19 Mei 2019 (Ahad) – Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini telah diadakan pada 25 April yang lalu pada skala sederhana. Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPPU) Pustem SMK Majakir Sesi 2018/2019 kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut dengan jayanya. Objektif utama penganjuran sambutan Hari Guru kali ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua warga guru SMK Majakir di atas jasa dan sumbangan mereka di dalam mencorak dan membentuk kemenjadian murid di sekolah. Semoga pengikrifan dan penghargaan yang diberi akan dapat meningkatkan motivasi dan semangat warga guru untuk terus menabur bakti di arena pendidikan demi masa depan yang lebih cerah bagi warga pelajar. Aktiviti Zumba dan permainan tradisional telah diadakan pada 24 April untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan pelajar.

Guru-guru sudah sedia untuk berzumba.
Aktiviti berzumba guru dan pelajar.
Permainan Bola Beracun yang pastinya mencuit hati.
Aktiviti mengupas buah kelapa.
Kumpulan guru yang berjaya mengupas buah kelapa dalam masa tertpantas.
Aktiviti tarik-tali antara pasukan guru lelaki dan wanita melawan pasukan pelajar lelaki dan wanita Pra Universiti.

Pada tahun ini pihak penganjur telah memilih tema pakaian “Melayu Klasik” untuk memeriahkan majlis. Majlis turut diserikan dengan kehadiran perasmi, En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG Sekolah.

Hiasan pentas.
Ketibaan En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG diiringi oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.
En. Anuar Sidek, PK Pentadbiran & Akademik dan En. Durahman Ramlee, PK HEM.
Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, PK Tingkatan 6 dan En. Sapri Marup, PK Kokurikulum.
Guru-guru disambut oleh barisan pengawas sekolah.
Suasana di dalam Dewan Jubli Perak di mana majlis berlangsung.
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MPPPPU adik Nina Alisa Binti Rachmat.
Ucapan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.
Ucapan Perasmian oleh En. Ag. Nasip B. Yunos, YDP PIBG Sekolah.
Gimik Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019.
Perasmi bersama barisan Pentadbir Sekolah memotong kek yang disumbangkan oleh pihak penganjur.
Acara penyampaian cenderahati oleh Ketua Kelas kepada Guru Kelas.
“The more the merrier” yang penting hubungan guru dan pelajar tetap utuh.
Persembahan khas dari pelajar.
Tahniah kepada Pn. Hasniati Abdul Rahim yang telah dinobatkan sebagai
Tokoh Guru SMK Majakir 2019.
Tahniah kepada En. Azlan Hj. Baharuddin dan Pn. Audrey Koh Sui Ean yang telah dnobatkan sebagai “King” dan “Queen” dalam majlis kali ini.