelajar Cemerlang PT3 – 10A.

Adik Nur Syafiqah Bte Elias – Pelajar Cemerlang PT3 – 10A.

Adik Taqieyuddin Abdullah B. Durahman – Pelajar Cemerlang PT3 – 10A.

Adik Nur Eshalizah Bte Roslan – Pelajar Terbaik SPM (Aliran Sains) – 4A+, 2A, 2B, 1C (GP 1.67).

Adik Fitri Nur Muhajir Isagani – Pelajar Terbaik STPM 2017 – 4A (GP 4.00)

Persembahan Boria oleh ahli-ahli Kelab Kebudayaan di bawah seliaan Pn. Zuraidah Bte Zainuddin.

Persembahan Choral Speaking dengan tajuk yang bertemakan alam sekitar.

Berikut merupakan senarai penuh penerima anugerah dalam MAKS 2017 :-

  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum –
    • Kategori Individu – Unit Beruniform
      • Bradwales Wong (Karate Do)
        • Kejohanan Karate Kadet Remaja Bawah 21 tahun Peringkat Kebangsaan
        • Naib Johan Individu Kata & Tempat ke-3 Individu Kumite di Kejohanan Karate Milo Open Kuala Lumpur.
        • Johan Kata di Kejohanan Karate Sukan Sabah (SAGA) VIII Sandakan.
        • Johan Individu Kumite & Naib Johan Individu Kata di Kejohanan Karate 16th Sabah State Cadet, Junior and Under 21 Peringkat Negeri  Sabah.
        • Gangsa Kata & Gangsa Kumite di Kejohanan Karate Terbuka Tambunan.
        • Penyertaan di 6th Sabah State Secondary School Karate Championship
      • Cairolla Cheverry Wong Yee Ying (Karate Do)
        • Johan Kumite di Kejohanan Sabah State Cadet, Junior and Under 21 Peringkat Negeri  Sabah.
        • Johan Kumite di Kejohanan Karate Senior Peringkat Negeri Sabah.
        • Johan Kumite di Kejohanan Karate Makaf Cadet, Junior and Under 21 Peringkat Negeri Sabah.
        • Penyertaan di Kejohanan Karate Indonesia – South East Asia Karate Federation
    • Kategori Individu – Unit Sukan & Permainan
      • Abdul Rahimie B. Matusin (Sepak Takraw)
        • Naib Johan di Kejohanan Sukan SAGA Sepak Takraw Peringkat Negeri Sabah.
        • Naib Johan di Kejohanan Sepak Takraw MSSD Papar Peringkat Daerah Papar.
        • 2 Emas di Kejohanan Sepak Takraw MSS Zon Selatan Peringkat Bahagian.
        • Suku Akhir di Karnival LISUS Sepak Takraw Zon Pantai Barat.
        • Penyertaan di Kejohanan Sepak Takraw MSS Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kelantan.
        • Penyertaan di Kejohanan Sepak Takraw Sukan Maksak Peringkat Negeri Sabah.
      • Mohd Redzuan B. Ismail (Ragbi)
        • Tempat ke-2 di Kejohanan Ragbi 7′ St. Michael Peringkat Negeri Sabah.
        • Tempat ke-2 di Kejohanan Ragbi Piala Datuk Walter Nair Peringkat Negeri Sabah.
        • Tempat ke-2 di Kejohanan Ragbi ERC 7′ Peringkat Negeri Sabah.
        • Tempat ke-2 di Kejohanan Ragbi Labuan 10′ Peringkat Kebangsaan
        • Tempat ke-6 di Kejohanan Ragbi NRDP 7′ Peringkat Kebangsaan di Kuching.
        • Penyertaan di Kejohanan Ragbi MSSM-Milo Peringkat Negeri (Sabah) dan Kebangsaan (Ipoh).
        • Penyertaan di Kejohanan Ragbi NRDP Malaysia Timur 10′ Under 16 Peringkat Kebangsaan.
    • Kategori Individu – Unit Kelab & Persatuan
      • Nur Izreen Syahirah Bte Abidin (Kelab Bahasa Inggeris)
        • Timbalan Pengerusi Kelab Bahasa Inggeris.
        • Penyertaan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Papar.
        • Penyertaan dalam Persidangan Perdana Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan.
        • Penyertaan dalam Bulan Kebajikan Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Bangi
    • Kategori Berpasukan – Kadet Polis
      • Guru Penasihat – Pn. Marzanah Matjanih.
        • Tempat ke-3 di Pertandingan Kawad Kaki Kategori Individu Peringkat Daerah Papar.
        • Johan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Berpasukan Peringkat Daerah Papar.
        • Johan Ketua Platun Wanita Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Sabah.
        • Johan Kategori Berpasukan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Sabah.
    • Kategori Berpasukan – Kelab Takraw
      • Guru Penasihat – Tn. Hj. Kaharuddin B. Yusupala.
        • Johan & Naib Johan Bawah 15 dan Johan Bawah  18 di Kejohanan Sepak Takraw MSSD Peringkat Daerah Papar.
        • Johan & Naib Johan Bawah 15 dan Johan & Naib Johan Bawah  18 di Kejohanan Sepak Takraw MSS Zon Selatan Peringkat Bahagian.
        • Johan Bawah 15 & Naib Johan Bawah 18 di Kejohanan sepak Takraw MSS Sabah Peringkat Negeri Sabah.
        • Tempat ke-3 di Karnival LISUS Sepak Takraw Zon Pantai Barat.
        • Naib Johan di Kejohanan Sukan SAGA Sepak Takraw Peringkat Negeri Sabah.
    • Kategori Berpasukan – Kelab Bahasa Inggeris
      • Guru Penasihat – Pn. Zanah Mohd Fauzie.
        • Penyertaan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Daerah Papar.
        • Penyertaan dalam Program United State Navy Outreach di SMK Takis.
        • Program HIP – Anything goes with English dan PBL Breaking Borders Presentation Of Learning Peringkat Daerah Papar.
  • Anugerah Khas Kokurikulum
    • Kategori Individu
      • Dayang Nur Syazana Ag. Buhtamam
        • Penyertaan UNESCO MGIEP-DICE Workshop Peringkat Antarabangsa di New Delhi, India.
        • Penyertaan Smart ELT Proper Leadership Peringkat Daerah Papar.
        • Mewakili daerah Papar dalam Pra SAGA Bola Jaring Peringkat Negeri Sabah.
        • Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Merdeka Peringkat Daerah Papar.
        • Penyertaan Pertandingan Kawad Kaki Merdeka Peringkat Negeri Sabah.
        • Penyertaan 110th Years World Scounting International Run.
      • Siti Norzalina Jaibit
        • Penyertaan UNESCO MGIEP-DICE Workshop Peringkat Antarabangsa di New Delhi, India.
        • Penyertaan dalam Perarakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Papar.
        • Johan Pertandingan Video Promo Makanan Kelab Pelancongan Peringkat Sekolah.
        • Tempat ke-2 Idol Raya Kelab Pelancongan Peringkat Sekolah.
        • Tempat ke-2 Pertandingan Kawad Kaki NGO Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah.
    • Kategori Kumpulan – Pasukan Ragbi
      • Guru Penasihat – En. Raynald Ahlai
        • Penyertaan di Kejohanan Ragbi NRDP 7′ Peringkat Kebangsaan di Johor.
        • Penyertaan di Kejohanan Ragbi NRDP Malaysia Timur 10′ U16 Peringkat Kebangsaan.
        • Penyertaan di Kejohanan Ragbi Liga Kota Kinabalu Peringkat Negeri Sabah.
        • Naib Johan Kejohanan Ragbi Labuan 10′ Peringkat Kebangsaan.
        • Naib Johan Kejohanan Ragbi Piala Datuk Walter Nair Peringkat Negeri Sabah.
        • Naib Johan Kejohanan Ragbi 7′ Papar Peringkat Negeri Sabah.
        • Tempat ke-3 Kejohanan Ragbi MSS Peringkat Bahagian Selatan.
  • Anugerah Kecemerlangan HEM
    • Kehadiran 100% sepanjang 2018
      • Seramai 80 orang penerima Sijil Penghargaan
        • 18 orang pelajar Prauniversiti.
        • 8 orang pelajar Tingkatan 5.
        • 8 orang pelajar Tingkatan 4.
        • 18 orang pelajar Tingkatan 3.
        • 9 orang pelajar Tingkatan 2.
        • 19 orang pelajar Tingkatan 1.
    • Merit Tertinggi –
      • Kategori Terbilang – Nur Afiqah Bte Jailani (1107 merit).
      • Kategori Gemilang – Wan Hana Sofea Bte Wan Ahmad Syukri (844 merit).
      • Kategori Cemerlang – Wan Hani Shahrin B. Wan Ahmad Syukri (685 merit).
    • Pelajar Asrama Terbaik –
      • Aspura – Taqieyuddin Abdullah B. Durahman.
      • Aspuri – Edna Titus.
    • Kepimpinan Pelajar 2017
      • Nur Illieyana Bte Junaidie.
    • Pengurusan Kelas Terbaik 2017
      • Menengah Rendah – Ustazah Dg. Noraidah Ak. Arsat (3 KAA).
      • Menengah Atas – Pn. Hasniati Abdul Rahim (5 Teknologi).
    • Anugerah Khas HEM
      • Guru – Noraini Bte Midin (Unit Kesihatan).
      • Pelajar – Mohammad Arash Aiman (Kelas 4 Teknologi).
  • Anugerah Kecemerlangan Kurikulum
    • Mata Pelajaran Dengan Pencapaian 100% Kelulusan
      • PT3
        • Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Kemahiran Hidup (Teknikal, Pertanian, ERT, Perdagangan).
      • SPM
        • Fizik, Biologi, Bahasa Arab, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Pendidikan Seni Visual.
      • STPM
        • Sejarah, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
    • Mata Pelajaran Mencapai KPI SPM 2017
      • Pendidikan Moral, Matematik, Fizik, Pendidikan Seni Visual.
    • Terbaik MUET 2017.
      • Daniel Pelip (Band 5 – 235/300).

Penerima Anugerah Kecemerlangan Kurikulum mengikut Tingkatan adalah seperti berikut :

  • Tingkatan 1

  • Tingkatan 2

  • Tingkatan 4

Berikut merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang PT3 2017 :-

This slideshow requires JavaScript.

Berikut merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2017 :-

This slideshow requires JavaScript.

Berikut merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2017 :-

This slideshow requires JavaScript.

Berikut merupakan penerima Anugerah Khas Pengetua :-

  • Kategori Guru

Pn. Normahani Jamaludin.

Penglibatan dan pencapaian :-

  • Guru Penyelaras Bestari SMK Majakir.
  • Guru Penyelaras FrogVLE SMK Majakir.
  • Jurulatih Utama FrogVLE Daerah Papar.
  • Pengerusi Permuafakatan Guru Penyelaras Bestari Daerah Papar.
  • Frog Teacher Gold Advocate.
  • Pemimpin Google Educator Group Papar.
  • Jurulatih Utama eRPH PPD Papar.
  • Admin Facebook Group PLC Pendidik21 Sabah.
  • Admin Instagram Rasmi SMK Majakir.
  • Ahli SmartELT21 Evo PPD Papar (Inovasi PBL & PDPC).
  • Penceramah jemputan Bengkel-Bengkel Digital Classroom.
  • Guru Pembimbing dan Penyelaras Program The Language Labs dan Digital Intercultural Exchange anjuran UNESCO MGIEP, New Delhi, India.
  • Penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Bahan Bantu Mengajar Peringkat PPD Papar.
  • Penyertaan dalam Simposium NEMO Peringkat Negeri Sabah (Pembentang).
  • Penyertaan dalam Pertandingan Inovasi PdPc IPG Gaya Peringkat Negeri Sabah.
  • Penyertaan dalam MELTA KK Chapter Conference 2017 Peringkat Negeri Sabah (Penceramah).
  • Penyelaras penyertaan sekolah dalam Karnival Project-Based Learning Peringkat Daerah Papar.

 

  • Kategori Pelajar

Wakil adik Mohammad Shahrul B. Abdul Razak.

Penglibatan dan pencapaian :-

  • Ketua Pelajar SMK Majakir.
  • Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Majakir 2016-2017.
  • Penerima Anugerah Khas Pengetua – Pengerusi MPPPU 2017.
  • AJK Persatuan Pengakap Laut.
  • AJK Kelab Pengajian AM.
  • AJK Kelab Bola Tampar.
  • Penyelaras Karnival Sukan Prauniversiti Peringkat Sekolah.
  • Urusetia Karnival Sukan Prauniversiti Peringkat Daerah Papar.
  • Jawatankuasa Kem Kepimpinan Pengawas di ODEC Universiti Malaysia Sabah.
  • Penyelaras Minggu Orientasi 6 Bawah Prauniversiti.

Adik Cairola Cheverry Wong Yee Ying.

Penglibatan dan pencapaian :-

  • Johan Kumite di Kejohanan Sabah State Cadet, Junior and Under 21 Peringkat Negeri  Sabah.
  • Johan Kumite di Kejohanan Karate Senior Peringkat Negeri Sabah.
  • Johan Kumite di Kejohanan Karate Makaf Cadet, Junior and Under 21 Peringkat Negeri Sabah.
  • Penyertaan di Kejohanan Karate Indonesia – South East Asia Karate Federation
  • Penyertaan dalam Kejohanan Sukan Olahraga SMK Majakir acara balapan dan lompat jauh (4 emas, 1 perak).
  • Tempat ke-2 Larian KPM Peringkat Sekolah.
  • Tempat ke-17 Larian KPM Peringkat Daerah Papar.
  • Pengerusi Kelab Karate-Do SMK Majakir.
  • Setiausaha Kelab Ragbi SMK Majakir.
  • Bendahari Kelab Kerjaya SMK Majakir.