12 September 2018 (Rabu) – Lawatan Penandaarasan anjuran bersama Jawatankuasa SUMUR dan Panitia Pendidikan Islam SMK Majakir ini telah diadakan pada 27 April yang lalu. Rombongan yang terdiri dari 10 orang guru dan 24 orang pelajar telah diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir. Turut hadir ialah En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM, Ustaz Ahmad Abrian, Ketua Panitia Pendidikan Islam selaku Pengerusi Jawatankuasa SUMUR, Cik Liew Su Yeen, AJK Jualan Koperasi, Guru-guru Kaunselor, Guru-guru Panitia Pendidikan Islam, Guru (AJK SUMUR) dan Skuad SUMUR (Pelajar).

SMK Badin dipilih sebagai destinasi lawatan berdasarkan merit di mana SMK Badin merupakan Sekolah Terbaik Pelaksanaan Program SUMUR Peringkat Kebangsaan 2017. SMK Majakir seperti juga SMK Badin merupakan Sekolah Rintis Program Transformasi Sekolah (TS25) yang merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti tinggi. Pelaksanaan Program SUMUR di sekolah adalah selaras dengan hasrat TS25 iaitu untuk melahirkan modal insan yang unggul.

Pada dasarnya tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada ahli Jawatankuasa SUMUR sekolah tentang pengurusan dan pembudayaan aktiviti SUMUR yang telah berjaya dilaksanakan di SMK Badin setahun yang lalu. Melalui sesi perkongsian yang telah diadakan, adalah diharapkan kedua-dua pihak dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan menambahbaik aktiviti sedia ada agar dapat mencapai KPI yang ditetapkan pada tahun ini.

Selain itu pencapaian cemerlang Koperasi SMK Badin di peringkat kebangsaan mencetuskan keinginan di pihak sekolah untuk belajar dan seterusnya mempraktikan apa yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan Koperasi SMK Badin.

Barisan Pentadbir sekolah dan sebahagian dari guru-guru yang mengikuti Lawatan Penandaarasan Program SUMUR di SMK Badin Tuaran.

Skuad SUMUR yang terdiri dari pelajar-pelajar dari Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Sambutan meriah terhadap rombongan sekolah oleh Kelab Kebudayaan & Pelancongan SMK Badin.

Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir mengetuai rombongan diiringi oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan SMK Majakir.

Guru-guru bersalaman sebagai tanda perkenalan.

Sesi perkongsian ilmu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama.

Ustaz Ahmad Abrian, Pengerusi Jawatankuasa SUMUR bersama Ustaz Kaharuddin Yusupala.

Ucapan wakil Pengetua, Pn. Noryusni Mohd Yusuf, Penolong Kanan HEM SMK Badin Tuaran.

Pelajar menimba ilmu berharga melalui sesi perkongsian ilmu yang telah diadakan.

Ucapan balas oleh Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Penyampaian cenderahati dari SMK Majakir kepada SMK Badin.

Penyampaian cenderahati dari SMK Badin kepada SMK Majakir.

Taklimat pengurusan SUMUR SMK Badin oleh Pn. Mardiaty, Guru Penyelaras SUMUR.

Taklimat pengurusan Koperasi SMK Badin Berhad oleh Ustaz Akram Azizan.

Perkongsian mengenai aktiviti Coop Istac Koperasi SMK Badin Berhad disampaikan oleh wakil pelajar.

Lawatan ke Bilik Pameran Coop Istac Koperasi SMK Badin Berhad.

Kenangan bersama Kelab Kebudayaan SMK Badin.

Lawatan ke Taman Replika SMK Badin.

Sesi perkongsian ilmu guru-guru Panitia Pendidikan Islam SMK Badin dan SMK Majakir.