12 September 2018 (Rabu) – Program anjuran Jawatankuasa Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) dan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) SMK Majakir ini telah diadakan pada 09 – 23 April yang lalu. Jawatankuasa SERASI dan SLAAS sekolah telah berkerjasama khususnya dengan Unit Kokurikulum sekolah untuk menganjur beberapa aktiviti serta pertandingan yang melibatkan pelajar di sekolah. Kesemua aktiviti serta pertandingan yang diadakan adalah untuk menyemai dan memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Oleh itu program ini mensasarkan semua warga pelajar sekolah dengan memberi penekanan kepada perubahan minda, sikap dan perlakuan ke arah mencintai alam sekitar.

Antara objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut :-

  • Memupuk kesedaran dan kepekaan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah terhadap alam sekitar dan melahirkan sikap keprihatinan terhadap alam sekitar.

  • Menambah pengetahuan para pelajar dan warga sekolah tentang isu-isu alam sekitar yang perlu ditangani bersama.

  • Meningkatkan keterlibatan para pelajar dan warga sekolah di dalam meningkatkan kualiti alam sekitar.

  • Mengembangkan kebolehan para pelajar dan warga sekolah  menilai dan memahami bahawa setiap pembangunan perlu menitikberatkan penggunaan sumber alam semulajadi secara lestari.

Berikut merupakan antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh program ini berlangsung :-

  • Pelancaran Program Minggu Alam Sekitar & Kempen 1 Murid 1 Bunga – 09 April 2018.

Majlis pelancaran telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn, Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Kempen 1 Murid 1 Bunga – wakil pelajar menyampaikan sepohon pokok bunga kepada pihak sekolah.

En. Suhaimi, Pengerusi KESMA menyampaikan sepohon pokok bunga kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan terhadap program yang dilaksanakan.

  • Jualan ‘Bundle 5R’ – 14 April 2018

Jualan barangan terpakai atau barangan yang tidak lagi perlukan oleh guru atau pelajar.

Sebahagian hasil jualan didermakan kepada Tabung SERASI untuk membiayai aktiviti-aktiviti SERASI.

Sebilangan item boleh diambil secara percuma oleh pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari para pelajar.

Antara item yang dijual pada harga yang sangat berpatutan – konsep berbelanja sambil menderma.

Jurujual sukarela – Ahli-ahli Skuad Kembara Hijau SERASI.

  • Green-robik – 12 April 2018.

Aktiviti dijalankan semasa slot 1M1s yang diadakan di Dewan Jubli Perak SMK Majakir.

Penglibatan semua pelajar – penekanan pada elemen penjagaan kesihatan demi kesejahteraan hidup selari dengan penjagaan alam sekitar untuk kelangsungan kehidupan manusia.

Semasa aktiviti ini juga telah dilancarkan Kempen Drink Move & Be Strong.

  • Gotong Royong Projek Bumi Hijau – 21 April 2018.

Gotong royong melibatkan pihak pentadbir sekolah, guru-guru, kakitangan AKS, wakil PIBG dan pelajar asrama. Turut hadir ialah En. Ag. Nasip, YDP PIBG SMK Majakir.

Membina batas sayur di kawasan Projek Bumi Hijau yang terletak di belakang Makmal Sains sekolah.

Menanam Pokok Serai Wangi.

Menanam benih sayur.

Berikut merupakan antara aktiviti pertandingan aktiviti SERASI dalam Kokurikulum yang telah dijalankan sepanjang Minggu Alam Sekitar :-

  • Pertandingan Creative Choral Speaking – 11 April 2018.

Salah satu kumpulan pelajar yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Creative Choral Speaking yang mesejnya adalah bertemakan alam sekitar.

Penyertaan dari pelajar amat menggalakkan.

Kumpulan Lawrensium yang berjaya menjadi Johan dalam pertandingan pada kali ini.

Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat serta AJK penganjur yang banyak membantu Unit MUET Prauniversiti SMK Majakir untuk menjayakan aktiviti yang julung kalinya diadakan.

  • Pertandingan Menghias Kek bertemakan alam sekitar – 11 April 2018.

Pertandingan anjuran Unit RIMAP Prauniversiti terbuka kepada pelajar Prauniversiti sahaja.

Hiasan kek harus mempunyai elemen alam sekitar.

Ketua kumpulan perlu membuat penerangan ringkas mengenai idea dan konsep hiasan kek yang ditampilkan kepada para juri pertandingan.

