25 September 2018 (Selasa) – Majlis Sambutan Keamatan Raya yang julung kalinya telah diadakan pada 06 Julai yang lalu. Pihak sekolah telah memberi kepercayaan penuh kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) SMK Majakir untuk menganjurkan majlis tersebut. Majlis ini telah menggabungkan dua majlis keraian yang lazimnya disambut berasingan iaitu sambutan Perayaan Pesta Keamatan (30-31 Mei) dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri (15 – 17 Jun).  Pihak penganjur berharap kelainan yang cuba ditampilkan ini akan dapat menceriakan lagi suasana sambutan di samping merapatkan hubungan silaturahim dan keakraban sesama warga sekolah. Jawatankuasa pelaksana telah diketuai oleh Cik Noorzamzila Hj. Mohd Yaakob dibantu oleh Pn. Wong Chin Yean.

Antara objektif penganjuran majlis ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru SMK Majakir.
  • Untuk mewujudkan suasana perayaan yang besar kerana melibatkan 2 perayaan besar.
  • Untuk memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dan guru SMK Majakir.

Pelajar membuat persiapan terakhir menghias kiosk kelas masing-masing.

Cik Noorzamzila bersama pelajar-pelajar yang banyak membantu menguruskan majlis.

Pelajar Kelas 2 Progresif bersama Guru Kelas Pn. Siti Hajar Abdul Majid dan En. John Gohol.

Makanan dan minuman disediakan atau dibawa sendiri oleh guru dan pelajar mengikut kelas.

Pelajar Kelas 3KAA bersama Guru Kelas Pn. Rohiah Bengkui dan Pn. Noraidah Ak. Arsat.

Pelajar Kelas 5 Sains bersama Guru Kelas En. Mohd. Arman Ag. Damit dan Pn. Fauzian Uwip.

Dewan OKK Matzakir : Lokasi sambutan Keamatan Raya bagi pelajar Prauniversiti.

Guru-guru Prauniversiti.

Ucapan alu-aluan oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Tetamu jemputan yang hadir : Dari kiri Ustaz Muhammad Syariful Azmi B. Mat Nawi (wakil PPD), En. Fauzi B. Osman (AJK PIBG) dan En. Ag. Nasip Yunus, YDP PIBG.

Menjamu selera.

Duduk bersila menjamu selera. 

Masa untuk berwefie bersama rakan-rakan.

Lakonan yang menjadi.

Pelajar Prauniversiti @ Photo Booth.

Bersama mantan pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis.

Persembahan khas dari Guru – Tarian Sumazau.

Duit raya untuk pelajar dari guru kelas. Terima kasih cikgu Noraini Midin dan cikgu Emmelyn Irene Mudin.

Gelagat guru-guru – terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua untuk menjayakan Majlis Keamaatan Raya.

This slideshow requires JavaScript.