15 September 2019 (Ahad) – Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun ini, pihak sekolah dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah menganjurkan Karnival Kokurikulum dan Hari Koperasi yang melibatkan seluruh warga sekolah. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan melukis dan mewarna yang bertemakan patriotisma telah diadakan dan dianjurkan oleh Unit Pakaian Seragam JPAM Pra-universiti. Selain itu, Unit kokurikulum telah menganjurkan pertandingan Futsal, Bola Jaring, Petanque antara kelas. Persatuan Sejarah juga telah menganjurkan Pertandingan Membina Artifak dari bahan-bahan terpakai dan Pertandingan Menghias Payung.

Antara objektif penganjuran acara ini adalah seperti berikut :-

(a) Untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing di dalam aktiviti yang disertai.

(b) Penyertaan pelajar di dalam aktiviti diharap akan dapat membina keyakinan diri dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal dalam kalangan pelajar.

(c) Untuk meningkatkan semangat kerjasama, perpaduan, toleransi antara kaum di samping mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan pelajar dan guru.

Senamrobik.
Guru-guru turut mengambil bahagian dalam senamrobik.
Kumpulan pelajar yang terlibat dengan Pertandingan Futsal antara Kelas.
Majlis Sukan SMK Majakir bertindak sebagai pengelola Pertandingan Futsal dan Bola Jaring.
Pertandingan Bola Jaring Perempuan.
Pertandingan Futsal Lelaki.
Pertandingan Petanque kumpulan pelajar Pra-Universiti.
Pertandingan membina Artifak dari bahan terpakai.
Pertandingan Melukis & Mewarna Banting Sambutan Hari Kemerdekaan.
Pertandingan Pidato.
Panel Hakim Pertandingan Pidato.
Pertandingan nyanyian lagu patriotik.
Jualan murah stok lama oleh Koperasi Sekolah.
Mini Bazaar anjuran Koperasi Sekolah telah diadakan di kawasan letak kereta.
Gerai yang menyedia dan menjual air minuman menjadi tumpuan pelajar.
Gerai pelajar Pra-Universiti.
Gerai pelajar UMS.
Pesta Buah-Buahan Tempatan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti SMK Majakir.
Acara memotong riben sebagai simbolik Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini oleh En. Anuar Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Majakir.
Hidangan buah-buahan untuk guru-guru.
Acara Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Klik untuk koleksi gambar.