Sesi soal jawab antara ahli kumpulan dengan ketua juri.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian di dalam pertandingan menghias kek. Semua adalah pemenang, tiada pengalah.

Banyak lagi aktiviti lain yang telah dipertandingkan dan setiap satunya telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelajar. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :-

A. Pertandingan aktiviti SERASI dalam Kokurikulum 

  1. Pertandingan Menulis Esei & Puisi – Anjuran Kelab Bahasa Melayu.
  2. Pertandingan membuat Penanda Buku – Anjuran Kelab Keselamatan Jalan Raya.
  3. Pertandingan membuat Pamplet / Brosur – Anjuran Kelab Kewangan.
  4. Pertandingan menulis Esei & Puisi – Anjuran Kelab Bahasa Arab.
  5. Pertandingan menulis Esei & Puisi – Anjuran Kelab Bahasa Inggeris.
  6. Pertandingan membuat Buku Skrap – Anjuran Kelab Doktor Muda.
  7. Pertandingan membuat Kraftangan menggunakan bahan terbuang – Anjuran Kelab Sejarah.

B. Pertandingan aktiviti sepanjang Minggu Alam Sekitar

  1. Pertandingan Sudut Hijau.
  2. Pertandingan menulis Esei.
  3. Pertandingan Digital Fotografi.
  4. Pertandingan melukis Poster.
  5. Pertandingan melukis Poster & Poskad (3D) peringkat daerah Papar.

Kemuncak kepada Minggu Alam Sekitar yang telah diadakan ialah Majlis Sambutan Hari Bumi dan Penutupan Minggu Alam Sekitar yang telah diadakan pada 24 April 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Hadi Hj. Kassim, Setiausaha Sulit mantan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Majlis penutupan telah diadakan di Dewan Jubli Perak SMK Majakir.

Persembahan Choral Speaking oleh Kumpulan Young Little Warriors.

Kumpulan Young Little Warriors di bawah pimpinan Adik Angela Bong.

En. Hadi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Perasmian majlis beserta gimik pelancaran disempurnakan oleh perasmi dan disaksikan oleh En. Halim Abd Rahman (PPD Papar), En. Ag. Nasip B. Yunus (YDP PIBG) dan barisan Pentadbir sekolah.

Berikut adalah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingan sepanjang Minggu Alam Sekitar.

A. Bagi Pertandingan aktiviti SERASI dalam Kokurikulum

  • Pertandingan Menulis Esei anjuran Kelab Bahasa Melayu.

Tempat ke-3 : Adik Richard Nicholas (5 Sastera).

Naib Johan : Adik Dayangku Nur Armaya Bte Ak. Suhaimi (3 Dinamik).

Johan : Adik Emmy Nathra (5 Perdagangan).

  • Pertandingan Menulis Puisi anjuran Kelab Bahasa Melayu.

Tempat ke-3 :Adik Ain Nur Wahida Bte Azlan (3 Dinamik).

Naib Johan : Adik Farah Aishah Bte Mohd Fadli (3 Dinamik).

Johan : Adik Muhammad Ilham Bin Jamawal (4 KRK).

  • Pertandingan membuat Penanda Buku anjuran Kelab Keselamatan Jalan Raya.

Tempat ke-3 : Adik Mathilda Bte Pisol (4 Teknologi).

Naib Johan : Adik Haikal Kanapiah (2 Progresif).

Johan : Adik Lydia Sylvester (5 Sastera).

  • Pertandingan membuat Pamplet / Brosur anjuran Kelab Kewangan.

Tempat ke-3 : Adik Dg. Suhana Syamira Bte Yusdi (3 Progresif).

Naib Johan : Adik Nurul Ain Bte Mohd Saufi (4 Ekonomi).

Johan : Wakil adik Nur Fereny Izwan Bte Alan Chai (4 Ekonomi).

  • Pertandingan menulis Esei / Puisi anjuran Kelab Bahasa Arab.

Tempat ke-3 : Adik Salsabilla Syuhada Bte Ghazali.

Naib Johan : Adik Khairiah Bte Abd Malik (4 Teknologi).

Johan : Adik Izzati Jesnita (3 KAA).

  • Pertandingan menulis Esei / Puisi anjuran Kelab Bahasa Inggeris.

Tempat ke-3 : Adik Nur Syasya Natasha Bte Romie (3 Progresif).

Naib Johan : Adik Heidfeld Erven John (3 Dinamik).

