04 Mei 2019 (Sabtu) – Keputusan Peperiksaan SPM 2018 telah pun diumumkan serentak di seluruh negara pada 14 Mac yang lalu. Pada tahun 2018, seramai 179 calon sekolah SMK Majakir telah menduduki Peperiksaan SPM. Secara keseluruhan, sekolah telah mencatatkan peratus kelulusan 92.18% berbanding 98.23% pada tahun 2017 (penurusan 0.05%). Sekolah memperolehi Gred Purata (GP) 5.30, meningkat sebanyak 0.24 berbanding GP 5.54 yang diperolehi pada tahun 2017.

Analisis keputusan menunjukkan bahawa Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 13 mata pelajaran telah meningkat berbanding 5 mata pelajaran yang merosot dari segi kualiti. Mata pelajaran Geografi (GPMP 5.00) mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 2.40. Ini diikuti oleh mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (GPMP 3.31), meningkat 2.14 dan mata pelajaran Bahasa Arab (GPMP 2.46), meningkat 1.43. Mata pelajaran Tasawwur Islam (GPMP 6.96) mencatatkan penurunan tertinggi iaitu 0.81 dan ini diikuti oleh mata pelajaran Matematik (GPMP 5.57), merosot 0.50 dan mata pelajaran Pendidikan Moral (GPMP 3.13), merosot 0.46.

Dari segi peratus kelulusan, sebanyak 6 mata pelajaran telah mencatatkan kenaikan peratus kelulusan. Mata pelajaran Geografi (100% lulus) mencatatkan peningkatan peratus kelulusan tertinggi iaitu 45.0%. Ini diikuti oleh mata pelajaran Pendidikan Moral (100% lulus), meningkat 8.4% dan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (100% lulus), meningkat 5.0%. Mata pelajaran Tasawwur Islam (64.6% lulus) mencatatkan penurusan peratus kelulusan tertinggi iaitu 25.6% dan ini diikuti oleh mata pelajaran Matematik (74.3% lulus), merosot 9.6% dan mata pelajaran Pendidikan Islam (87.1% lulus), merosot 4.6%.

Majlis Pengumuman dan Penyampaian Transkrip Keputusan Peperiksaan SPM 2018
telah diadakan di Dewan OKK Mat Zakir.
Pelajar serta ibubapa yang hadir di majlis tersebut.
Taklimat dan pengumuman keputusan telah disempurnakan oleh
Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.
Kaunter khas dibuka oleh Unit UBK untuk memberi maklumat mengenai hala tuju pelajar selepas ini.
Tahniah adik Muhammad Izzuddin B. Abdul Rashid
(GP 2.50, 5A, 1A-, 2B, 2C+)
Tahniah adik Andi Nur Farleena Bte Ridwan
(GP 2.44, 3A, 4A-, 1B, 1D)
Tahniah adik Intan Shahera Bte Mohamad
(GP 2.30, 1A+, 4A, 1A-, 2B+, 1G)
Tahniah adik Marcella Venchin
(GP 2.00, 2A+, 4A, 1A-, 2B, 1C)
Tahniah adik Muhammad Aqil Najmi B. Mursyid
(GP 2.00, 1A+, 2A, 5A-, 2B)
Tahniah adik Maslina Bte Jeferydin
(GP 1.78, 6A, 1A-, 1B+, 1C+)
Tahniah adik Izreen Syahirah Bte Abidin
(GP 1.44, 7A, 1A-, 1B)
Tahniah adik Mohd Afiq Izzuddin B. Md. Arman
(GP 1.40, 3A+, 4A, 1A-, 2B)
Tahniah adik Mohd Aqimie B. Aziz
(GP 1.30, 4A+, 2A, 2A-, 1B+, 1B)
Tahniah adik Nurul Syazwana Bte Abdul Rahman
(GP 1.11, 4A+, 1A, 3A-, 1B+)
Tahniah adik Roslyana Bte Ruslie
(GP 1.10, 3A+, 4A, 2A-, 1B+)
Tahniah adik Ainul Izzati Bte Anuar
(GP 1.00, 5A+, 2A, 2A-, 1B)
Tahniah adik Nurul Yaqin Bte Mohammad
(GP 1.00, 4A+, 4A, 1A-, 1B)
Tahniah adik Mohd Danial B. Azman
(GP 0.60, 4A+, 6A)
Tahniah adik Dg. Fatini To Bte Mohd Fakhri To
(GP 0.40, 6A+, 4A)
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM 2018.