06 Ogos 2013 (Selasa) – Pada 27 – 30 Jun yang lalu, SMK Majakir telah menjadi tuan rumah Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi (KASTEK) Peringkat Negeri Sabah. Karnival ini merupakan satu aktiviti tahunan yang lazimnya dikelolakan oleh Sub Umit Sains Dan Teknologi, Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Tahun ini merupakan kali pertama karnival ini diadakan diluar daripada daerah Kota Kinabalu. Pengisian program ini terdiri daripada beberapa aktiviti bercorak  pertandingan yang berkaitan Sains dan Teknologi yang mampu memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan pelajar terhadap bidang Sains dan Teknologi.

Penganjuran karnival ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan. Disamping, memperlihatkan kemampuan pelajar, ianya juga membolehkan penganjur mengenalpasti pelajar yang akan mewakili negeri Sabah ke pertandingan KASTEK peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Pahang pada bulan September 2013.

Antara objektif karnival ini adalah seperti berikut :

  1. Mendedahkan pelajar kepada dunia Sains dan Teknologi.
  2. Membudayakan aktiviti dalam bidang Sains  & Teknologi yang berorientasikan kajian dan eksperimen.
  3. Menyemai dan meningkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang Sains & Teknologi.
  4. Menyediakan ruang dan medan kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan yang dianjurkan.
  5. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berketrampilan bagi mewakili kontinjen Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.
  6. Menggalakkan sekolah-sekolah di Negeri Sabah mempertingkatkan aktiviti kokurikulum yang berteraskan budaya reka cipta, pemikiran kritis dan inovatif serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang Sains dan Teknologi.

Secara amnya, penganjuran KASTEK ini akan mampu menghidupkan dan menyuburkan lagi budaya saintifik  dan teknologi dalam kalangan pelajar sekolah. Secara khususnya, penganjuran KASTEK  ini secara langsung dijadikan medan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk membentuk pasukan atau kontinjen yang mantap yang akan bersaing di peringkat kebangsaan kelak.

Karnival pada tahun ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 378 orang peserta yang mewakili 40 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut ; Pertandingan Solar Car Race, Solar Boat Race, Eureka Beach House, Teknologi Pelancaran Roket, Efficiency Energy Cooking (EEC), Science Story Telling, Saintis Muda Sekolah Rendah, Saintis Muda Sekolah Menengah dan Bengkel Matematik. Pertandingan Solar Car Race berjaya menarik penyertaan teramai (72 peserta) manakala Sainstis Muda Sekolah Menengah mencatatkan bilangan penyertaan terbanyak (30 buah sekolah). SMK Majakir selaku tuan rumah dan julung kalinya menyertai karnival seumpama ini telah menghantar 5 pasukan yang telah menyertai pertandingan Solar Car Race, Solar Boat Race, Teknologi Pelancaran Roket, EEC dan Saintis Muda Sekolah Menengah.

A. Solar Car Race

Para peserta  sedang membina model Solar Car.

Para peserta sedang membina model Solar Car.

IMG_0344

IMG_0343

Pasukan SMK Majakir.

Pasukan SMK Majakir.

Model-model Solar Car yang siap sedia untuk bertanding.

Model-model Solar Car yang siap sedia untuk bertanding.

Peserta sedang mencuba litar pertandingan.

Peserta sedang mencuba litar pertandingan.

Pegawai Teknikal bersama Pengurus Lokasi dan pelajar yang membantu Pertandingan Solar Car Race.

Pegawai Teknikal bersama Pengurus Lokasi dan pelajar yang membantu Pertandingan Solar Car Race.

B. Solar Boat Race

Peserta sedang membina model Solar Boat.

Peserta sedang membina model Solar Boat.

IMG_0291

Pasukan SMK Majakir.

Pasukan SMK Majakir.

Pegawai teknikal,para petugas serta pemerhati di luar bilik persediaan model Solar Boat.

Pegawai teknikal,para petugas serta pemerhati di luar bilik persediaan model Solar Boat.

Antara model-model Solar Boat yang telah siap dan dikuarantin untuk tujuan penilaian oleh para hakim.

Antara model-model Solar Boat yang telah siap dan dikuarantin untuk tujuan penilaian oleh para hakim.

Para peserta menunggu giliran untuk membentangkan persembahan Powerpoint mengenai  model Solar Boat mereka.

Para peserta menunggu giliran untuk membentangkan persembahan Powerpoint mengenai model Solar Boat mereka.

Trek perlumbaan Solar Boat.

Trek perlumbaan Solar Boat.

Para peserta bersedia untuk memulakan perlumbaan Solar Boat.

Para peserta bersedia untuk memulakan perlumbaan Solar Boat.

C. Teknologi Pelancaran Roket

Dewan OKK Mat Zakir menjadi medan untuk membina model Roket.

Dewan OKK Mat Zakir menjadi medan untuk membina model Roket.

Peserta bersama model roket yang telah siap dibina.

Peserta bersama model roket yang telah siap dibina.

Pasukan SMK Majakir bersiap sedia untuk melancarkan roket mereka.