Johan : Adik Nur Izreen Syahirah Bte Abidin (5 Teknologi).

  • Pertandingan membuat Buku Skrap anjuran Kelab Doktor Muda.

Tempat ke-3 : Adik Khairunnisa Akma Bte Jailani.

Naib Johan : Adik Hairul Nizam Bin Mohamad (2 Efisien).

Johan : Adik Nabilah Bte Asim.

  • Pertandingan membuat Kraftangan dari bahan terbuang anjuran Kelab Sejarah.

Tempat ke-3 : Adik Dygku Adlina Bte Ag. Alimat.

Naib Johan : Adik Nurhikmah Bte Ahmad.

Johan : Adik Nufrisya Shafiqa Bte Henry.

B. Pertandingan Aktiviti Sepanjang Minggu Alam Sekitar.

  • Pertandingan Sudut Hijau

Naib Johan : Wakil Tingkatan 5 Sains.

Johan : Wakil Tingkatan 4 Sains.

  • Pertandingan menulis Esei bertemakan alam sekitar (Kategori Menengah Bawah).

Naib Johan : Adik Mohamad Redzuan Azrul Nizam Bin Mohiddin (3 KAA).

Johan : Adik Syarina Nina Bte Azlan (1 KAA).

  • Pertandingan menulis Esei bertemakan alam sekitar (Kategori Menengah Atas).

Tempat ke-3 : Adik Siti Nur Izzatul Azzwin Bte Ahmad Sabli (4 Teknologi).

Naib Johan : Adik Siti Izza Natasha Bte Lasim (5 Sains).

Johan : Adik Rasyidah Aqilah Bte Yahya (5 Sains).

  • Pertandingan Digital Fotografi.

Tempat ke-3 : Adik Mohammad Afif Bin Jais (5 Sains).

Naib Johan : Adik Fazilah Bte Abd Samad (5 Sains).

Johan : Adik Ag. Abd Rahim Norazuan Bin Mohiddin (4 Teknologi).

  • Pertandingan Creative Choral Speaking.

Tempat ke-3 : Wakil Kumpulan Young Little Warriors.

Naib Johan : Wakil Kumpulan Secret Weapon.

Johan : Wakil Kumpulan Lawrensium.

  • Pertandingan Menghias Kek.

Tempat ke-3 : Wakil Kumpulan Fazlin’s Deco Team.

Naib Johan : Wakil Kumpulan Walterz.

Johan : Wakil Kumpulan Pocoyo.

  • Pertandingan Melukis Poster.

Tempat ke-3 : Adik Marcella Venchin (5 KRK).

Naib Johan : Adik Sorros Felicisimo (3 Dinamik).

Johan : Adik Mathilda Pisol (4 Teknologi).

C. Pertandingan Melukis Poster & Poskad (3D) Peringkat Daerah Papar.

  • Poster Kategori Sekolah Menengah.

Tempat ke-3 : Wakil adik Marina Darius (SMK St Mary).

Naiib Johan : Adik Mathilda Pisol (SMK Majakir).

Johan : Adik Phoebe Chang (SMK St Joseph).

  • Poskad (3D) Kategori Sekolah Menengah.

Tempat ke-3 : Wakil adik Trescey Pamela (SMK St Mary).

Naib Johan : Adik Verce Vian Asing (SMK Majakir).

Johan : Adik Evarina Madrin (SMK St Joseph).

  • Poster Kategori Sekolah Rendah.

Tempat ke-3 : Adik Ahmad Khairul Bin Azam (SK Pekan).

Naib Johan : Adik Ahmad Imtiyaz (SK St Joseph).

Johan : Wakil adik Puteri Nur Alya Bte Ahmad Ramzi (SK Kuala).

  • Poskad (3D) Kategori Sekolah Rendah.

Tempat ke-3 : Adik Ahmad Irshad (SK Pekan).

Naib Johan : Adik Pg. Adam Azraie Bin Ag. Talip (SK St Joseph).

Johan : Wakil adik Nurul Izza Zayanna Bte Ibrahim (SK Kuala).

Adik Adriana Farisha Bte Junaidi mewakili Pasukan Boria Kelab Kebudayaan Sekolah menerima Penghargaan Khas daripada pihak sekolah.

Perasmi, tetamu kehormat dan Pentadbir sekolah bersama-sama menanam pokok sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Bumi Peringkat Sekolah.

Bahan Berita : Pn. Hajijah Hasan & Cik Patima Sami.