Majlis Sambutan Keamatan & Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2019.
12 Julai 2019 (Jumaat) – Majlis ini telah diadakan pada 28 Jun yang lalu dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir. Majlis seumpama ini memberi peluang kepada semua warga sekolah khususnya warga pelajar untuk meraihkan rakan-rakan mereka di dalam majlis perayaan yang disambut bersama. Para pelajar dari latar belakang budaya dan agama yang berbeza memeriahkan majlis tanpa perlu prasangka buruk antara satu sama lain. Ini diharap akan dapat menyemai semangat toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar. Ini merupakan antara objektif utama penganjuran majlis ini oleh Unit Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sekolah.












Klik Untuk Koleksi Gambar.