Pasukan SMK Majakir bersiap sedia untuk melancarkan roket mereka.

Seorang peserta sedang membuat pelarasan terakhir bagi memastikan roket yang dilancarkan berjaya menepati sasaran.

Seorang peserta sedang membuat pelarasan terakhir bagi memastikan roket yang dilancarkan berjaya menepati sasaran.

Acara payung terjun. Roket yang dilancarkan melepaskan payung terjun yang diambil masanya sebelum jatuh ke tanah.

Acara payung terjun. Roket yang dilancarkan melepaskan payung terjun yang diambil masanya sebelum jatuh ke tanah.

Salah satu percubaan payung terjun yang berjaya.

Salah satu pelancaran payung terjun yang berjaya.

Pengetua, para penolong kanan serta pelajar antara peminat setia pertandingan teknologi pelancaran roket.

Pengetua, guru-guru serta pelajar antara peminat setia pertandingan teknologi pelancaran roket.

D. Efficiency Energy Cooking (EEC)

Kawasan kantin sekolah menjadi medan untuk persediaan membina model Dapur EEC.

Kawasan kantin sekolah menjadi medan untuk persediaan membina model Dapur EEC.

Pasukan SMK Majakir.

Pasukan SMK Majakir.

Kawasan lapang di hadapan Dewan OKK Mat Zakir menjadi medan pertandingan Dapur EEC.

Kawasan lapang di hadapan Dewan OKK Mat Zakir menjadi medan pertandingan Dapur EEC.

 

Salah seorang peserta bersama model Dapur EEC yang agak unik.

Salah seorang peserta bersama model Dapur EEC yang agak unik.

Model dapur yang mencatatkan kenaikan suhu tertinggi dalam sela masa yang ditetapkan diiktiraf sebagai pemenang.

Model dapur yang mencatatkan kenaikan suhu tertinggi dalam sela masa yang ditetapkan diiktiraf sebagai pemenang.

Pegawai teknikal bersama Pengurus Lokasi serta para pelajar yang telah menjayakan Pertandingan Dapur EEC.

Pegawai teknikal bersama Pengurus Lokasi serta para pelajar yang telah menjayakan Pertandingan Dapur EEC.

E. Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah / Sekolah Rendah.

Makmal Sains menjadi lokasi untuk Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

Makmal Sains menjadi lokasi untuk Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

IMG_0484

IMG_0490

Pelajar dikehendaki membuat ujikaji ringkas yang pastinya menguji kemahiran manipulatif pelajar.

Pelajar dikehendaki membuat ujikaji ringkas yang pastinya menguji kemahiran manipulatif pelajar.

F. Eureka Beach House

Kelas-kelas telah digunakan sebagai bilik persiapan pembinaan model rumah tepi pantai yang mesra alam.

Kelas-kelas telah digunakan sebagai bilik persiapan pembinaan model rumah tepi pantai yang mesra alam.

IMG_0471

Peserta tekun menyediakan komponen-komponen untuk membina model rumah masing-masing.

Peserta tekun menyediakan komponen-komponen untuk membina model rumah masing-masing.

G. Bengkel Dan Pertandingan Matematik

Pelajar Tahun 4 sedang mengikuti Bengkel Matematik.

Pelajar Tahun 4 sedang mengikuti Bengkel Matematik.

Kehadiran pelajar ditemani oleh para guru pengiring sekolah yang mengambil bahagian.

Kehadiran pelajar ditemani oleh para guru pengiring sekolah yang mengambil bahagian.

Pelajar Tahun 5 sedang mengikuti Bengkel Matematik.

Pelajar Tahun 5 sedang mengikuti Bengkel Matematik.

Para peserta tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh fasilitator.

Para peserta tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh fasilitator.

Sepanjang 3 hari karnival berlangsung, pihak tuan rumah telah mengadakan bazaar yang menyajikan pelbagai juadah makanan, minuman dan cenderakenangan.

Masa yang terluang dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta mengunjungi gerai-gerai yang terletak di hadapan bilik guru baharu.

Masa yang terluang dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta mengunjungi gerai-gerai yang terletak di hadapan bilik guru baharu.

IMG_0318

Pelajar 5 Sains SMK Majakir sentiasa ceria dan riang mengurus gerai makanan mereka.

Gerai menjual minuman.

Gerai menjual minuman.

Makanan dan minuman yang dijual sesuai dengan kuasa beli pelanggan guru dan pelajar.

Makanan dan minuman yang dijual sesuai dengan kuasa beli pelanggan guru dan pelajar.

Makanan segera seperti burger antara yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Makanan segera seperti burger antara yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Pelajar sukarela membantu guru yang membuka gerai pada hari tersebut.

Pelajar sukarela membantu guru yang membuka gerai pada hari tersebut.

Gerai yang menjual cenderakenangan turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Gerai yang menjual cenderakenangan turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Penyelaras bersama para pegawai teknikal yang bertanggungjawab memastikan perjalanan karnival lancar dan menepati masa.

