18 September 2018 (Selasa) – Tahun ini Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada o5 Julai 2018 yang lalu. Majlis sambutan agak lewat diadakan disebabkan berlakunya pertindanan dengan beberapa aktiviti dan program sekolah yang diadakan sekitar bulan Mei. Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) SMK Majakir sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis tersebut. Majlis kali ini diadakan dalam keadaan yang santai dan ceria. Untui itu pihak penganjur telah memilih tema pakaian Jersi pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia Rusia 2018.

Matlamat utama majlis sambutan Hari Guru kali ini ialah untuk meraikan guru-guru SMK Majakir  di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara objektif utama adalah seperti berikut :-

  • Meraikan guru-guru SMK Majakir sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan mubibah dalam kalangan guru.
  • Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama guru, kakitangan dan pelajar.
  • Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dan pelajar.

Pengetua bersama barisan pentadbir, YDP PIBG dan guru-guru memakai jersi pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia Rusia 2018.

Guru-guru wanita turut memakai jersi pasukan pilihan masing-masing.

Ceria dan bersemangat.

Nampaknya ramai penyokong pasukan Brazil, Perancis dan England.

Guru Kaunselor penyokong setia pasukan Brazil.

Pengetua, YDP PIBG dan barisan pentadbir mendahului perarakan guru ke Dewan Jubli Perak.

Ketibaan para guru disambut oleh pelajar Prauniversiti.

Suasana di dalam Dewan Jubli Perak SMK Majakir di mana majlis telah berlangsung.

Guru-guru dengan jersi pasukan Jerman.

Pelajar Prauniversiti mengedarkan cendera kenangan kepada guru-guru.

Pelajar yang bertugas sebagai pengacara majlis.

Ucapan ringkas oleh En. Ag. Nasip Bin Yunus, YDP PIBG SMK Majakir.

Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Mensasarkan kemenjadian murid sebagai Sasaran / Target / Goal untuk menjadi sekolah yang berkualiti.

Gimik pelancaran : Pengetua membuat sepakan penalti.

Acara memotong kek oleh barisan pentadbir sekolah bersama YDP PIBG.

Salah seorang guru wanita yang mengikuti pertandingan menimang bola.

Pemenang dikira berdasarkan jumlah timangan yang paling banyak.

Tahniah kepada Cg. Durahman Ramlee : Naib Johan Pertandingan Menimang Bola Kategori Lelaki.

Tahniah kepada Cg. Mohd Farhan Abd Razak : Johan Pertandingan Menimang Bola Kategori Lelaki.

Tahniah kepada Cg. Fazidah Madi : Johan Pertandingan Menimang Bola Kategori Wanita.

This slideshow requires JavaScript.

Tahniah kepada semua guru yang sporting dan para pelajar yang telah memeriahkan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini.