07 Oktober 2018 (Ahad) – Pada tahun ini dengan kerjasama PIBG sekolah, Unit Asrama di bawah Pengurusan HEM SMK Majakir telah mengadakan program di atas pada 03 – 05 Ogos yang lalu. Sasaran utama ialah pelajar-pelajar Aspura dan Aspuri SMK Majakir. Seramai 123 orang pelajar asrama beserta 15 orang guru termasuk pemandu van telah menyertai rombongan kali ini. Rombongan telah diketuai oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM. Turut serta ialah En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG, En. Mohd. Arman Ag. Damit, Ketua Guru Disiplin, para guru Kaunselor dan Warden Asrama.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar asrama tentang beberapa perkara di luar zon selesa mereka. Penekanan diberikan pada aspek menimba pengalaman dan pengetahuan baru. Di samping itu, aspek kepimpinan dan sikap tanggungjawab pelajar turut diberi fokus. Adalah diharapkan program yang julung-julung kalinya diadakan ini akan dapat mencapai objektif yang telah disasarkan oleh pihak penganjur. Selain itu lawatan kali ini juga memberi ruang kepada pelajar yang tidak pernah menjejakkan kaki di Labuan untuk menikmati suasana dan pengalaman baru di Labuan.

Antara objektif program ini adalah seperti berikut :-

  • Memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan nilai Jati diri.

  • Membina kepercayaan dan keyakinan diri bahawa dengan persediaan  yang mantap boleh membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan akan dapat meningkatkan komitmen  dalam diri pelajar di dalam memikul tugas dan tanggungjawab  yang diamanahkan.

Selama dua hari di Labuan, rombongan telah melawat beberapa lokasi menarik. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL), Perbadanan Labuan (Labuan Corporation), Kawasan penternakan Lebah Kelulut, Surrender Point Memorial, Memorial Park – Peace Park, Labuan War Cemetery dan The Mysterious Chimney.

Penginapan untuk rombongan : Kolej Kediaman Mutiara Universiti Malaysia Sabah Kolej Labuan (UMSKL).

Sesi taklimat kepada semua peserta rombongan oleh En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

Sesi taklimat untuk semua Ketua-Ketua Bilik oleh En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG SMK Majakir. Ketua Bilik perlu memastikan semua penghuni bilik akur dengan peraturan Kolej UMSKL.

Bekalan makan malam ditempah khas untuk semua peserta rombongan di hari pertama lawatan.

Warden asrama memastikan semua pelajar mendapat bekalan makanan.

Kawasan parkir di sekitar Kolej dijadikan tempat ruang makan untuk peserta rombongan.

Hari Kedua : Lawatan ke Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL)- sesi taklimat ringkas oleh wakil pelajar SMSL mengenai aktiviti yang akan dilalui oleh peserta rombongan.

Barisan pelajar SMSL yang menyambut kehadiran rombongan dari SMK Majakir.

Peserta rombongan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk memudahkan pihak SMSL mengatur aktiviti lawatan.

Lawatan ke sekitar sekolah termasuk makmal.

Lawatan pelajar Aspuri ke sekitar kawasan asrama perempuan SMSL.

Guru-guru melawat bilik asrama pelajar lelaki bersama Warden Asrama SMSL.

Peserta rombongan dijamu dengan kudapan ringkas setelah selesai sesi lawatan ke semua lokasi.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada wakil SMSL sebagai tanda terima kasih di atas kesudian menerima lawatan SMK Majakir.

Terima kepada semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan program lawatan kali ini.

Selesai sudah lawatan di SMSL.

Dalam perjalanan ke kawasan penternakan Lebah Kelulut.

Jauh perjalanan luas pemandangan.

Rumah Lebah Kelulut di sekitar kawasan rumah pengusaha yang telah dilawati.

Peserta rombongan berpeluang untuk mencuba rasa asli madu Lebah Kelulut.

Salah satu rumah Lebah Kelulut yang dipenuhi oleh kantung yang penuh berisi madu.

Pelajar teruja untuk merasa madu Lebah Kelulut.

Pelajar hanya perlu menebuk kantung berisi madu dengan penyedut minuman tanpa perlu merosakkan kantung tersebut.

Rasa madu dipengaruhi oleh jenis manisan yang dibawa oleh Lebah Kelulut – rasa masam adalah disebabkan oleh manisan yang diambil dari bunga Pokok Mangga.

Pengusaha merupakan rakan dan kenalan kepada En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG yang merupakan seorang pesara guru. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana di saat-saat akhir sudi menerima kunjungan pihak sekolah.

Rombongan bersedia untuk melawat Muzium Labuan.

Rombongan turut dijemput untuk mendengar sesi taklimat mengenai Pulau Labuan dan seterusnya menjamu selera di bangunan Perbadanan Labuan.

Taklimat mengenai Pulau Labuan ; Sejarah & Peranan Perbadanan Labuan telah disampaikan oleh En. Mahathir B. Abd Hamid, Pegawai Tadbir, Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan.

Terima kasih di atas perkongsian maklumat mengenai Pulau Labuan yang menarik dan berinformatif.

Lawatan ke Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua – tempat bersejarah yang menjadi tempat pengebumian 3908 pahlawan perang yang gugur semasa pertempuran dengan tentera Jepun di Borneo.

Lawatan kali ini membolehkan pelajar mempelajari sejarah mengenai pendudukan Jepun di Borneo semasa Perang Dunia Kedua dan kaitannya dengan Kawad Kematian Ranau (Ranau Death March).

Lawatan ke Japanese Surrender Point yang terletak bersebelahan dengan Peace Park tempat bersejarah di mana tentera Jepun telah menyerah kalah kepada tentera bersekutu yang diketuai oleh tentera Australia.