28 September 2018 (Jumaat) – Tahun ini SMK Majakir sekali lagi telah terpilih untuk mewakili daerah Papar dalam Pertandingan SERASI iaitu bagi Kategori Wira SERASI, Kategori ini merupakan anugerah tertinggi di dalam Pertandingan SERASI yang dianjurkan bersama oleh beberapa agensi ; Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Syarikat Shell Malaysia Berhad. Sejak Program SERASI ini diperkenalkan di SMK Majakir pada tahun 2009, sambutan terhadap pelaksanaannya telah mendapat sambutan yang baik dari seluruh warga sekolah. Pelbagai aktiviti dan program sokongan telah dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi program iaitu untuk melahirkan modal insan yang prihatin dan menghargai alam sekitar. Hasil dari penglibatan aktif tersebut, SMK Majakir telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Wira Harapan SERASI pada tahun 2012 dan seterusnya pada tahun 2014 telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Wira SERASI. Pada tahun yang sama, Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir telah menerima Anugerah Pengetua SERASI. Setelah direhatkan selama 2 tahun (2015-2016, peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur), sekolah sekali lagi dilibatkan untuk sesi penilaian 2017-2018.

Untuk itu, pada 02 Ogos yang lalu, sekolah telah menerima lawatan dari Panel Penilai SERASI yang diwakili oleh Pn. Daisy Aloysius, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah dan Pn. Ailen @ Imelda Ganing, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Bahagian Penilaian, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah.

Pn. Daisy Aloysius menandatangani Buku Lawatan Pelawat sambil diperhatikan oleh Pn. Ailen dan En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Majakir.

Panel Penilai diberi sambutan mesra oleh guru dan pelajar.

Ucapan alu-aluan oleh En. Sapri Marup yang mewakili Pengetua.

Ucapan balas oleh Pn. Daisy Aloysius – memberi kata-kata semangat kepada semua yang terlibat dengan Program SERASI di sekolah.

Sesi pembentangan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Program SERASI di sekolah dan di luar sekolah oleh pelajar.

Sesi soal-jawab antara pelajar dengan Panel Penilai.

Sesi soal-jawab antara pihak pengurusan Program SERASI di sekolah dengan Panel Penilai.

Pelajar bersama artifak yang disediakan melalui salah satu aktiviti SERASI di sekolah.

Lawatan ke lapangan : Meninjau Stesen Pembelajaran Tanaman Akuafonik.

Pelajar memberi penerangan ringkas mengenai penyediaan dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan stesen pembelajaran.

Lawatan ke lapangan : Meninjau Stesen Pembelajaran Penternakan Lebah Kelulut yang masih di peringkat percubaan.

Pelajar memberi penerangan mengenai keperluan asas untuk memulakan penternakan Lebah Kelulut dan cabarannya. 

Lebah Kelulut (sting-less bee) yang terkenal dengan penghasilan madu yang berkualiti tinggi. 

Lawatan ke tandas pelajar yang berkonsepkan mesra alam.

Lawatan ke lapangan : Meninjau pameran sempena Minggu Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Sekolah yang telah dilancarkan pada 25 Julai 2018.

Pelajar menerangkan kaedah penghasilan enzim dari sisa buangan organik menggunakan medium yang berbeza.

Rehat sebentar sambil menyaksikan tayangan video yang berkaitan dengan penglibatan pelajar di dalam aktiviti SERASI di dalam dan luar sekolah.

Lawatan ke lapangan : Meninjau perkembangan Penapis Sisa Makanan Berminyak di tepi kantin sekolah yang telah beroperasi sejak tahun 2013.

Lawatan ke lapangan : Kawasan Projek Bumi Hijau yang ditanam dengan tanaman serai, ubi kayu dan sayur-sayuran.

Kawasan tanaman pelbagai jenis sayuran.

Lawatan ke lapangan : Meninjau kawasan Kitchen Garden yang diusahakan di belakang Surau sekolah.

Pokok Lada Padi menjadi tanaman utama di samping tanaman lain di kawasan Kitchen Garden.

Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Pn. Daisy Aloysius.

Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Pn. Ailen @ Imelda Ganing.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan Program SERASI.