05 Mei 2019 (Ahad) – Majlis ini telah diadakan pada 17 April yang lalu dan telah dirasmikan oleh En. Suhaimi @ Suhaini Hj. Matsah, Pegawai Pendidikan Daerah Papar. Ketua Bidang Sains Sosial iaitu Pn. Jamilah Bte Hassan telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mengetuai barisan AJK Induk untuk melaksanakan majlis. Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan khususnya kepada warga pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang Kurikulum tetapi juga dalam bidang Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Sesungguhnya pengiktirafan wajar diberi kepada pelajar di atas usaha gigih, komitmen dan ketekunan ; disulami dengan disiplin dan motivasi diri yang tinggi sehingga membuahkan hasil yang membanggakan kepada diri pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah. Di majlis yang sama telah diadakan pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 yang telah disempurnakan oleh En. Suhaimi @ Suhaini Hj. Matsah.

Pendaftaran untuk pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir pada pagi tersebut.
Cenderahati yang telah ditempah dan dijual untuk meraihkan pencapaian pelajar.
Barisan Pasukan Kawalan Kehormat yang terdiri dari anggota unit beruniform SMK Majakir.
Tetamu kehormat memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan.
Perarakan masuk ke dewan diiringi paluan kompang dan bunga manggar,
Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Bin Abrian.
Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang
SMK Majakir.
Ucapan oleh En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG SMK Majakir.
Ucapan perasmian oleh En. Suhaimi @ Suhaini Hj. Matshah,
Pegawai Pendidikan Daerah Papar.
Barisan tetamu jemputan, para guru dan ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis.
Barisan penerima anugerah bersama pelajar.
Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019.
Perasmi menerima cenderahati dari pihak sekolah sebagai tanda terima kasih
di atas kesudian merasmikan majlis.
Gimik pelancaran MAKS 2018.
Persembahan : Deklamasi sajak oleh pelajar sempena sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah.
Persembahan : Nyanyian lagu oleh pelajar sempena sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah.

Berikut merupakan senarai anugerah yang telah disampaikan kepada individu / unit / pasukan pelajar dan guru. Di samping itu, Sijil Penghargaan juga telah disampaikan kepada beberapa wakil organisasi luar yang banyak memberi sumbangan tenaga dan kepakaran kepada pihak sekolah sepanjang tahun 2018.

  • Sijil Penghargaan Permuafakatan Dengan Organisasi Luar.
  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.
  • Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid (HEM).
  • Anugerah Kecemerlangan Kurikulum

Sijil Penghargaan Permuafakatan Dengan Organisasi Luar :

Wakil Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Papar.
Wakil Regimen Ke 6 Artileri Diraja Kem Lok Kawi.
Wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.
Wakil Klinik Pergigian Hospital Papar.
Wakil Jabatan Perikanan Daerah Papar.

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum : Kategori Individu

Unit Beruniform : Adik Bradwales Wong – Karate Do.
Unit Beruniform : Adik Siti Nur Alyssa Tam – Karate Do.
Unit Sukan Dan Permainan : Adik Mohd Azwan B. Peter – Muay Thai.
Unit Sukan Dan Permainan : Adik Emmabell Cassandra Eddyvicter E. Emin – Muay Thai.
Unit Sukan Dan Permainan : Adik Mohd Uwais B. Saidie – Ragbi.
Unit Kelab Dan Persatuan : Wakil adik Taqieyuddin Abdullah B. Durahman –
Majlis Perwakilan Kanak-Kanak.

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum : Kategori Pasukan

Unit Beruniform : Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM – Darat)
Guru Penasihat : Pn. Katijah Binti Rospin.
Unit Sukan Dan Permainan : Kelab Sepak Takraw
Guru Penasihat : En. Salleh Dullah / Tn. Hj. Kaharuddin Yusupala.
Unit Kelab Dan Persatuan : Kelab Kerjaya
Guru Penasihat : Pn. Hasinie Moslin.

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum : Anugerah Khas Kokurikulum

Kategori Individu : Adik Siti Nur Alyssa Tam – Karate Do
Pencapaian :
Pinggat Emas, Perak & Gangsa – 19th Milo International Karate Championship.
Johan – Kejohanan Karate 19th, 20th & 21st Sabah State Primary School.
Johan – Kejohanan Karate 7th Sabah State Secondary School.
Johan – Kejohanan Karate 17th Sabah State Cadet Junior & Under 21.
Kategori Pasukan : Pasukan Ragbi
Pencapaian :
Tempat ke-3 – Kejohanan Ragbi MSS Peringkat Daerah Papar.
Johan Cup – Jemputan Kelab Ragbi U17 di Wilayah Persekutuan Labuan.
Johan Cup – Voclab Kelab Ragbi U17 di Wilayah Persekutuan Labuan.
Penyertaan di NRDP Ragbi 7S di UPM Serdang.

Anugerah Kecemerlangan HEM : Kehadiran 100%

Adik Ashley Ira Adward – 1 KRK
Seramai 70 pelajar (Tingkatan 1 – Tingkatan 6) berjaya mencatatkan
kehadiran penuh sepanjang sesi persekolahan tahun 2018.

Klik gambar untuk koleksi penerima anugerah.