Penyelaras bersama para pegawai teknikal yang bertanggungjawab memastikan perjalanan karnival lancar dan menepati masa.

En. Rusmadi Ahmad, penyelaras karnival sedang memberi penerangan mengenai konsep sains yang diaplikasikan dalam Model Rumah Tepi Pantai yang dihasilka oleh pelajar kepada IR. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin selaku perasmi Majlis Penutupan.

En. Rusmadi Ahmad, penyelaras karnival sedang memberi penerangan mengenai konsep sains yang diaplikasikan dalam Model Rumah Tepi Pantai yang dihasilka oleh pelajar kepada IR. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin selaku perasmi majlis penutupan.

Perasmi bersama para tetamu jemputan melawat meja pameran yang mempamerkan model-model Solar Boat yang dihasilkan pelajar.

Perasmi bersama para tetamu jemputan melawat meja pameran yang mempamerkan model-model Solar Boat yang dihasilkan pelajar.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir semasa majlis penutupan.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir semasa majlis penutupan.

Ucapan alau-aluan, Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Sekolah.

Ucapan alau-aluan, Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Sekolah.

 

Ucapan perasmian penutupan oleh IR. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Ucapan perasmian penutupan oleh IR. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

IR. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin menerima cenderahati daripada Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain sebagai tanda terima kasih di atas kesudiaan merasmikan majlis penutupan.

IR. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin menerima cenderahati daripada Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain sebagai tanda terima kasih di atas kesudiaan merasmikan majlis penutupan.

Senarai para pemenang untuk pertandingan yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

A. Kategori Sekolah Rendah

1. Science Story Telling

SK Mutiara Kota Kinabalu

Naib Johan – SK Mutiara Kota Kinabalu.

SK Pekan Sipitang.

Johan – SK Pekan Sipitang.

2. Eureka Beach House

Tempat Ketiga - SJK(C) Cheng Hwa

Tempat Ketiga – SJK(C) Cheng Hwa.

Naib Johan - SK Pekan Sipitang.

Naib Johan – SK Pekan Sipitang.

Johan - SK Lahad Datu II.

Johan – SK Lahad Datu II.

3. Pertandingan Matematik Tahun 4

Tempat Ketiga - SJK(C) Cheng Hwa.

Tempat Ketiga – SJK(C) Cheng Hwa.

Naib Johan - SK St Joseph.

Naib Johan – SK St Joseph.

Johan - SJK(C) Cheng Hwa

Johan – SJK(C) Cheng Hwa.

4. Pertandingan Matematik Tahun 5

Tempat Ketiga - SJK(C) Cheng Hwa.

Tempat Ketiga – SJK(C) Cheng Hwa.

Naib Johan - SK St Joseph

Naib Johan – SK St Joseph

Johan - SJK(C) St Joseph

Johan – SJK(C) St Joseph

5. Pertandingan Saintis Muda

Tempat Ketiga - SK Padang Berempah Sipitang.

Tempat Ketiga – SK Padang Berempah Sipitang.

Naib Johan - SK St James Kota Kinabalu

Naib Johan – SK St James Kota Kinabalu

Johan - SK Inanam II Inamam.

Johan – SK Inanam II Inamam.

 B. Kategori Sekolah Menengah

1. Pertandingan Saintis Muda

Tempat Ketiga - SMK St Mary Papar.

Tempat Ketiga – SMK St Mary, Papar.

Naib Johan - SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.

Naib Johan – SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.

Johan - SM Tinggi Kota Kinabalu.

Johan – SM Tinggi Kota Kinabalu.

2. Pertandingan Solar Car Race

Tempat Ketiga - SMK Agama Kota Kinabalu.

Tempat Ketiga – SMK Agama Kota Kinabalu.

Naib Johan - SMK Pangiran Omar Sipitang.

Naib Johan – SMK Pangiran Omar Sipitang.

Johan - SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Johan – SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

3. Pertandingan Solar Boat Race

Tempat Ketiga - SMK Limbanak Penampang.

Tempat Ketiga – SMK Limbanak Penampang.

Naib Johan - SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Naib Johan – SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Johan - SMK Pangiran Omar Sipitang.

Johan – SMK Pangiran Omar Sipitang.

4. Pertandingan Efficiency Energy Cooking

Tempat Ketiga - SM St Micheal Penampang

Tempat Ketiga – SM St Micheal Penampang

Naib Johan - SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Naib Johan – SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Johan - SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.

Johan – SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.

5. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Tempat Ketiga - SMK Majakir Papar.

Tempat Ketiga – SMK Majakir Papar.

Naib Johan - SMK Bugaya II Semporna.

Naib Johan – SMK Bugaya II Semporna.

Johan - SMK Agama Kota Kinabalu.

Johan – SMK Agama Kota Kinabalu.

Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah - SK Pekan Sipitang.

Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah – SK Pekan Sipitang.

Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah - SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah – SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Pasukan Roket Sekolah bersama guru pembimbing En. Muhd Fadzli Mamat.

Pasukan Roket Sekolah bersama guru pembimbing En. Muhd Fadzli Mamat.