Anugerah Merit Tertinggi HEM

Kategori Menengah Rendah : Adik Aiman Haqeem Bin Amir (915 merit) – 1 KAA.

Kategori Menengah Atas : Adik Nurafiqah Binti Jailani (1585 merit) – 4 Sains.

Anugerah Khas Pelajar Asrama Terbaik 2018

Pelajar Lelaki : Adik Erric James (Aspura) – 5 Sastera.

Pelajar Perempuan : Adik Marcela Venchin (Aspuri) – 5 Sains KRK.

Anugerah Kepimpian Pengawas Terbaik 2018

Adik Nurul Amyra Amdan (5 Sains).

Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik 2018

Kategori Menengah Rendah : Kelas 3 KRK – Cik Liew Su Yeen (GK 1) dan Pn. Katijah Rospin (GK 2).

Kategori Menengah Atas : Kelas 4 Sastera – Pn. Norazidah Mulkiaman (GK 1) dan Pn. Noneh Ahmad (GK 2).

Anugerah Khas HEM (Kategori Pelajar) 2018

Adik Mohd Hazizul Abdul Wahab (6 Atas Seni Visual).

Anugerah Khas HEM (Kategori Guru) 2018

En. Fareed Abdullah – Unit Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

En. John Gohol – Unit Keselamatan

Anugerah Kecemerlangan Kurikulum : Anugerah Pelajar Terbaik Mengikut Subjek (Tg.2) 2018

Adik Nurul Hani Syuhada Binti Roslan (2 KRK)
Sains – A (93%), Matematik – A (95%), PSV – B(81%), Asas Sains Komputer – A (96%
)
Adik Nazliatul Nishah Binti Abdul Gani (2 Dinamik)
Sejarah – A (98%)
Adik Nurul Izzah Aqilah Binti Mursyid (2 KAA)
Reka Bentuk & Teknologi – A (91%), Geografi – A (100%)
Adik Eudest Jon Junior Justin (2 Dinamik)
Pendidikan Moral – B (81%)
Adik Nur Hurin Umairah Binti Mohd Kamal (2 KRK)
Bahasa Melayu – A (98%), Matematik – A (95%), Pendidikan Islam – A (99%)
Adik Mohammad Haziq Syahmi Bin Wajir (2 KAA)
Geografi – A (100%)
Adik Nurul Amira Nazihah Binti Rusli (2 KAA)
Bahasa Inggeris – A (93%), Geografi – A (100%)
Adik Nur Faradeena Binti Zainuddin (2 KAA)
Bahasa Arab – A (94%)

Anugerah Kecemerlangan Kurikulum : Anugerah Pelajar Terbaik Mengikut Subjek (Tg.4) 2018

Adik Nur Syafiqah Binti Elias (4 KRK)
Bahasa Inggeris – A+(91%), Matematik – A+(96%), Biologi – A (83%),
Sejarah – A+(94), Sains Komputer – A (82%)
Adik Noratikah Binti Othman (4 Perniagaan)
Perniagaan – B (60%), Tasawwur Islam – A (86%)
Adik Dg. Siti Irdina Binti Rashid (4 Ekonomi)
Sains Sukan – A (83%)
Wakil adik Irfan Hakimi Bin Saffry (4 Perniagaan)
Sains – A (83%)
Adik Maz Evans Joan (4 Sastera)
Pendidikan Seni Visual – A-(76%)
Adik Joanne Nisha Jervis Rory (4 Sains)
Pendidikan Islam – A (87%)
Adik Norsyazlin Binti Ag. Samsuddin (4 Teknologi)
Prinsip Akaun – B+(68%)
Adik Nur Izza Batrisyah Binti Rithuwan (4 Sains)
Matematik Tambahan – A (84%)
Adik Dg. Suriani Binti Ag. Kenet (4 Perniagaan)
Kesusasteraan Melayu – A (88%)
Adik Zulfakkar Jamaludin (4 Ekonomi)
Geografi – A (80%)
Adik Nur Ezwani Binti Eddie (4 KRK)
Bahasa Melayu – A (90%)
Adik Nurul Nazura Binti Samsudin (4 Sains)
Bahasa Arab – A-(76%), Kimia – A (88%)
Adik Mohd Zulhilmi Bin Ahmad (4 KRK)
Fizik – B+(69%)
Khairunnisa Akma Binti Jailani (4 Teknologi)
Ekonomi – B+(65%)
Adik Fredolica Fredoline (4 Teknologi)
Sains Rumahtangga – A (83%)
Adik Jessie Pricella Venchin (4 Teknologi)
Sains Rumahtangga – A (83%)
Adik Mohd Imran Bin Husin (4 Ekonomi)
Sains Rumahtangga – A (83%)
Adik Mathilda Pisol (4 Teknologi)
Pendidikan Moral – A-(70%)
Adik Amanda Gadeus (4 KRK)
Pendidikan Moral – A-(70%)
Adik Nur Hasanah Binti Madi (4 Sains)
Sivik & Kewarganegaraan – A (80%)
Adik Mohammad Firas Haziq Bin Mohammad Faisal (4 Sains)
Sivik & Kewarganegaraan – A (80%)

…….bersambung.